Salam Hormat Pembaca Budiman,

Saya nak menulis sesuatu yang bermanfaat untuk anda semua, tetapi memandangkan hari ini, “Saturday Night” dan sebagai seorang bujang trang tang-tang, tidak manis lah untuk saya menulis rasanya. Nerd sangat, malam-malam minggu duduk depan komputer… hehe… :)

Jadi saya pendekkan.

Esok, saya akan ke Gathering WangCyber yang pertama, dan gathering ini disertai oleh 79 orang lagi (pendaftaran telah ditutup kepada mereka yang terlepas, tak apa. Next time ada) . Kebanyakan mereka adalah pembaca blog ini.

Jadi saya ingin membuat pengumuman,

Esok, sesiapa sahaja yang approach saya, memperkenalkan diri DAN memberi saya business card mereka, saya akan buat sesuatu untuk anda. (tak ada business kad, guna kertas koyak dari buku-asalkan ada nama dan URL pun takpe)

Sebagai ganjaran untuk keberanian anda, saya akan buat satu post khas mengenai gathering ini di SaifulSham dan saya akan link kan ke laman web mereka yang saya ada business cardnya. FREE. :) Jadi pembaca-pembaca SaifulSham yang tidak ke gathering tersebut boleh klik link tersebut untuk melawat blog anda. Satu promosi nih. :)

Oh ya seperti biasa, mereka yang proaktif akan dapat lebih. Sesiapa yang ayat pertama beliau, “Hensem betul Sabri hari ini ya“, saya akan tambah description 25 patah perkataan kepada link beliau. Chances untuk orang klik lagi tinggi jika ada description. hehe.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini! :)

In case anda tidak sure yang mana satu saya, ini gambar saya… hehem…

passportsize

Oh ya, in case anda berjumpa saya esok ada ayat lain yang telintas di minda anda (seperti, amboi- besarnya Sabri sekarang), simpan… hehe… 25 patah perkataan tu beza perkataan besar dan hensem… kontrol tau…. ahaxz… :)

Jumpa di sana!

 

Sabri
Menarik, Tertarik, Ku Memang Tembam

p/s: Antara peserta lain, Shuth, Team Flarebiz, Gobala, Kak G, Norizam & banyak lagi! :)

p/s: Oh ya, Selamat Pengantin Baru kepada Sham Raja Adsense Bergelar Raja Seminggu Minggu Ini (Majlis di Rumah Pengantin Perempuan Minggu ni, dan Pengantin Perempuan Minggu depan, jadi seminggulah beraja : ) )

 

 

 Selamat Pengantin Baru Sham! 

 

 

 

Sham boleh dikatakan orang yang pertama menggegarkan industri ebook negara kita dengan segegar-gegarnya. Ebook pertamanya, Raja Adsense menjadi benchmark kepada kejayaan ebook2 lain yang dilancarkan selepas itu.