Liku-liku menjadi dropshipper

Satu ketika dahulu, kami tidaklah terlalu memikirkan hal perihal untuk menjadi dropshipper. Bagi saya dan Sabri, cukuplah jika kami menjadi penjual produk fizikal yang berjaya melalui perniagaan internet
berasaskan dropshipping (dimana kami menjual produk dropshipper).

Tetapi disebabkan kepayahan dan kesukaran mendapatkan dropshipper yang berkualiti, maka kami reverse thinking kami dengan bercita-cita pada satu masa dan ketika nanti, kami harus merebut peluang untuk menjadi dropshipper dengan syarat modal mencukupi, mempunyai sistem yang teratur, dan produk yang unik.

Mengapa saya katakan 3 syarat utama ini?

Modal. Sesiapan pun akur, menjadi dropshipper memerlukan modal yang bukan sedikit. Ini kerana anda tidak boleh menjadi dropshipper jika anda berharap produk yang ditawarkan anda dibeli di pasaran biasa. Paling terbaik adalah mendapatkan produk secara terus daripada kilang. Kedua terbaik adalah daripada pengedar kilang tersebut.

Selalunya, jika anda mengambil daripada kilang ataupun pengedar utama kilang, mereka mengenakan syarat tempahan minimum. (Konsep sama jika anda membeli di AliBaba). Lagi banyak kuantiti ditempah, maka kos per unit akan bertambah rendah. Mahu tidak mahu, anda perlu membeli dengan kuantiti besar.

Sistem

Menjadi dropshipper memerlukan anda menyediakan sistem yang teratur bermula dengan menyediakan sokongan kepada ahli dropshipper, pembelian produk, penghantaran, penyediaan invois, dan kemaskini produk.

Buat masa ini, apa yang saya lakukan adalah melantik seorang staff yang menguruskan segala proses yang melibatkan kerja tangan seperti pembungkusan, penghantaran pelabelan stok, penyediaan invois, dan kemaskini produk dengan selian bapa saya.

Apapun, saya masih belajar memperbaiki dari semasa sistem saya. Antaranya dengan sokongan Sabri dalam bahagian laman web. Dan saya sendiri menguruskan karenah ahli dropshipper (Buat masa ini saya baru mempunyai sekitar 20 ahli dropshipper yang aktif).

Produk yang unik.

Saya berikan anda satu klue. Perniagaan dropshipper SaifulSham bukanlah Iphone. Ianya merupakan sebuah perniagaan aksesori diri (Saya akan dedahkan apabila tiba masanya). Satu kriteria yang ditetapkan kami sebelum menceburi bidang dropshipper adalah untuk menjual produk yang tidak mempunyai persaingan yang tepu, mudah dijual dan paling penting hampir tidak ada tarikh luput.

Contoh yang dapat saya berikan adalah menjual produk klasik yang dicari oleh orang ramai tetapi sudah tidak dikeluarkan oleh pengilang. :smile:

Apapun, tujuan saya menulis mengenai pengalaman menjadi dropshipper adalah secebis catatan pendek. Saya berharap usaha kami akan berjaya dan jika tidak berjaya, tulisan saya ini akan menjadi satu diari yang boleh digunakan untuk mencari punca kegagalan dan pedoman kelak.Haha.

W.M.Syazwan
————————————————————————————

(P/S): Akhirnya saya sudah bergelar graduan dalam bidang kejuruteraan!