Kenapa Laman Web Tidak Pernah Siap?
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Banyak aspek dalam perniagaan internet sebenarnya sering di salah tafsir oleh mereka yang diluar industri ini. Pada usahawan internet, perkara-perkara seperti ini pada mereka adalah normal, dan tidak ambil pusing sangat, sepatutnya semua orang sedia tahu. Tetapi pada mereka yang baru berkecimpung dalam perniagaan internet, anda perlu tahu ini.
Laman Web Anda Tidak Pernah Siap
Tidak pernah siap bermaksud anda tidak akan berhenti mengemas kininya. Tidak wujud satu masa di mana anda hanya berehat sambil goyang kaki sampai bila-bila menanti tempahan masuk. Ia mungkin terjadi seperti itu, tetapi seseorang masih perlu update website untuk anda.
Ini bermaksud, anda perlu tahu sedikit sebanyak perkara asas bagaimana untuk mengemaskini website seperti menambahkan link, gambar, memadamkan perkataan dan menukarkannya dengan perkataan dan lain-lain.
Anda tidak tahu melakukan itu semua? Keep on reading. (Saya tahu ramai yang sudah tahu, ini just in case)
Sebab Perlu Update
Pertama, kita perlu tahu bahawa banyak pelanggan tidak membeli kali pertama mereka melawat laman web kita. Ada diantara mereka yang akan membeli berbulan-bulan kemudian. Mereka akan mempertimbangkan, wajar atau tidak pembelian mereka. Justified atau tidak.
Jika mereka lihat laman web kita seperti itu sahaja tidak dikemaskini sejak beberapa bulan, hati mereka akan terdetik. “Website ini jual lagi tak?”
Dan ia tidak akan efek semua orang, tetapi ada orang yang akan membatalkan niat mereka untuk membeli atas sebab ini sahaja.
To be on the safe side, better anda update.
Bentuk Update Yang Terbaik
Bentuk update yang terbaik adalah update mengikut musim. Kalau time Hari Raya, buat Raya sale. Time Olimpik buat Olimpik sale. Saya tahu ini kontroversi sedikit, jika jual produk fizikal promosi paling best adalah valentine sales. Kenapa? Kerana anda buat promosi jual secara berpasang-pasangan (increase purchase size).
Hendak update laman web ini tidak susah sangat sebenarnya. Tidak perlu redesign semula. Cukup sekadar menggantikan satu dua gambar yang ada supaya pelanggan notice perbezaannya. (lihat Google, mereka ada seasonal update dan mereka hanya ubah logo sahaja)
Jadi, jangan lupa mengupdate.
Saya jarang mempromosi bengkel kami, tetapi saya lihat post ini a good match dengan keperluan sebahagian anda. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mengupdate laman web, pastikan anda menyertai Bengkel Membina Laman Web Kami 17 Ogos ini. Tak join seminar tak apa lagi (someone can do it for you if you want), tetapi anda perlu menyediakan diri anda untuk basic website designing dengan ke bengkel.
Klik di Sini Untuk Menyertai Bengkel Membina Laman Web Sahaja (RM 250) -di ruangan catatan, tulis “Bengkel Sahaja”
Klik di Sini Untuk Menyertai Seminar RBDDI+Bengkel (2 hari untuk RM 640)
Nota hujung: Bengkel Membina Laman Web HANYA UNTUK mereka yang BELUM PERNAH membina laman web sendiri sahaja.
Good luck!
Sabri HA
Consistently Updating
Mentored By a Billionaire- Steve Jobs (CEO Apple Inc)-FREE Gift
Steve Jobs adalah seorang public speaker yang menarik. Saya terjumpa rakaman ini ketika mencari-cari ucapan-ucapan beliau yang lain. Very inspiring, ucapan ini diberikan kepada mahasiswa di Stamford University. Semua orang patut mendengarnya. Saya ambil kesempatan ini untuk menguploadnya supaya anda turut sama dapat mendengar.
http://www.saifulsham.com/stevejobs.mp3 (17 minits, 16MB)
Cuma 17 minit, tetapi sangat moving and inspiring. Oh ya, jika anda baik hati dan ingin berkongsi, anda dipersilakan untuk berkongsi point-point yang anda dapat dari Steve Jobs ini. Orang yang paling baik hati mungkin akan menang sesuatu yang sangat bernilai dan tidak terduga.


August 12th, 2008 at 1:37 am
Terima kasih Sabri atas satu lagi perkongsian berguna ni. Saya hampir lupa tentang hal update-update ni. Walaupun saya tahu edit2 semua ni, tapi peringatan dan tips dari Sabri ni memang best!
August 12th, 2008 at 8:28 am
Satu lagi perkongsiaan yang membantu. Betul la. Perlu ikut musim. Yg fokus utama teruskan. Musim punya pun jalankan jugak..
August 12th, 2008 at 2:22 pm
[...] post ini adalah buah fikiran daripada artikel terbaru saifulsham.com dengan tajuk yang sama . (klik sini untuk artikel tersebut) Saya terpanggil untuk menghurai lebih lanjut tentang topik ini berdasarkan ilmu dan pengalaman yang [...]
August 12th, 2008 at 5:12 pm
Yup, memang betul.Seperti perubahan fesyen yang mengikut peredaran masa.Blog atau website pun perlu di ubah agar sentiasa nampak mantap dan menarik.
http://blog.syokbisnes.com
August 12th, 2008 at 6:59 pm
[...] badan pun naik. Kebanyakannya semakin “membulat”. Tak percaya tengok shuth, gobala, sabri, alang(dah kurus ke) dan ramai lagi .:P. Jangan marah [...]
