Rahsia Buat Duit Besar Dengan Mudah Dari Kesusahan Dan Persaraan SaifulSham
Terima kasih kepada semua yang bersusah payah menghubungi kami melalui telefon dan emel. Pandangan semua akan kami timbangkan semasak-masaknya. Kami sangat menghargainya!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Oh, tajuk hari saya memang sengaja “hype”kan.
Sudah lama saya tidak menulis di SaifulSham, hanya Syazwan sahaja yang banyak posting. Seperti yang Syazwan dedahkan, ada banyak projek kami yang sedang diusahakan, jadi saya agak sibuk banyak di belakang tabir. Sesiapa yang cuba menghubungi saya pasti terasa kesibukannya.
Begitulah kami, ketika cuti semester ini kami perlu bekerja berkali-kali ganda lebih kuat supaya apabila musim “Back To School” nanti kami boleh relax sedikit.
Saya sebenarnya sudah ada idea apa yang hendak ditulis tetapi ada soalan urgent yang kerap saya terima saya ingin jawap terlebih dahulu.
“Susahlah nak cari supplier,”
“Susahlah nak buat alamat US”
“Susahlah nak baca, panjang”
Kata kunci di sini, susah.
Saya akui, ia memang tidak senang. Bukan sahaja apa yang tersebut di atas, banyak lagi perkara di dunia ini susah. Tetapi susah tidak bermakna ia tidak boleh dibuat.
Tapi itu beza between dengan orang yang ada dan orang yang mahu. Orang yang ada pada satu masa dahulu juga dia tiada. Tetapi kemahuannya lebih. Bukan sekadar nasib atau kebetulan ia terjadi. (hint: relationship, friendship boleh dipupuk),
Kami sendiri mengalami banyak kesusahan. Sekarang ini supplier gadget berkurang di Internet kerana pergerakan matawang tidak menentu. Banyak yang gulung tikar. Namun gadget2 yang dipamerkan di web site tetap perlu dipamerkan dan dijual (mana ada online shop jual satu atau 2 item sahaja). Supplier baru tetap perlu di cari. Dan hendak mencari supplier baru dan bina relationship baru pun bukan mudah (projek 6 bulan lepas Disember baru siap, better late than never!).
Stock Iphone pun juga begitu. Hendak membeli bukan main payah. (lebih mudah jual dari beli!) Dan untuk iphone tidak boleh dropship-dropship lagi. Jika mahu kena beli secara bulk (Kos! Modal! Risk!). Kami ambil jalan tengah, ambil kuantiti yang selamat secara bulk. (masih berjalan sampai bila2. Under supervision Syamim dan Gadget Division SaifulSham). Kalau berminat boleh email saudagar@saudagar.com.my. Best Price Guarantee~Mana ada orang guarantee price macam ini)
Maksud Best Price Guarantee
Kalau anda jumpa harga di tempat lain yang legitimate lebih murah dari harga kami, beritahu kami berapa dan di mana. Kami akan cuba beat atau match. Jika tidak boleh kami akan beritahu tidak boleh. Tapi try tanya dulu
Begitu juga dalam peristiwa kenaikan harga domain. Bagaimana EcommerceMastery.com (under supervision saya dengan bantuan Alias) boleh mengekalkan harga tatkala NameCheap dan GoDaddy pun naik? (btw, harga domain EcommerceMastery.com sekarang lebih murah dari NameCheap dan GoDaddy, dan kami juga menawarkan Private Domain Registration tanpa sebarang kos tambahan!)
Begitu juga dalam mencari pembekal untuk kelengkapan studio. Harga kamera, lighting set yang susah hendak di cari dan menelan belanja. Itu tidak termasuk bahagian teknologinya (saya akan buat Final Year Project on this thing jika supervisor saya luluskan. Ya! FYP saya adalah mengenai teknologi projek ini. itu baru satu komponen dari banyak komponen projek ini)
Susah, tetapi kami berusaha mengatasi kesusahan tersebut. Saya beri tips-tips mudah untuk anda mengatasi kesusahan tersebut.
