Konvensyen RBBDI ke-2?
Hello pembaca SaifulSham,
Semenjak konvensyen pertama bekas peserta seminar SaifulSham diadakan pada tahun lepas (sekitar Januari 2007), saya bercadang menyambungnya untuk tahun kedua.
Untuk anda yang tidak tahu apa itu konvensyen, ia adalah satu sesi satu hari (dari pagi sampai ke petang) khas untuk bekas-bekas peserta seminar SaifulSham.
Dalam konvensyen ini, Team SaifulSham akan menyampaikan tips-tips terkini dalam perniagaan internet dan mendedahkan beberapa laman web perniagaan kami yang memberi pulangan lumayan. Kami akan menunjukkan mengenai strategi terkini yang boleh diaplikasikan untuk laman web bekas peserta seminar.
Kemudian, kami akan menjemput beberapa bekas peserta seminar yang telah berjaya membuat presentation mengenai bisnes internet mereka. Pada tahun lepas, kita mempunyai Kak G, Smartzul, dan juga Irwan Dahnil.
Pada tahun ini saya menjangkakan beberapa lagi bekas peserta seminar lain untuk membuat presentation. Tujuan presentation ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan peserta seminar yang lain.
Disamping itu, saya akan memanggil rakan-rakan usahawan internet yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Pada tahun lepas, saya telah memanggil seorang jutawan Dropshipper. Tahun ni, adalah orangnya. Yang pasti, saya suka menjemput orang yang tidak dikenali oleh usahawan internet lain tetapi orang tersebut telah menjadi kaya dengan perniagaan internet secara low profile
Menariknya lagi, konvensyen ini adalah PERCUMA. (Peserta hanya perlu membayar harga makanan dan dewan sahaja).
Untuk tahun 2008, saya belum mempunyai sebarang tarikh khas untuknya. Oleh sebab itu, saya ingin meminta sebarang cadangan konkrit daripada anda (untuk peserta seminar SaifulSham).
Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan (seperti mencari dewan, makanan) adalah dialu-alukan. Volunteer lah~huhu.
Saya amat berharap konvensyen kali ke-2 akan diadakan pada tahun ini juga.
W.M.Syazwan


March 18th, 2008 at 1:38 am
Try tanya Irwan untuk dewan kat Quality Hotel. Dia dapat special rate untuk dewan sebab tempah selama setahun.
Quality senang nak pergi..dekat dengan LRT Bandaraya..
March 18th, 2008 at 4:32 am
buat lah kat mana-mana pun, yang penting tarikhnya hujung tahun, boleh tak? kalau pertengahan tahun, saya tak balik cuti musim panas. kalau hujung tahun, insyaallah saya balik sempena cuti krismas.
lagipun, boleh bagi peluang kepada bakal-bakal peserta seminar untuk tahun ni menghadiri konvensyen tu.
March 18th, 2008 at 2:51 pm
Harapan agar ia diadakan pada hari Ahad. Tak kiralah bila tarikhnya sbb kurang kesesakan lalu lintas.
March 19th, 2008 at 4:30 pm
Hmm…. Tak semestinya hotel kan ? Kalau Quality Hotel tu pun lebih RM70 per head tu…
Sham.. kalau apply utk guna dewan training MARA camner ?
March 19th, 2008 at 10:12 pm
Kena pergi nie. Nak tambah mementum
March 21st, 2008 at 1:19 am
kalau dalam cuti sekolah macam mana? rasanya lebih mudah nak pergi especially bagi mereka yang tinggal luar dari KL dan berfamily, (macam kak umi laa tu).
Last convention, tak dapat nak pergi sebab waktu kurang sesuai, hopefully this year dapatlah pergi. Insyaallah
Ataupun, mungkin this time nak buat convention kat JB? kalau kat JB anytime no problem. yesss!
March 21st, 2008 at 5:51 am
betul2..cuti skolah boleh saya join jgk..ehehehe..
March 22nd, 2008 at 1:23 am
Hu..hu…. cuti sekolah org Kl nak balik kg. Banyak kenduri kahwin
March 22nd, 2008 at 4:04 am
Boleh kalo nak try apply untuk guna dewan mara..harap takde orang book la..
kena tetapkan tarikh dulu la..
March 23rd, 2008 at 5:56 am
Peluang mcm ni tak boleh dilepaskan…
March 25th, 2008 at 9:50 am
InsyaAllah, kalau kena masanya, sihat badannya dan terluang waktunya, akan saya join lagi kali ni. Nak boost semangat sikit yg kadang2 turun naik ni.
March 27th, 2008 at 9:16 am
Lagi cepat lagi baik…boleh boost semangat bak kata smartzul…