Hello pembaca SaifulSham,

Marilah kita bersantai sedikit pada hari ini. Saya akan menyenaraikan senarai peluang-peluang bisnes internet baru di zaman ekonomi gawat. Bacalah senarai dibawah sambil menghirup secawan kopi dan relaks.

1) Ebook menyelamatkan rumah tangga akibat kehilangan pekerjaan.

2) Ebook mengubat luka hati yang lara selepas kehilangan RM30,000 dalam skim cepat kaya.

3) Ebook cara melelapkan tidur malam selepas dibuang kerja atau bisnes jatuh merudum.

4) Ebook cara-cara menjimatkan belanja bulanan ke paras 10 peratus gaji anda.

5) Ebook teknik-teknik melarikan diri dari Along.

6) Ebook menyelamatkan kereta idaman daripada ditarik bank.

7) Ebook memikat & mengampu para bos untuk dinaikkan pangkat.

8 ) Ebook memancing cinta anak-anak orang kaya.

9) Ebook melarikan diri & mematahkan hujah dari agen unit amanah.

Yang cuba berhumor, :grin:
Wan Mohd Syazwan