Hello pembaca SaifulSham,

Ada kalangan pembaca SaifulSham menanyakan saya, dimana saya membeli packaging yang sesuai untuk penghantaran produk.

Disini, saya akan memberitahu anda beberapa perkara tentang cara penghantaran. Sebelum itu biarlah saya memberitahu anda, sepanjang tempoh kami berniaga diinternet, belum pernah kami menjual produk yang bersaiz besar atau bersaiz sederhana.

Semua produk kami ringan dan kecil. Senang cerita, boleh dibawa oleh budak kecil berumur 6 tahun. :smile:

Untuk produk yang bersaiz kecil, saya menggunakan sampul bubble wrapping. Saya membeli pukal daripada pemborong di Cheras. Tidak kisahlah dimana pun anda membeli tetapi elakkan membeli daripada kedai biasa seperti kedai alat tulis & sebagainya.

Why? Sebab harga mahal la.

Cara untuk mengetahui pembekal adalah dengan pergi ke beberapa kedai alat tulis dan lihat nama pembekal dicatatkan pada sampul bubble wrapping.

Buat perbandingan harga dengan menelefon beberapa pembekal dan tanyakan tentang sampul bubble wrapping yang ada pada pembekal (dari segi saiz) dan harga dan kuantiti minimum yang perlu dibeli. Kemudian buatlah pilihan mengikut kesesuaian produk anda dan perniagaan anda.

Ada kalangan pembekal boleh menawarkan untuk mencetak nama dan logo perniagaan anda pada sampul bubble wrapping (ada caj tambahanlah~).

Kos membeli pada pembekal adalah selalunya 50-60% lebih murah daripada harga di kedai biasa.

Wan, kenapa bubble wrapping, sampul surat biasa tak boleh ke?
Untuk lebih professional dan mengelakkan penghantaran produk anda terkoyak, bubble wrapping adalah terbaik. Tambahan pula, ia mengelakkan produk anda rosak disebabkan dicampak-campak semasa proses penghantaran.

Sebelum saya menggunakan bubble wrapping, saya pun menggunakan sampul biasa sahaja, tetapi feedback pelanggan yang diberikan amatlah tidak memuaskan saya. Boleh dikatakan ada sahaja kes sampul terkoyak semasa penghantaran. Jadi, bagi mengelakkan kes ini berulang, saya bertukar kepada bubble wrapping.

Sekian,
Wan Mohd Syazwan
Salam dari Labuan.