(gambar terpaksa di keluarkan kembali dan komen di reset atas sebab2 teknikal)

Saya sebenarnya sudah 2 tahun menyimpan hasrat untuk ke China memandangkan saya banyak mendengar rakan-rakan peniaga produk fizikal menyarankan saya untuk membuat outsource produk disana.

Memandangkan komitmen pada pelajaran, hajat itu ditangguhkan sehinggalah pada minggu lalu, saya berpeluang untuk ke Guangzhou di China.

Sebagai usahawan produk fizikal, saya perlu memaksimumkan keuntungan daripada penjualan produk dan jika selama ini Team SaifulSham banyak menggunakan kaedah dropshipping, namun bermula kali ini, kami pula akan menjadi tuan dropshipper.

Saya sudah berkali-kali memberitahu impian saya ketika dalam seminar bahawa, kami berimpian untuk menjadi tuan dropshipper, tetapi hasrat itu dibantutkan oleh kesibukan pelajaran.

Hasrat itu akhirnya berjaya dilaksanakan dan ketika ini kami sedang membangunkan laman web dropshipping kepunyaan kami sendiri.

Sebenarnya, jika mengikut tabii biasa produk fizikal, keuntungan normal adalah sekitar 10-15% sahaja terutama jika anda menggunakan kaedah dropship atau affiliate.

Tetapi sebagai usahawan, kami tidak berpuas hati jika selama-lamanya kami kekal menjual melalui dropship atau affiliate. Maka, kami cuba mencari produk dimana kami boleh mengaut keuntungan 100%,200% daripada modal dikeluarkan.

(Ehem, gambar diatas bukan produk yang akan dijual kami, cuma contoh sahaja jenis produk yang ada disana)

Alhamdullilah, tuhan makbulkan keinginan dan impian kami. Selama 5 hari di China (walaupun boleh dikatakan amat singkat), kami telah menemui lubuk emas yang dicari selama ini.

Haa, jangan beranggapan semua produk di China low class jika anda sendiri tidak ke sana. Ia sebenarnya bergantung kepada kepakaran anda berurusan dan meneliti dengan sendiri produk di sana.

Di Guangzhou, segala macam plaza ada disana. Saya jamin anda akan kelabu mata jika ke sana (saya pun kelabu juga, haha). Dan tidak salah saya katakan, disini adalah lubuk bagi usahawan produk fizikal dari seluruh dunia mencari produk pada harga yang jauh murah berbanding jika didapati di negara sendiri mahupun melalui kaedah dropship atau affiliate.

Cuma satu sahaja, murah pun jika anda membeli secara pukal. Biasalah, dimana-mana tempat borong pun, kaedah begini digunakan. Beli satu mahal tetapi beli lebih, harga akan mula berkurang bergantung pada kuantiti.

Secara kesimpulannya, jika anda berminat, pergilah sendiri untuk melihat sendiri kehebatan ekonomi negara China. Produk yang dikeluarkan mereka pun semakin lama semakin bermutu kerana kecepatan peralihan teknologi yang digunakan.

Saranan saya, adalah lebih baik jika anda pergi secara berkumpulan dan syaratnya, anda perlu mahir berbahasa Mandarin. Jika tidak, upahlah rakan kaum Tiongha di Malaysia atau rakan-rakan di China untuk membawa anda membuat deal dengan pengilang atau pemborong disana.

Saya kira inilah saat terbaik merebut peluang ketika ekonomi China sedang naik. Ketika dalam penerbangan pun, hampir 98 peratus penumpang adalah berbangsa Cina sama ada Cina Malaysia mahupun Cina dari China (huhu). Dan saya sempat berborak dengan beberapa penumpang Cina, dan kebanyakan dari mereka adalah usahawan yang pergi China untuk membawa pulang secara pukal barangan ke Malaysia dan dijual 2,3 kali ganda daripada modal.

Mereka juga ada yang pergi untuk mengeksport produk ke Eropah dan sebagainya. Bumiputera? Saya kira jika tidak ada saya dan kumpulan yang pergi bersama ke sana tempoh hari, boleh dikatakan 100 peratuslah yang ke sana adalah bangsa Cina sahaja.