Nak Tulis, Tapi…
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Saya memang berniat nak tulis panjang-panjang memberi tips yang menarik kepada pembaca setia SaifulSham.com sekalian, tetapi cuti-cuti semester ini sahajalah masa yang saya ada untuk membuat apa yang saya patut buat dengan bisnes kami supaya nanti waktu semester dah di buka kembali, kami tidak terkejar2 sangat. Jadi maafkan kami kalau post sepanjang cuti ini tak semantap mana.
Hari ini saya tidak bercadang untuk menulis, tetapi sebab saya mendapat satu emel yang “make my day”. Saya share sedikit snippetsnya.
Assalamualaikum Sabri,
Lama akak tak tulis. Ok dik, alhamdulillah nampaknya apa yg Sabri sarankan memang banyak bantu akak. Bulan June saja sales akak memang cantik. Sekarang ni kadang2 sampai 4-5 order satu hari.Terima kasih banyak2 dik. Cuma akak tgh belajar buat blog ni sebab kurang pandailah Sabri guna Word press ni.
…
Ok dik, akak call off dulu, mana akak tk faham nanti akak email lagi ya.
Terima kasih banyak2
********************************************Rahimah Majid
Usahawan Internet Wanita, Ibu kepada 4 anak
http://www.mysetbersalin.com
*Laman Web Pn Rahimah tidaklah sesempurna mana. Namun memang ada banyak perubahan dari versi asalnya. Namun dalam ketidak sempurnaan itu, Pn Rahimah tidak menjadikan ia sebagai satu halangan untuknya dari mempromosi, bertanya untuk menambah baik, dan YANG LEBIH PENTING, mengimplementasikan apa yang disarankan. Way to go dan saya percaya Pn Rahimah boleh mencapai kejayaan yang lebih besar.
Kepada alumni seminar RBDDI, seperti yang saya sebut banyak kali, hubungi saya jika ada sebarang masalah atau memerlukan bantuan. Saya tidak boleh membina istana untuk anda, tetapi saya akan bantu setakat yang termampu.
Tahniah kepada Pn Rahimah yang bukan sahaja ada kemahuan dan kesungguhan, tetapi juga sanggup mengambil tindakan untuk berjaya.
Tips Hari Ini: Emel Cermin Personaliti
1) Apabila anda menulis emel, tulislah dengan bahasa yang lembut dan biasa. Mulakan dengan “Assalamualaikum / Salam/ Salam Sejahtera, Hi atau Hello!
2) Gunakan nada biasa seperti orang tersebut berada di hadapan anda. Tidak perlu nada mendesak.
(ada dua jenis orang yang emelnya kuat desakan. Satu orang yang memang lumrahnya begitu. Dia kuat mendesak orang, dan dia juga mendesak diri sendiri. Orang macam ini selalunya berjaya dan nampak hasil kerjanya. Tak apa, dimaafkan. Jenis yang kedua, dia kuat mendesak orang, tetapi diri sendiri tak buat apa. Biasanya jenis ini hangat-hangat tahi ayam. Fakta: Terlalu ramai orang jenis kedua ini. Jenis satu sepanjang hidup saya, saya jumpa 3-4 orang je macam tu)
3) Pastikan anda sudah tahu 20-30% dari soalan yang anda hendak tanya atau apa juga yang anda henda cadangkan. (baik soalan, JV Offer atau nak bargain kurangkan harga dengan supplier)
Kalau anda tidak tahu apa-apa, research dulu sikit. Bagitau latar belakang apa yang anda tahu untuk menunjukkan anda sudah tahu, jadi orang yang membalas emel tersebut tahu apa yang anda dah buat.
Sebagai contoh: Untuk minta diskaun dari supplier;
Beritahu supplier dengan spesifik di laman web mana harganya lagi murah, berapa minimum order anda tiap-tiap bulan, barulah mereka akan layan. Kalau setakat cakap ada tempat lain jual lagi murah, kredibiliti emel anda tidak jelas. Mereka akan ingat anda bluffing. Dalam hati mereka akan cakap, kalau macam tu pergilah beli di tempat lain.
Jangan demand walaupun anda rasa anda berhak. Bila kita mula-mula belajar cakap English, kita selalu di suruh “Say Please” bila kita mahu meminta tolong sesuatu. Tetapi hari ini please sahaja tidak cukup. Mesti “Can you please …” atau “Would you please …”
Sebab Please sahaja kadang-kadang macam mengarah-ngarah juga.
Kenapa kita jangan demand? Sebab dalam perhubungan sesama manusia, hormat-menghormati itu sangat penting. Sebab pendapat peribadi sayalah, manusia ini selalunya baik. Cuma kadang-kadang terdapat salah faham yang memburukkan keadaan.
4) Akhir sekali pastikan ada Terima Kasih! (atau lebih mesra Terima Kasey!)
(pastikan memang betul-betul anda taip dan bukan sebahagian dari signature tetap anda, jika tidak tiada maknanya). Di bahagian penghujung ini, gunakan dengan sesuai. Sebagai contoh, jika ada menghantar emel bertanyakan khabar/memberi tips janganlah gunakan terima kasih, gunakanlah Good luck! atau Semoga Berjaya!) Barulah emel anda nampak hidup.
Kebolehan menulis emel yang menyejukkan hati orang akan membawa anda jauh dalam perniagaan internet. Siapa rasa emel tidak penting, cuba ubah dulu cara anda menulis.
Anda bukan sahaja akan lebih berjaya, tetapi anda juga akan lebih gembira.
Dan gembira itu lebih penting!
Selamat Menulis!
Sabri


July 2nd, 2008 at 7:02 pm
Tahniah kepada Rahimah Majid kerana berjaya menghasilkan jualan dalam pasaran internet. Walaupun sibuk dengan tugas sebagi ibu namun masih sempat berniaga di internet…….ARB Dagang
July 2nd, 2008 at 7:27 pm
tahniah jg kpd kak Rahimah Majid w.pun simple laman web, tp menghasilkan jualan…
sabri, seminar yg lepas menarik jg ye..banyak input yg berguna..
July 2nd, 2008 at 9:43 pm
Sabri…
Mantap juga ‘post’ cuti semester nih…
July 2nd, 2008 at 9:55 pm
kagum la kat Pn Rahimah ni.
setuju dgn nabieel, rasa nak p lagi la seminar tu..huhu..
boleh x sabri?? (“,)
July 2nd, 2008 at 11:11 pm
Hafiz,
Jangan minta, nanti dapat… jenuh ke KL tiap2 minggu
Nabieel,
Pendiam rupanya Nabieel ni. Diam-diam ubi berisi
Sabri
July 3rd, 2008 at 1:15 am
Satu tips yg Best!! Saya kagum dengan Pn Rahimah. Walaupun laman webnya tak berapa gempak dengan grafik,tapi dia masih lagi boleh buat sales 4-5 order satu hari..
Fuuh..banyak jugak tu..Dalam internet ni kalau nak berniaga,memang kena bertindak cepat dan tak perlu kesempurnaan yang melampau,baru boleh jadi macam Pn Rahimah
Semoga terus berjaya untuk Puan Rahimah:)
July 15th, 2008 at 7:33 pm
wow saya nak la order lebih 10 sehari saya nak la saya akan cuba nasihat abang
July 22nd, 2008 at 11:39 am
wow… hebat Pn rahimah nih… 4-5 sales sehari dah kira oklah tu…….