Pertama, anda perlu faham konsep. Sesebuah perkara itu susah dan tak siap-siap (atau tak berjaya-berjaya) sebab kita tak betul-betul mahukan ia menjadi. Jika kita mahukan ia betul-betul menjadi, selalunya kita akan buat sampai jadi. Terasa mudah. Ada perkara yang bila saya rasa “tak apa”, susah dan kompleks sangat rasanya. Tapi bila “mesti jadi”, senang pula hendak buat.
1. Fahami Situasi
Apa masalah yang susah sangat tu? Jika hendak diselesaikan, apa yang anda perlu tahu atau perlukan? Senaraikan atas kertas. Jika anda ada sumber untuk mendapatkan item tersebut, buat dash (-) selepas item tersebut dan tulis sumber tersebut.
Jangan cuba untuk selesaikan lagi. Faham aja.
2. Sediakan Item-Item Tersebut Satu Persatu
Jika untuk membina laman web (susah ni, tak jadi-jadi sampai sekarang), kumpulkan semua gambar, lakaran dan segala-galanya dalam satu folder sebelum mula. Jika mahu negosiasi, rujuk artikel mengenai JV saya yang lepas dan kumpulkan semua item-item tersebut di satu tempat. Jika mencari supplier, buatkan satu senarai nombor telefon mereka atau buka laman web mereka guna Mozilla Firefox (tabbeb browsing)
Kalau item-item ini adalah “knowlege” anda fahamkan knowledge tersebut dahulu. Lepas tu baru move on ke next step.
3. Top to Bottom Selesaikan Satu Persatu
Buat satu persatu hingga selesai. Mula dengan item yang pertama. Kalau item pertama stuck dan rasa susah, lompat dan buat item kedua. Lepas itu kembali semula pada item yang susah tadi. Kalau item yang susah itu membuatkan fikiran anda buntu, gunakan sistem 3 Step ini untuk memecahkan masalah item tersebut semula.
Anggap knowledge dan projek-projek kita ini modular. Bila modular ini, fikir macam Lego. Ia boleh membina antara satu sama lain menjadi semakin tinggi, ia juga boleh bergerak sejajar, ia juga boleh menjadi bahagian tambahan, ia juga boleh menguatkan sesuatu struktur itu.
Akhir sekali, jika anda masih mengalami masalah, renung-renungkan kata-kata Azizi Ali ini.
“Life is to short to be ordinary”
SaifulSham ambil Steroid ke? Laju Semacam Dan Banyaknya Projek? Taula Muda~Banyak Tenaga! :p
Jika anda hendak tahu macam mana SaifulSham ni boleh buat itu dan buat ini. Kami tidak ada banyak rahsia sebenarnya. Ini sahaja:
Pertama, kami berJV dari awal. Kami ada banyak tenaga kerja. (walaupun tidak sebanyak yang kami harapkan).
Kedua, kami ambil apa yang kami mahu sahaja. (Majoriti keuntungan kami rollingkan modal. Dengan cara ini kami boleh berkembang dengan lebih cepat dan berani mengambil risiko yang memberi pulangan lumayan)
Ketiga, kami buat sesuatu dengan konsep modular dan sudah tahu bagaimana tersebut ia akan dikembangkan pada masa depan.
Keempat, we have fun! Kami tidak play safe juga. Kami buat apa yang kami mahu buat dan meneroka cabaran baru. Kepada penggila gadget, cuba anda jual gadget pula dari asyik membeli gadget. Saya yakin anda akan dapat kepuasan 2 kali ganda sebab dapat pegang2 gajet dan juga dapat duit untung dari jual gajet.
Kelima, pemahaman konsep Ecommerce kami kuat. Apabila contohnya designer kami buat sesuatu, kami akan senaraikan dengan terperinci apa yang kami mahu sehingga ke huruf terakhir. Bahkan, untuk mengupah designer membuat banner, perkataan2 yang digunakan dan temanya pun kami tentukan. Dengan cara ini, kami memainkan peranan yang aktif dari peringkat awal lagi jadi tidak banyak perubahan perlu dilakukan pada peringkat akhir. Setiap laman web kami yang baru-baru ini biasanya ada acuannya sendiri. Kalau kita banyak habiskan masa berkomunikasi untuk dapatkan apa yang kita mahu, banyak masa akan terbazir di situ.