August 12th, 2008 at 7:50 pm
Betul tu, Sabri! Kita perlu sentiasa kemaskini laman web kita agar ianya kelihatan hidup…begitu juga dengan kewangan kita, ianya juga perlu sentiasa dikemaskinikan.
Salam kekayaan,
THINKERICH
August 12th, 2008 at 10:39 pm
Betul juga sebab kenapa perlu update tu. tapi saya rasa ini lebih kepada produk fizikal la kan, since team SaifulSham jual produk fizikal
Bagaimana kalau produk digital?
August 12th, 2008 at 11:05 pm
Ya, update, update dan terus update. Dan update lagi.
Oh, kalau letakkan script untuk tarikh rasanya ok juga. Script tu akan paparkan tarikh terkini, dan akan berubah setiap hari.
August 13th, 2008 at 1:15 am
Ya, setuju sangat. terutama jual fizikal produk dan rasa amat meriah bila buat promotion. Bila time sambut merdeka, kita buat “Merdeka Sale”, time nak masuk sekolah ” Back to school”.Macam tgh tengok promosi kedai kat luar je.
Lagi satu yg akak rasa ada effect ialah nama promosi contohnya Set Exclusive, Set Special bla..bla..bla.( sebab ramai yg sebut nama promosi tu dgn gaya yg “exclusive” sekali)
August 13th, 2008 at 9:19 am
[...] 2. Kenapa Laman Web Tak Pernah Siap [...]
August 13th, 2008 at 4:14 pm
semua comment pasal update kite nyer website, tetapi, mahu ajukan persoalan, kalau kita sendiri x pandai nk update kita punyer website. contohnya shopping site yg kita upah orang untuk buat. agak ssh kan? hehe.. so, kene cari cara untuk mengatasinya!
p/s: tgh berusaha belajar zen cart. adeh2..tp besh!
August 13th, 2008 at 9:24 pm
Semangat perlu ada baru boleh siap…..ARB Dagang
August 13th, 2008 at 9:25 pm
Selain semangat, Ilmu perlu ada..itu yang penting…..ARB Dagang
August 15th, 2008 at 1:20 am
laman web bole siap jika dirancang untuk mengupdatekan. update sikit pun dah ok
August 15th, 2008 at 11:25 am
Sebenarnya laman web tak siap ni
berkait rapat dengan knowledge.
Macam saya, ada satu ketika terpaksa
menangguh mengedit web kerana merasakan
kerja tu susah sangat, padahal boleh edit
coding dan upload balek dengan sekejap.
Satu masalah saya skarang, hehe..
Macam mane la nak buat background gradient
supaya nampak smooth, (sbb kalo repeat, die jadi
petak2) .
Saye nak letak background tu di sales page.
Ade sesape tahu coding css untuk permasalahan
ini?
Sape ade solusi yang efektif, saya akan
hadiahkan sesuatu yg istimewa …
Hint #1 : not another IM stuff..
Hint #2 : visit my blog
Hazwan
August 15th, 2008 at 5:41 pm
update? memang satu perkara yang penting. semakin rajin update,semakin orang suka pada web kita. dah fitrah manusia,mesti akan bosan punyer kalau tgk benda sama je
August 16th, 2008 at 12:44 pm
August 16th, 2008 at 12:46 pm
lupe nk bg tau… send la apa2 e-mail sbb e-mail bro dah lupa pulak.. saya akan send esok
August 17th, 2008 at 11:58 pm
mmg letih juga nak update website kita.. tapi sebagai IM kita kena la rajin dlm hal ni, rumah kita pun setiap kali raya kita ubah itu dan ini nak bagi nampak menarik. website pun sama, kenala sentiasa menarik kan kalu benda yg sama tentu bosan(oh idea sama ngan zaidi)
HIJRAH menuju harta halal
http://hartahalal.wordpress.com/
August 18th, 2008 at 9:03 am
Bukan susah pun kalau tahu cara nak update website kita bagi yang ada webhosting tu.
Boleh guna software free kalau mau iaitu “NVU”.
Terima kasih.
August 18th, 2008 at 9:06 am
Memang kena update website kita dari masa ke semasa especially kalau kita letakkan tahun di bawah website kita.Saya ada ternampak website yang selalu di update tapi kat bawah masih tulis tahun 2006.Kalau camtu orang pun takut nak beli barang.
August 18th, 2008 at 10:54 am
Salam semua,
Nak update website memang kena banyak bersabar…
.
InsyaAllah, kalau sabar dan tenang..senang la kerja kita
“Dan mohonlah pertolongan (dari Tuhanmu) dengan SABAR dan SOLAT” (Maksud ayat Quran)
August 18th, 2008 at 10:22 pm
setiap hari saya akan jumpa pelbagai perkara baru di internet..idea baru..setiap kali terjumpa idea baru..rasa x sabar2 nak update website dgn idea tersebut..jika ingin maju kehadapan kita jgn ketinggalan perkembangan terkini..
August 18th, 2008 at 11:19 pm
August 21st, 2008 at 6:09 am
terima kasih Sabri sebab berkongsi video steve jobs. Very inspiring.
September 6th, 2008 at 11:55 pm
Cik Fazidah, itu namanye audio bukan video :p