Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Pra Pelancaran Produk Anda
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Artikel saya hari ini khas saya kongsikan sebab saya tahu dalam masa yang terdekat ini ada beberapa pra-pelancaran yang akan dibuat. Antaranya oleh dua orang protege kami, Fai dan En Fauzul dan pelancaran yang ditunggu-tunggu Ramai, KitNiaga oleh Team Flarebiz.
Kepada anda yang tidak begitu biasa dengan terma “Pra Pelancaran” atau Pre Launch ini, ia adalah proses menarik minat bakal pembeli kepada produk kita sebelum produk kita mula dijual. Tujuannya adalah supaya kita dapat mencipta momentum pembelian apabila ia dilancarkan kelak.
Di dunia nyata, anda boleh melihat proses pra pelancaran ini dilakukan oleh Proton untuk MPV mereka, dan oleh industri perfileman. Mereka biasanya akan mengeluarkan trailer, memberitahu kepada media dan membuat pertandingan untuk menarik perhatian kepada produk mereka, walaupun produk mereka masih belum berada di pasaran.
Di dunia online pun, ia ada dilakukan. Khususnya di pasaran di luar negara. Untuk pasaran tempatan anda, tetapi tidak cukup “kick“. Saya akan ulas dan share sedikit tips selepas ini.
Bagaimana Biasanya Dilakukan?
Biasanya, untuk melancarkan sesuatu produk di internet, usahawan internet yang berkenaan akan mendapatkan bantuan rakan-rakannya untuk menulis di blog masing-masing atau menghantar emel kepada list mereka memberitahu mengenai pelancaran tersebut.
Bukan itu sahaja, mereka juga menyuntik semangat promoter-promoter (rakan-rakan JV) ini dengan menawarkan barisan hadiah yang menarik kepada rakan JV yang dapat membuat jualan yang tinggi.
Ketika proses pelancaran, mereka akan mengeluarkan laporan percuma, video percuma dan sebagainya untuk generate interest prospek. Ada macam-macam cara yang digunakan untuk “Stand Out” dan menarik minat prospek.
Guru #1 di dalam aspek pra-pelancaran ini tidak lain dan tidak bukan adalah Jeff Walker, penulis “Product Launch Formula”. Beliau menekankan falsafah “Turning the Launch into an Event“. Dan kepada sesiapa yang ingin melancarkan produk mereka, kita perlu memegang falsafah ini dengan kuat.
Bagaimana Untuk Mewujudkan Pra Pelancaran Yang Gempak?
Dengan membuat sesuatu yang orang belum buat!
Jika tidak boleh:
Buat sesuatu yang orang sudah buat tetapi pastikan ia jauh jauh jauh jauh jauh lebih baik!
Lupakan laporan percuma, ebook percuma dan sehingga satu tahap, audio dan video percuma. Push the bar higher, kick the ball farther. Try to think outside the box. Buat ia meletup dengan betul-betul meletup.
(kami teringin untuk menjadi sebahagian dari Event of The Year di dalam industri Internet Malaysia, tetapi sayangnya tidak ada launch yang betul-betul ooomphh untuk dipanggil event of the year yang telah dilancarkan dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini. Saya mencabar pembaca blog ini, rancang event of the year anda betul-betul dan kami lebih dari sudi untuk membantu!)
HINT: Kita di Malaysia ini sangat untung kerana kita ketinggalan sedikit dari industri perniagaan internet luar negara. Jadi jika anda tidak berapa kreatif dan tidak ada idea yang banyak, lihat dan survey “guru-guru” internet luar negara dan cuba tiru kaedah mereka melancarkan produk mereka. Jika anda dapat buat sesuatu yang lebih hebat dari mereka, lebih baik.
Pengalaman Kami dalam Pelancaran Ebook Sistem Kedai Online
Beberapa bulan lepas, kami telah melancarkan Ebook Sistem Kedai Online. Kami mengeluarkan dua buah video percuma dan satu laporan dalam bentuk FAQ. Untuk video pertama, penonton tidak perlu subscribe pun. Mereka hanya perlu memberi alamat emel jika mereka mahu kami memberitahu mereka apabila video kedua dilancarkan.
Ketika itu saya rasa tak ada orang lagi buat prelaunch dengan video. Apatah lagi 2 video.
Newbie yang baru hendak bermula dalam perniagaan internet sering mengeluh,
“Alah SaifulSham boleh lah. List besar, tokan-tokan internet di Malaysia semua tolong promote.”
Sebenarnya ini sesuatu yang saya tidak faham, dan ramai orang tidak tahu.
Pelancaran ebook Sistem Kedai Online cuma disertai LIMA (5) rakan JV sahaja. Kenapa 5? Sebab saya memang cari 5 sahaja. (mula-mula saya rancang 7, tetapi saya kecilkan lagi)
Ini kerana, saya memberi special, personal treatment kepada kelima-lima rakan JV ini.
