Meminta bantuan dalam perniagaan
Hello pembaca SaifulSham,
Saya kerap kali mendapat panggilan daripada orang yang tidak dikenali (mungkin nombor telefon saya telah disebarkan) yang meminta banyak sangat bantuan untuk memulakan perniagaan.
Saya sentiasa bersedia membantu tetapi pada banyak keadaaan, cara panggilan ini meminta bantuan seolah-olah terlalu mendesak. (Hey, saya tidak senang cair dengan kata-kata pujian kecuali anda seorang gadis jelita
).
Antara ayat yang biasa diperkatakan:
“Boleh tak Syazwan buat laman web saya, tolonglah saya ini” (banyak cantik!)
“Saya sudah buntu dalam perniagaan internet, bantulah saya, bolehkah saya telefon kalau ada apa-apa lagi kemudian hari?” (boleh tetapi saya selalu hadkan pada bekas peserta seminar sahaja, itupun hari minggu sahaja)
“Orang dah kaya, takkan tak boleh bantu orang lain” (waduh, mudahnya cakap)
Ada banyak ketika, mereka bercakap melebihi sejam dalam telefon (aduh, saya meluangkan masa dengan begitu sahaja tanpa bayaran. Doktor pakar pun caj pesakitnya, saya bagi percuma pula).
Persoalannya, haruskah saya melayan semua perkara itu dimasa saya sendiri sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar di samping menjalankan perniagaan?
Saya amat menghargai pertolongan yang diminta kerana dengan itu saya tahu betapa saya mempunyai sesuatu yang istimewa yang dicari orang lain (ehem,ehem) tetapi pertolongan yang diminta kadangkala terlalu tinggi untuk saya penuhi.
Jadi, untuk memudahkan golongan yang bertanya, saya sediakan panduan untuk anda menghubungi saya. (Jika anda sudah pegang nombor telefon saya, tolong simpan dan jangan diberikan kepada sesiapa).
Pertama, jika tidak faham tentang satu-satu persoalan, rujuk dan baca dahulu buku seperti “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” tulisan Team SaifulSham (ini syarat minimum).
Emailkan soalan anda ke syazwan(at)saifulsham.com. Harapan saya, saya tidak mahu menerima soalan yang terlalu leceh dimana jawapannya sudah ada pada buku tulisan saya dan Sabri.
Kalau tidak, nampak sangat anda hanya mengharapkan bantuan saya mahupun Sabri 100 peratus tanpa usaha. Saya boleh kenal email orang yang membaca buku kami atau tidak. Antara soalan orang yang tidak membaca buku kami adalah seperti berikut:
“Paypal tu apa, macam mana hendak mohon? Laman web nak buat pakai apa?” (Soalan ini jika saya terima, saya akan simpan dan perap lama-lama kemudian barulah saya jawab. Itupun saya akan menjawab dikala saya berada dalam situasi terlalu bosan).
Berbanding soalan seperti ini,
“Dalam buku anda, ada disebut tentang beberapa cara mengeluarkan wang dari PayPal, kaedah manakah yang terbaik untuk orang Malaysia ketika ini?”
Soalah ini lebih sopan daripada soalan pertama tadi. Dan soalan ini menunjukkan si penanya tahu apa yang ingin ditanyanya (sudah pasti saya akan jawab dalam tempoh 24-48jam, bergantung pada tahap kesibukan).
Sama hal juga dengan tulisan saya dahulu mengenai Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari. Sehingga hari ini, masih ada yang menghantar komen meminta nombor telefon Yayasan al-Bukhari kerana ingin meminta modal perniagaan dan sebagainya. (bila masa pula saya pegang nombornya saya pun tak tahu)
Saya bersetuju dan bangga kerana anda berani untuk tampil meminta pertolongan tetapi betulkah cara begini meminta modal. Seharusnya, lengkapkan diri dengan segala perancangan perniagaan dan persembahkannya kepada Yayasan tersebut.
Setidak-tidaknya, tunjukkan passion dan minat mendalam untuk membuat sesuatu bisnes tetapi terhalang disebabkan ketiadaan modal. Bukannya menelefon atau email dan terus meminta sejumlah wang. Jika saya berada dalam situasi tersebut, saya akan menjawab panggilan dan mengatakan, ” Hayya, ini salah nombor lah. Wa talak kenai itu olang!
”
W.M.Syazwan


June 12th, 2008 at 1:11 am
Saya berminat untuk meceburikan diri dalam autoportal pengiklan di malaysia.Masalahnye saya tak pasati adakan website sebergini boleh mendapat permintaan yang tinggi.Saya baru selesaikan perancagan perniagaan utk portal tersebut.Cara2 permasaran target customer arah tuju website dan juga untung rugi.tapi saya masih ada ragu2.Terlintas di hati kalu cari,autotrader dan motor tader boleh buat kenapa kita tidak
December 21st, 2008 at 11:22 am
Salam Sejahtera kepada sahabat sekalian..
Emm…seronok baca bahagian ni..kadang-kadang kita rasa pelik dengan orang yang meminta dengan mudah kepada orang lain.. cubalah bawa berfikir..adakah orang yang telah mengecapi kejayaan dan kesenangan itu.. lahirnya terus senang dalam bidang yang diceburi..? saya rasa sifu saiful pun ada pegangan sendiri dalam membantu orang lain..saya pun lahir buta dengan selok belok tarian perniagaan di internet.. apa pun saya ucapkan terima kasih dengan buku sko dan ilmu yang ciput dalam diri… emm.. tak nak komen banyak.. marah orang nanti.. ” Hidup tanpa cita-cita adalah mati.. cita-cita tanpa usaha adalah mimpi..” p/s bukan usaha minta simpati tapi minta ilmu pembikinan kualiti diri..chaww…
August 23rd, 2009 at 11:48 pm
Salam..
Saya sprti nama di atas,
Tujuan saya send comment ini ingin memohon bantuan awal dalam perniagaan.Segala persiapan asas dalam perniagaan saya sudah ada,cuma modal syarikat shj belum ada.
Jadi,saya Abdul Halim Bin Abdul Hadi ingin memohon bantuan modal syarikat daripada pihak tuan.
Untuk mengukuhkan lagi bukti asas perniagaan saya,saya boleh beri salinan yang disahkan kepada pihak tuan.
Saya berharap,pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya.
Wassalam..
September 2nd, 2009 at 4:37 pm
salam, saya nak mulakan perniagaan kedai daging halal berkonsepkan moden, bersih dan komersil. potongan daging juga menggunakan mesin dan prime cut.saya dah sertai kursus intensif , dah hantar permohonan ke PUNB dan SME bank.tak lulus juga. saya dah bayar sewa kedai di Presint Diplomatik Putrajaya RM 4500.00 semenjak April 2009. Sehingga kini projek saya terbelengkalai. saya dah rugi sekitar rm 30k. semua urusan lesen perniagaan , iklan semua dah lulus dengan Perbadanan Putrajaya, masalah saya ialah saya perlu modal RM270 K untuk memulakan perniagaan ini. kalau boleh beri bantuan , setidak-tidaknya idea atau contact . tq
February 20th, 2011 at 1:11 pm
Salam..
Saya hanna dari melaka…klau u all ader idea bagaimana nak promosikan kdai ONLINE kte..coz i dah buat macam tapi macam ader yang kurang