Hello pembaca SaifulSham,

Semalam saya ada menulis sedikit idea-idea bisnes dalam zaman gawat secara humor. Saya sebenarnya bukanlah hendak berhumor tetapi saya menulis dengan objektif.

Objektif pos semalam (sila lihat pos dibawah) adalah untuk memberikan anda seribu satu idea bisnes dengan menyediakan penyelesaian kepada masalah orang ramai.

Semua orang bercakap zaman ini adalah zaman muram untuk ekonomi dunia termasuk Malaysia, dan hampir semua industri bermasalah dalam situasi sekarang.

Contohnya:
Pekerja banyak dibuang kerja atau diberikan cuti disebabkan syarikat mereka kerugian atau gulung tikar.

Agen-agen insurans dilanda musibah kerana orang sudah berkira-kira untuk mengambil insurans disebabkan kejatuhan insurans AIG (walaupun tidak berkait langsung dengan Malaysia, tetapi kebimbangan tetap ada).

Jualan kedai-kedai runcit atau restoran jatuh disebabkan pelanggan mula mengetatkan aliran perbelanjaan mereka.

Banyak lagi masalah yang timbul dalam berbagai industri dan masalah-masalah ini perlu dicari jalan penyelesaiannya.

Penyelesaian itulah bakal menjadi produk anda! Jika kita mengharapkan kerajaan atau pakar ekonomi untuk menyelesaikan masalah orang ramai, bermakna kita akan hanya menjadi pemerhati.

Lebih baik kita sendiri bertindak memberikan penyelesaian.

Sebagai contoh, adakah anda mahu menunggu kerajaan menyediakan pelan untuk membolehkan pekerja yang dibuang kerja tidur lena di malam hari?

Maka, sibuklah para menteri nanti perlu memikirkan ubat-ubatan dan cara psikologi yang dapat membantu tidur malam pekerja dibuang kerja.

Sudah tentulah kerajaan tidak akan menyediakan penyelesaian itu. Maka anda sendiri boleh memberi penyelesaian bagaimana untuk mengubat hati gundah gulana akibat dibuang kerja agar tidur malam tidak diganggu mimpi ngeri dibuang kerja.

Tahukah anda, begitu ramai golongan yang dibuang kerja diwaktu ini terutama di Amerika & Eropah.
Saya percaya dengan penghasilan ebook “Nyenyakan tidur malam walaupun dibuang kerja” mampu mencatatkan jualan yang baik diinternet.

Nampak seperti sukar tetapi fikirkan tulisan saya ini. Huhu, saya bukan bercakap kosong, sudah ada IM luar negara yang membuatnya.

Pokoknya, anda perlu mencari masalah dan selesaikannya.

Sama ada penyelesaian itu dalam bentuk ebook, teleseminar, audio atau produk, itu terpulang.

Sekian,
Wan Mohd Syazwan