Ada di antara mereka yang refer hanya 2 jualan, dan ada yang refer 20 jualan. Tetapi kami tidak kisah. Semuanya di layan secara sama adil, kelima-lima mereka di beri layanan istimewa.
Apa yang kami buat?
1. Emel pelancaran kami sediakan untuk SETIAP rakan JV mengikut style mereka. Ada 3 emel untuk setiap rakan JV, jadi total 15 emel khas.
2. Review di blog pun kami sediakan jika rakan JV tersebut perlukan.
3. Bonus untuk mereka berikan kepada pembeli dari link mereka juga unik, berbeza dan kami sudah siap uploadkan. Mereka cuma perlu menghantar download link tersebut kepada pembeli dari link mereka sahaja.
Anda sanggup untuk buat sebegini? Jika sanggup, buat! Sebab kami tidak jumpa lagi sesiapa yang buat sebegini. (jika ada saya minta maaf, saya tidak sedar kerana ayat emel nampak macam generic)
Ada beberapa lagi perkara yang boleh dibuat. Itu sebagai permulaan sahaja. Kami tidak buat dengan sempurna pun. Masih ada banyak aspek yang boleh diperbaiki.
Tetapi, jika anda ingin mengadakan pra-pelancaran dengan bahan-bahan promosi generic dan produk-produk percuma seperti ebook dan laporan biasa, lupakan. Anda tidak berlaku adil dengan diri anda sendiri.
Melancarkan produk bukan setakat melancarkan produk semata-mata (Syazwan mungkin tidak bersetuju dengan penyataan ini, tetapi kami memang ada falsafah berbeza
). Melancarkan produk adalah berkongsi kegembiraan dan ke’excited‘an (saya tak sure perkataan BM yang sesuai) anda dengan pasaran. Anda perlu ada passion. Perlu seronok. Perlu best. Dan perlu lain dari yang lain.
Saya sering mendengar dari newbie dan usahawan yang tak berapa newbie (marketing strategy?) yang seolah-olah merendah diri.
“Alah, you boleh lah. Ada list besar. JV banyak…”
“Dia kawan-kawan tolong promote, kawan-kawan dia tak layan pun kita. Camner?”
“Otai-otai tolong la tgk skit. Jangan promote membuta-tuli” (salah fact quote ni act)*Blh lihat di forum-forum utk lebih byk quote seperti ini
Nampak macam merendah diri. Tetapi ini, defeatist namanya. Mensabotaj kejayaan diri sendiri. Mereka nampak hanya di permukaan, tetapi mereka tidak melihat “the reason Why” dan betapa kerasnya proses pra-pelancaran itu dilakukan. Bukan main-main atau sekadar tangkap muat. Kerana jika tangkap muat nanti kawan-kawan akan rasa tak best. Itu apa yang difikirkan oleh orang yang dianggap otai.
Bukan setakat menggunakan emel generic, tetapi perhubungan yang dibina lebih personal sebenarnya.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Tambahan beberapa jam kemudian:
Saya lupa hendak beritahu bagaimana anda boleh beat otai dan adakan launch yang lebih besar. Untuk ini, saya bagi anda satu analogi. Fikir dan renungkan.
“Orang tidak hairan jika kita menjerit-jerit kita ternampak ikan lumba-lumba (dolphin). Mungkin ada seorang dua kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak pernah lihat ikan lumba-lumba akan tergerak untuk lihat.
Tetapi orang akan hairan, tertanya-tanya dan pasti akan tengok jika anda cakap anda ternampak sekumpulan ikan dolphin berwarna pink dan boleh menyanyi-nyanyi (dan mencampakkan wang pula tu!)”
![]()
Jika anda menjumpai dolphin pink, anda tidak perlu beli iklan di media-media, sebaliknya media yang akan datang cari anda.
Ringkasnya, jika launch anda betul-betul unik, rakan JV akan cari anda. Jadi, carilah ikan lumba-lumba pink anda.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Jadi saya cadangkan dan cabar anda, buat lebih baik! Anda boleh. Jangan berundur sebelum mencuba. Hormati kehebatan diri anda sendiri kerana jika anda memandang rendah kebolehan diri sendiri, lama-lama ia akan jadi rendah tanpa orang lain buat apa-apa.
Kepada protege-protege saya, rethink your launch strategies. Jangan rush, yang penting gempak. (ini kepada yang nak launch lah)
Kepada yang bukan protege, sertailah Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham, 8 & November ini (klik di sini untuk maklumat lanjut) dan kita boleh berbual panjang mengenai pre-launch ketika rehat, personally mengenai idea anda.
The Bomb,
Sabri,
Launch Engineer,
p/s: Macam best pula guna “The Bomb” ni.
