Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini sudah masuk hari kedua untuk tahun baru, dan seperti tahun baru sebelumnya, saya akan menulis semula perancangan Team SaifulSham.

Untuk tahun 2007, semua sudahpun beres. Antara yang paling penting adalah mewujudkan perkhidmatan hosting sendiri, EcommerceMastery.com. Dan lainnya, bisnes internet di New Zealand sudah mula berkembang dengan diketuai adik saya, Syamim. (Buat masa ini, saya belum bersedia memberitahunya terang-terangan, siapa yang tahu, tahulah).

Bermula tahun baru ini, antara projek tumpuan utama saya adalah menarik seramai mungkin pelabur untuk menjadi pelabur di UrusHartanah.com. Saya sedang menimbang untuk membuat promosi diakhbar dalam tempoh masa sebulan ini.

Berkenaan projek ala-ala mencari hos rancangan, ia telah pun bermula dan studio yang sedang dibina kini dalam proses akhir untuk disiapkan (nanti saya pos gambar). Berkenaan apa? Tengoklah nanti.

Apapun, matlamat 2008 SaifulSham sepenuhnya telahpun ditampal dipejabat saya. Anda lihatlah apa terjadi sepanjang tahun ini.

Saya juga berharap pembaca setia SaifulSham berkembang seiring perkembangan kami. Jika anda berkembang itu maknanya info yang kami beri memang totally awesome!

Salam 2008! :grin: