Salam Hormat Pembaca Budiman,

Oleh kerana frasa perkataan “akuan bersumpah” dan “Saiful” (Google Trends) sudah reda popularitinya, saya tidak akan melakukan akuan bersumpah lagi. Tetapi saya akan keep it short. :)

Ramai pembaca SaifulSham adalah mahasiswa ataupun golongan muda dan tak berapa muda yang ingin memulakan bisnes/bisnes internet/cari duit dengan kos yang rendah.

Saya faham dan saya akan share beberapa tips dalam post ini dan beberapa post yang akan datang.

Tips pertama saya, peruntukkan fixed amount yang sesuai sebagai modal dahulu sebelum menolak belanja lain. (saya cadangkan RM 100) Contoh, daripada scholar atau gaji anda, ambil terus RM 100 dan masukkan ke dalam tabung/debit kad.

Jika anda rasa RM 100 tak cukup, ambil lagi RM 100 pada bulan hadapan. Jangan ambil banyak sangat, it will defeat the purpose.

Kemudian baru bakinya ada gunakan untuk bajet lain. Percayalah, you will survive and you will be ok. Macam ramai remaja yang guna duit untuk beli handphone, modify kereta atau beli rokok. Mereka tak plan pun, mereka beli dan mereka tahu yang somehow mereka akan pandai-pandailah usaha cari duit tambahan bila duit dah tak ada.

001_31

Anda pun perlu lakukan perkara yang sama.

Ini kerana, jika anda simpan sedikit-sedikit, sangat biasa jika tiba-tiba ada kecemasan yang berlaku dan anda terpaksa menggunakan duit tadi untuk perkara lain. Akhirnya, rancangan hanya tinggal rancangan.

Tips kedua saya, anda juga perlu menjadikan aset anda liquid atau cair. Cuba lihat sekeliling anda. Apa benda yang anda ada tetapi anda tak gunakan sangat? Speaker, 2nd handphone, gitar, buku teks, jam, jadikan benda ini duit. Jualkan.

Bila bisnes anda berkembang nanti anda akan boleh beli yang lebih baik (hopefully), jadi, don’t sweat it. Additional tips, barangan berjenama, jual di Lelong atau Ebay, Open Market. Harganya akan lebih tinggi berbanding jika anda menjual pada kawan-kawan.

Tetapi untuk item seperti speaker, mouse, keyboard, buku teks dan barangan2 yang student banyak guna tetapi orang luar jarang, better tolak sahaja pada kawan-kawan. Harganya lebih tinggi dari jual di open market. Dan, terima hanya cash. Hutang-hutang tak main ya. :)

Dan elakkan meminjam duit kawan untuk buat bisnes. Tak sesuai dan kadang-kadang kita tak rasa begitu bertanggungjawab atas duit tersebut. (pengalaman kawan-kawan)

Ok, saya rasa itu sahaja 2 tips dari saya, another 2 tips yang lebih menarik untuk cari duit memulakan bisnes kecil-kecilan sehari dua lagi.

Good luck!

Sabri
Small Banker