Persaraan SaifulSham ? SAH! (Psst, Bukan Sebab Rakaman DVD!)
Shuth ada bertanya saya di WC, SaifulSham mahu jadi maven ke?
Maaf Shuth, saya tidak dapat reply di situ sebab nanti jadi off topic, jadi saya reply di sini sahaja ya.
Sebenarnya, kami tidak bercadang pun untuk jadi maven. Kalau ia terjadi, ia terjadi secara tidak sengaja. Eksiden
Sebenarnya secara jujur, penulisan di SaifulSham.com ini adalah satu bentuk terapi untuk mengurangkan stress buat kami.
Saya ingin membuat sedikit pengumuman yang saya rasa merasmikan apa yang sudah obvious.
“Kami tidak lagi berminat ataupun bernafsu lagi untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang teaching how to make money online” atau cara buat duit dari internet. Kami hanya work on the existing platform sahaja. Apa yang ada dalam bentuk buku, seminar dan blog ini, itu sahaja yang kami teruskan seperti biasa.
Kami akan terus berkecimpung dalam industri “Internet Marketing” (berbeza dengan teaching how to make money online), sebab kami memang menggunakan internet untuk memasarkan produk-produk kami, dan kami memang perlu berada di hadapan jika tidak perniagaan kami akan mati perlahan-lahan.
Lagipun, sudah lama juga sebenarnya kami berfikir-fikir dan menimbang-nimbang. Seperti Pareto Rules, 20% effort produce 80% profits. Kami rasa kami telah memberikan perhatian terlebih kepada niche teaching how to make money online ini walaupun sebenarnya ia bukanlah main income generator kami. Jadi dengan kami pun sudah berada dalam Final Year sekarang, jadi kami perlu fokus kepada Business Internet sebenar kami. Kami perlu tahu di mana effort dan di mana profit (jika tidak akan jadi macam Advertlets kalau tak manage betul-betul).
Kami lebih cenderung kepada seorang usahawan sekarang daripada sebagai usahawan internet (mungkin akan datang sebagai teknokrat).
Sepanjang kami berfikir ini sebenarnya, jika anda sedar, kami tidak pernah lagi mengeluarkan produk dalam niche “teaching people how to make money online” ini setelah seminar kami. (walaupun kami banyak unpublished ebook sebenarnya. Kami beri percuma sahaja kepada pelanggan2 sedia ada kami bila kami rasa mereka perlu)
Posting di forum Wang Cyber pun saya rasa sudah sangat-sangat lama jaraknya (malam kelmarin baru post satu).
Tetapi,
Anda masih boleh mengikuti perjalanan kami sebagai usahawan di SaifulSham.com
Anda masih boleh beriteraksi dengan kami dalam macam-macam perkara melalui blog ini.
Anda masih boleh mendapatkan buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, dan menghadiri seminar kami di Berjaya Times Square Hotel dengan mendaftar.
Masih akan ada tips-tips terbaru berkenaan perniagaan, perniagaan internet dan keusahawan di SaifulSham.com,
Tetapi fahami bahawa, we do this for fun only now.
Jadi saya harap anda faham bahawa konsep SaifulSham.com bukan Buat Duit Dari Internet, tetapi Buat Duit Dengan Internet. Jadi tidak timbul isu lari dari fokus dan lain-lain ya.
Kepada semua pembaca SaifulSham.com dari awal kemunculan kami sebagai blog Keusahawanan pertama di Malaysia, kepada protege kami yang telah menjadi rakan, jangan segan-segan menghubungi kami by email, kami sedia membantu kawan laman. terima kasih atas sokongan anda, dan itulah perancangan 2008 and beyond kami di SaifulSham Consultants.
Yang Menulis,
Sabri.
P/S: Pelancaran laman web UrusHartanah.com adalah Rabu, 9 Januari 2007 jam 5 petang.


