Salam Hormat Pembaca Budiman,

Kehangatan kempen Everyday Low Fares yang dilancarkan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) baru-baru ini semakin menjadi-jadi apabila Air Asia yang terkenal dengan tambang murahnya (Everyone Can Fly) turut mempertikaikannya. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana saya rasa Air Asia ada banyak jasanya (mencelikkan mata rakyat Malaysia dan “mengajar” MAS) dan MAS pun nampaknya telah berubah ke arah yang cukup baik sebagai entiti perniagaan.

Latar Belakang Isu EFL VS ECF

02-02-2007-14-17-05.thumbnailAir Asia mendakwa MAS mengimplementasikan predatory pricing untuk menjatuhkan Air Asia dengan kempen tambang murah. Seperti yang kita semua sedia maklum, Air Asia adalah syarikat penerbangan tambang murah dan MAS adalah syarikat penerbangan premium. Secara dasarnya, mereka menyediakan khidmat kepada kelas pasaran berbeza (kelas orang kaya, kelas ekonomi). Tetapi bila MAS memperkenalkan tambang murahnya untuk mendapatkan lebih banyak penumpang, ini secara tidak langsung telah memasuki kelas pasaran Air Asia.

Yalah, buat apa terbang dengan Air Asia kalau harga tiket MAS pun sama kan? Dapat makan free lagi waktu flight.

Jadi ini isu pertikaiannya.

Apa Itu Predatory Pricing?

Predatory Pricing ini boleh dikatakan satu aktiviti pemasaran yang jahatlah. Contoh (hanya imaginasi untuk mudah faham): Restoran Ali bersaing dengan Restoran Abu. Restoran Ali dan Restoran Abu masing-masing ada pelanggan tetap dan sama-sama untung, harga di kedua-dua kedai ini pun berpatutan. Satu hari Pak Ali yang dengki dengan Pak Abu, membuat promosi “RM 1 Sekepala Untuk Buffet Lunch”.

Bila melihat tawaran super ini, semua pelanggan termasuk pelanggan Pak Abu pun bertukar selera pergi makan di Restoran Ali sebab jauh lebih murah. Bulan pertama dan bulan kedua, Pak Ali rugi sebab kos pun tak lepas. Tetapi beliau bersabar, apatah lagi beliau ada banyak wang simpanan ASB sebagai backup, jadi beliau tidak bimbang.

Pak Abu pun rugi juga. Beliau mati kutu sebab tak ada orang nak datang ke kedainya sebab harga makanan di Restoran Ali jauh lagi murah. Beliau tidak sanggup buat kerja gila macam Pak Ali sanggup buat bisnes untuk rugi. Jadi beliau pun kata,

Buat Business Rugi Buat Apa, Lebih Baik Aku Tutup Kedai, Tak Rugi.

Jadi untuk mengelakkan kerugian lebih dasyat, beliau pun tutup kedai.

tup tup tup…

Seminggu lepas Restoran Pak Abu ditutup, Pak Ali menamatkan promosi RM 1 untuk buffet tengahharinya dan memperkenalkan menu baru:

  1. Masuk Restoran RM 5
  2. Air Kosong RM 2
  3. Nasi+Ayam+Sayur RM 10
  4. Nasi+Telur RM 5
  5. dll

Mak aii… Kata pelanggan-pelanggan. Ini sudah cekik darah! Tetapi di sebabkan mereka tidak ada alternatif lain (restoran Pak Abu dah tutup), mereka terpaksa juga untuk makan di restoran Pak Ali. Pak Ali bukan sahaja telah berjaya cover balik kerugian dia waktu buat promosi dulu, tetapi juga untung berlipat kali ganda.

Nota SaifulSham: Predatory pricing ini adalah teknik persaingan yang sangat keji dan tidak beretika. Bersainglah secara sihat dan ingat, jika kita boleh buat dekat orang, orang boleh buat dekat kita.

Tetapi CEO MAS menafikan bahawa MAS mempraktikkan taktik ini. Beliau menerangkan bahawa beliau cuba untuk recover sunk cost beliau sahaja dan langkah ini dibuat kerana beliau mahu memperbaiki kedudukan kewangan MAS.

Apa Itu Sunk Cost?

Sunk Cost ini secara mudahnya adalah kos yang memang anda tidak dapat recover balik dan memang anda tetap kena bayar. Contohnya, kalau tiket kapalterbang tak habis jual, bila kapal terbang tu berlepas tiket tu tetap tak ada orang beli. Jadi ada seat kosong dalam kapal terbang tu yang tidak ada orang duduk. Minyak yang digunakan tetap akan digunakan, gaji-gaji juruterbang dan pramugari still kena bayar. Jadi ini adalah antara sunk cost MAS.

Strategi MAS dan Dato Seri Idris Jala

mas

Jadi, MAS pun menawarkan seat-seat lebihan ini pada harga murah untuk just balik modal (mereka dah untung dah dengan seat harga biasa). Promosi ini cuma untuk mengerah setiap titis keuntungan yang sebelum ini mereka biarkan sahaja. Mereka sanggup untuk jual dengan harga murah sebab kalau mereka tak jual, seat kapal terbang tu sia-sia sahajalah tak ada orang duduk.

Contoh lain: Waktu jual kuih raya, kalau petang sebelum raya tu, penjual akan mula berebut-rebut untuk lelong kuih mereka. 4 bungkus RM 10, 5 bungkus RM 10. Kalau ikutkan harga ini tak lepas kos pun, tapi mereka buat juga sebab kalau tak laku bukan mereka dapat duit pun. Dari simpan banyak-banyak sampai rosak, baik mereka jadikah duit dengan jual pada harga berapa-rapa pun orang nak beli.

Apa Yang Kita Boleh Pelajari?

Ada banyak benda yang kita boleh jadikan duit di sekeliling kita. Apa benda tambahan yang kita tak payah keluarkan usaha lebih sangat pun ataupun tak perlu keluarkan modal tetapi kita boleh jadikan duit? Jadikan ia duit!

Contoh:

  1. Barang-barang 2nd hand kat rumah yang tak pakai tu, boleh buat jual di Lelong atau Ebay (kumpul modal buat bisnes)
  2. On the way hantar anak ke sekolah, boleh ambil upah hantar anak jiran sekali

Ada banyak lagi contoh dan applikasi sebenarnya. Yang penting, kita kena buat dan kreatif. (Saya pun ada idea tambahan ni)

Good luck!

Sabri
Raja Midas
Tukar <<____>> Jadi Emas