Next time guna lagilah.


October 24th, 2008 at 8:31 pm
Hohoho. Saya dah “berdosa” sebab tak buat prelaunch sebelum launch produk saya… hm… pengajaran: jangan buat kerja tergesa-gesa.
October 25th, 2008 at 1:58 am
Oh artikel yang memang d bomb ni Sabri. ayat ke’excited‘an tu, saya rasa boleh guna “Keterujaan” kot. Cabaran yang harus diambil ni, Sabri kalau guna time bomb, amacam?
October 25th, 2008 at 3:31 am
kalo saya nak ber JV dengan saudara Sabri bley?
October 25th, 2008 at 9:55 am
Wah, memang hebat Saifulsham ‘manjakan’ JV partner. Tak pernah saya terfikir sampai hadiah pun disediakan..
Saya sahut cabaran Saifulsham dan untuk next project, akan try buat “Launch of The Year”
Baru ni, saya kagum dengan prelaunch dari Vince Tan yang buat pertandingan untuk teka hadiah untuk pelancaran Biggest Firesale.
“Jom Majukan IM Malaysia Lebih Jauh Lagi!
“
October 25th, 2008 at 10:25 am
ke’excited‘an = keterujaan boleh kot
event of the year yer.. hmmm kena fikirkan ni..
October 26th, 2008 at 12:51 am
Nice tip
Utk rahsia 10k haritu saya hanya sempat siapkan audio temubual & transkrip jer… then alhamdulillah ada sambutan jgk
October 26th, 2008 at 1:50 am
Hm.. prelaunch mesti gempak ayam kan…
Baru boleh meningkatkan kredibiliti..
Dan buat yang unik..
Insyaallah dalam proses memulakan sesuatu..
October 26th, 2008 at 9:36 pm
EUREKA! EUREKA! JERIT SEORANG LELAKI BOGEL SAMBIL BERLARI MENUJU RAJANYA
Sy sangat teruja (frasa BM yg blh saudara sham gunakan utk ke-excited-an tu)plg menarik perhatian sy ialah ttg dolphin tu! Sy xboleh menunggu lg tuk comment di sini krn sy dh dpt ikan lumba2 pink sy!
Sebenarnya, menulis komen dn soal adalah perkara terakhir dlm to do list sy skg. Almaklum sy ni baru beli domain n hosting. Kit blogger saudara zul pn slm beli lg. Tp saudara tlh menulis artikel yg menarik ni xdpt menghalang sy dr meninggalkan komen di sini.
Sy tersenyum sendirian sms mbc artikel ini terutama part [Jika anda menjumpai dolphin pink, anda tidak perlu beli iklan di media-media, sebaliknya media yang akan datang cari anda. ] Selesai mbc sy kembali serius, berfikir smbil mdgr lagu. Ayat ini lh yg sy fikirkan.
KABOMMM!
Xsemena2 sy mendpt ikan lumba2 pink sy, yg Insya Allah boleh nanti kita gunakan untuk Event of The Year yg saudara sebutkan itu.
Sy x bermaksud hendak menceritakan itu di sini. Dlm masa yg terhad ini sy nak berkongsi sebuah carita yg sy dpt dr sebuah buku tentang KREATIVITI oleh Yew Kam Keong.
Ceritanya begini; Seorang Pengarah syarikat mencari idea utk majlis perasmian kompleks membeli belah syarikatnya di sebuah bandar. Utk memastikan perasmian itu mendpt liputan media, mengikut ‘adat’ (kebiasan) mesti mengundang VIP utk merasmiakannya. Ini akn membuatkan mereka semua sibuk dgn persediaan dn protokol. Lgpun kos perasmian yg besar diperlukan. Dipendekkan cerita; seorang gadis yg berkerja di kuanter jualan kosmetik mencadangkan satu idea bernas! Apa idea bernas itu?
Idea bernas itu ialah utk menjemput pemandu2 teksi merasmikan pembukaan kompleks itu. Pemandu2 teksi itu akn diberi sijil, layanan VIP, hadiah dan kupon diskaun. Hasilnya?
Majlis tersebut berjaya menarik perhatian pihak media krn keunikannya bkn kerana Orang Kenamaan yg merasmikannya. Bonusnya pula, pemandu2 teksi yg merasmikan kompleks tersebut mencadangkan kpd pelawat dan pelancong yg mereka bawa untuk ke situ. Maka terjalinlah sebuah kerjasama antara kompleks itu dgn pemandu teksi yg menguntungkan kedua belah pihak.
Pengajarannya..sama2 lah kita fikirkan dan kaitkan dgn falsafah “Turning the Launch into an Event“ yg saudara sham katakan di atas.