January 7th, 2008 at 9:51 pm
Tahniah…
saya doakan team saifulsham akan melangkah lebih jauh…
saya sentiasa mengikuti perkembangan saifulsham sejak setahun lepas…
memang nampak team saifulsham sentiasa terkedepan..
January 8th, 2008 at 9:52 am
Saya pun.. dah lama baca blog team saifulsham ni sejak dulu lagi masa mula2 beli buku Rahsia Buat Duit Dari Internet.. dah lama dah tu.. tahun bila tak ingat, maybe tahun 2006 rasanya..
Dari awal lagi memang dah nampak team saifulsham lebih fokus pada produk fizikal.. ia membezakan usahawan internet yang lain, yang banyak menghasilkan produk digital..
January 9th, 2008 at 1:35 am
Team Saifulsham memang ada UPS tersendiri!
Bak kata P.T Barnum, lagenda advertising zaman public domain ( sebelum thn 1925),
==
Touch A Live Shark!
==
Orang lain hanya berkata “Mari kedai aku, tgk ikan nih”. Saifulsham pulak mengeluarkan aura “Nih, mari pegang jerung ni hidup2″
Memang strong, unik dan powerful bagi saya sebagai peminat Saifulsham.
Gudluck u guys.
January 11th, 2008 at 10:05 pm
Sabri.
Satu ‘kesilapan’ BESAR kebanyakan orang ialah, mereka tidak tahu bahawa usahawan internet itu adalah USAHAWAN. Saya sejak dahulu lagi mempersoalkan istilah USAHAWAN INTERNET itu sendiri. Ada satu artikel yang tidak saya publish lagi mengenai hal ini.
Bila saya kaji mengapa ramai orang tidak faham apa kerjaya usahawan internet tu, istilah usahawan internet itu sendiri yang mengelirukan ramai orang dan sebab itulah kita bermatian-matian mahu menerangkan apa itu usahawan internet kepada keluarga, mak ayah dan rakan-rakan. Hampa, mereka tidak faham-faham.
Padahal istilah yang lebih betul ialah usahawan (usahawan apa, bergantung pada bidang dan produk yang anda pasarkan). Kalau susah sangat, cakap sahaja “aku jual macam-macam” dan yang utama ialah ________ (mungkin kepakaran anda) atau ‘core’ service anda.
Walhasilnya, apa yang dapat saya katakan, ia hanya istilah yang mungkin tidak wujud dan mungkin hanya satu MITOS.
Bayangkan, jika anda mahu memohon sesuatu seperti pinjaman dan sebagainya, betapa sukarnya anda akan menerangkan mengenai kerjaya usahawan internet anda. Berbelit-belit lidah mahu menerangkan kepada pihak berkaitan mengenai kerjaya anda.
“Saya ni usahawan internet”. Si pendengar mula berkerut dahi tidak memahami. Tapi lebih mudah kiranya anda mengatakan, “Saya ni usahawan sepenuh masa. Servis utama perniagaan saya adalah __________”. Tak perlulah sebut mengenai internet sebab internet itu hanyalah medium pemasaran.
Contoh atau point saya di atas pun sudah cukup untuk mempersoalkan istilah “usahawan internet” itu sendiri.
Maka istilah sebenar yang lebih tepat ialah: USAHAWAN. Internet hanyalah satu medium dan ia tidak berakhir di situ sahaja. Sebaliknya, medium Offline dan lain-lain strategi tetap terbentang luas kepada anda si ‘usahawan internet’.
Saya juga mahu mengumumkan di sini bahawa, saya ‘bukan’ usahawan internet, tetapi saya adalah seorang USAHAWAN yang lebih mengutamakan internet sebagai medium perniagaan dan pemasaran saya. Offline? Tetap di dalam senarai.
Mungkin Sabri atau yang lain mempunyai pandangan tersendiri. Tapi itulah apa yang saya fahami. Setiap kali apabila saya balik ke kampung dan menerima soalan “apa kerja kau?”. Jawapan saya ialah, “Aku buat bisnes sendiri”. Tidak sesekali istilah usahawan internet akan dituturkan kepada mereka kerana yang pasti mereka akan berkerut dahi.
Salam maju jaya kepada Team SaifulSham.