Kami pun pernah gagal
Hello pembaca SaifulSham,
Hari ini rata-rata mengatakan apa yang dibuat oleh SaifulSham semuanya menjadi. Sebenarnya tidak! Perjalanan untuk sampai ke hari ini sebenarnya telah menemui beberapa kegagalan.
Saya telah menutup beberapa laman web yang tidak beroperasi dengan baik, sehingga hari ini ada lebih kurang 3 laman web. Sama ada tidak mencatatkan jualan yang memberangsangkan ataupun masalah logistik.
Keputusan menutup ini menunjukkan, kami pun pernah gagal. Tidak ada yang sempurna. Tetapi, kegagalan ini membuka peluang perniagaan yang lain.
Antara laman web bukan bisnes yang akan ditutup saya pada masa depan adalah SaifulSham.co.nz. Disebabkan adik saya tidak sempat menulis, saya berpendapat, lebih baik beliau menumpukan pelajaran dan perniagaan kami di sana.
Laman web lain yang akan ditutup adalah KingFuelSaver.com. Laman web ini tidak menghadapi sebarang masalah jualan tetapi disebabkan pertikaian pihak pengilang membuatkan kami terpaksa menutup laman web tersebut, mungkin untuk selama-lamanya.
Tidak semua yang dilakukan kami menjadi. Tetapi yang penting, lakukan kajian risiko sebelum anda melangkah.
Jika risiko itu boleh diterima anda (yang menyebabkan anda tidak jadi gila jika gagal), maka ambillah.
P/S: Studio kami yang dalam pembikinan sebenarnya untuk projek yang belum pernah dibuat lagi.Apapun ia tidak akan membabitkan Yusof Haslam mahupun Aziz M.Osman
W.M.Syazwan


January 4th, 2008 at 10:23 pm
Yang saya paham, kegagalan adalah 1 proses wajib utk capai ssuatu kejayaan…
jarang2 kita dgr orang yang berjaya tak penah gagal..biasanye mrk akan menghadapi byk kegagalan sblm berjaya…
saya akui saya pun penah mengalami kegagalan dalam perniagaan yang saya jalankan..
ape2pun kite kenala bulat tekad n teruskan usaha…
January 5th, 2008 at 9:27 am
Kegagalan memang sinonim dengan kejayaan.. Mustahillah orang akan berjaya tanpa menempuh kegagalan.
Perlu kita faham bahawa kegagalan bagi setiap orang adalah berbeza kerana tahap kegagalan itu terletak pada diri sendiri, kita yang tentukan..
January 5th, 2008 at 1:26 pm
tanpa kegagalan tiada kejayaan.
kegagalan menjadi pedoman masa akan datang.
gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.
January 5th, 2008 at 2:49 pm
[...] Persoalannya, adakah anda berani untuk membuat kelainan? Mungkin orang boleh menerimanya atau ia akan menjadi satu projek yang gagal. Tapi ingat, kegagalan akan membantu anda bangkit kembali. Jangan mengangap kegagalan sebagai penamat. Malah usahawan berjaya pun pernah gagal. [...]
January 5th, 2008 at 3:01 pm
kalau takde gagal,takde la yang berjaya. Itu hukum alam. Tak salah saya, ada petikan dalam tulisan kiyosaki ( RDPD ) ttg mana ada pemain golf yang tak hilang bola golf sewaktu bermain. Conclusion, bukan nak dihitung perlu gagal atau tidak, atau berapa banyak kegagalan yang telah dilakukan, TAPI ialah bagaimana kita menguruskan kegagalan tersebut macam bro saifulsham ni.Tahniah
saya takut gagal!!!
January 5th, 2008 at 11:15 pm
lebih baik mencuba dan gagal dari menunggu dan menyalahkan orang.Saya sokong orang yang gagal setelah penat mencuba.Sebab ada ikhtiar.
January 7th, 2008 at 12:54 am
[...] Baiklah Team FlareBiz bakal bergerak selangkah lagi dengan new project yang dijangka akan dilancarkan pada 10 haribulan ini. Apa projeknya Labanon? Wanita. Erk kau nak nigakan wanita dekat internet ker? Isk2 tak patut. Eh mana ada! Nak berniaga pakaian wanita Hmm.. apa agaknya? Biarlah rahsia dulu dan apa yang penting kami kini menumpukan sepenuh perhatian kepada projek terbaru kami ini. Ya, kami betul-betul kena pastikan projek kami ini berjaya walaupun kami tahu kejayaan ini bukan mudah dan team SaifulSham sendiri pun bercakap mengenai beberapa kegagalan mereka di blog mereka. [...]
January 9th, 2008 at 12:07 pm
“Kegagalan adalah pengalaman dan perlu diatasi agar kegagalan yang sama tidak berulang.Saya pernah gagal peperiksaan disebabkan sikap malas membaca tetapi saya tidak pernah mengalah”. – Tan Sri Datuk Dr. Arshad Ayub,bekas Rektor Universiti Teknologi MARA
renung-renungkanlah……
October 22nd, 2008 at 5:40 pm
Seperti yang dikatakan oleh Irfan Khairi ” sebelum kita berjaya, kita akan tempuhi kegagalan.” Saya sangat setuju dengak kata-kata itu kerana kegagalan akan membuatkan kita lebih matang. Saya juga seperti anda yang pernah gagal tetapi kegagalan membuatkan saya lebih matang..