Eureka! Itulah yg sy jeritkan (dlm) hati selepas membaca artikel ini). Sy sgt menghargai ilmu yg saudara sham berikan ini, ia memberi sy semangat dan jln baru.
Ok la, sy nk membelai2 dolphin pink sy ni..dan sekiranya ia x terlepas..sy akan kongsikan dgn saudara. Sbb mengikut cerita td, sy ni pemandu teksi..saudara sham tu pemilik kompleks..
Wa Salam Ila Liqa’ Ma Assalamah
October 26th, 2008 at 11:44 pm
Assalamualaikum
Baru saya sedar kenapa sesuatu produk yg baik pun boleh gagal dipasaran jika mengabaikan pra pelancaran. kebetulan saya baru pulang dari cineleisure menonton cerita “tropic thunder”..sanggup saya booking tiket 2 hari awal sbb teruja dengan “pra pelancaran” filem tersebut yang menampilkan pelakun kegemaran saya jack black…hermm…nice info sabri..thanks a lot.
http://www.kisahjutawan.blospot.com
~Jadikan Mimpi Satu Realiti~
October 27th, 2008 at 4:19 pm
Nice info bro..Saya pun tengah siapkan pre launch produk saya ni.Think out of box!!Sekarang saya tengah buat product launching (saya tengah fikirkan produk apa yang sesuai untuk prelaunching ni sebenarnya..)Tapi saya sedikit optomistik..kalau saya hasilkan produk yang takde kena mengena dengan ebiz,product launching ni boleh meletup-letup ke?Saya tak nafikan..product launching berkenaan ebiz memang lebih menarik perhatian pengguna internet ni berbanding product launching untuk produk-produk selain ‘buat duit dengan ebiz’ dll yg sewaktu dengannya.Di sini lah,kita perlu lebih terbuka sebenarnya.Cabang ebiz tu luas,bukan cuma terhad dalam skop ‘buat duit di Internet’ je..
October 28th, 2008 at 12:45 am
Tips yg sangat bagus! Sedang upgrade E-book dan akan war-warkan macam yg Sabri cakap.
October 28th, 2008 at 10:09 am
Assalamualaikum..
Terima kasih atas tips yang diberikan.Sungguh menarik.Saya tak pernah tahu tenmtang perkara ini.Entry ini telah membuka mata saya.
October 28th, 2008 at 4:04 pm
Thanks Sabri,
Dulu saya tak tahu pentingnya dan bagaimana nak buat pra pelancaran. Sebabnya kelam-kabut nak tengok results. Akibatnya takde results… nielah sikap orang tak sabar dan tak tahu bagaimana pentingnya kawan online akan bantu kita utk pra-pelancaran…Target skrg, sorang kawan baru sehari.
October 29th, 2008 at 7:23 pm
artikel memang membina dan hebat
November 6th, 2008 at 8:34 pm
nampak jelas dah keperntingan pre-launch dlm penjualan ssebuah produk..
thanks sabri!
nice info
November 14th, 2008 at 8:29 am
‘pink dolphin’…’pink dolphin’…’pink dolphin’
benar2 mencabar minda saya sekarang
thanks TeamSaifulSham
November 27th, 2008 at 12:04 am
Artikel yang menarik. tapi nak tanya sikit.
Sabri ada kata “Lupakan laporan percuma, ebook percuma dan sehingga satu tahap, audio dan video percuma” .
Bukankah team saifulsham juga buat pra pelancaran dengan video percuma?
Lagi satu
“Tetapi, jika anda ingin mengadakan pra-pelancaran dengan bahan-bahan promosi generic dan produk-produk percuma seperti ebook dan laporan biasa, lupakan. Anda tidak berlaku adil dengan diri anda sendiri.”
saya kurang paham. Saya dah baca artikel sampai habis tp tak dapat jawapan
Kenapa dikatakan tidak berlaku adil
December 1st, 2008 at 11:37 pm
smmgnye anda nmpak ckup berpengalaman.
idea2 yg dijana smmgnye bernas,persiapan yg kukuh perlu d buat sblum melancarkan sbrg produk2 bru.strategi perlu ade utk berjaya.
December 2nd, 2008 at 12:39 am
x sabarnya nak bli kete idaman..
hehe
kena wat betul2 ni..
bagi power..
“tiada yang mustahil jika anda berusaha gigih”
DR.KHALIFAH
http://fendicenter.blogspot.com
December 29th, 2008 at 1:35 pm
[...] hard disk yang mengandungi 2 projek utama yang sepatutnya dilancarkan pada tahun 2008 ini iaitu Projek Gila 2008 dan Projek JV Bersama Sifu Saya.. Saya kehilangan semua bahan-bahan report, ebook, transcript, [...]
December 11th, 2009 at 9:44 pm
nice info..
leh mantapkan ilmu ni..
hehe..