Mari Kongsi Jawapan Yang Paling Sesuai Untuk Soalan Ini…
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Sempena Hari Raya Aidiladha ini, kami di Saifulsham ingin mengucapkan Selamat Hari Korban kepada semua pembaca SaifulSham yang beragama Islam.
Hari ini kita bercuti sekejap dari berkongsi tips dan pengalaman, sebab saya nak minta tolong.
Saya nak minta tolong anda menjawab satu statement yang saya dan Syazwan stuck tak tahu nak kata apa. Saya tahu kebanyakan pembaca SaifulSham ini adalah orang yang “celik duit” dan kebanyakannya bijak-bijak belaka, jadi kongsilah jawapan anda dengan kami supaya senang untuk kami menjawab kepada soalan begini.
Soalan Versi Satu
Pakai jer kereta apa pun selagi mampu.. lagi boleh bayar loan. nak simpan duit sampai bila..sampai umur 60 jadi jutawan umur 61 mati..susah 60tahun senang setahun tak berbaloi.lagipun feel dia berbeza di usia muda dan usia tua. tapi jangan plak sampai tak boleh bayar, ukur kewangan sendiri.. nikmatilah kehidupan yang pendek ini
Soalan Versi Dua
Buat apa? Nanti dah tua baru kaya. Takkan dah kerepot-kerepot baru nak melancong pergi Paris, UK semua. Kalau gitu baik tak payah. Orang waktu muda ni lah nak enjoy2.
Soalan ini saya terima melalui ruangan komen SaifulSham. Dan sebenarnya saya pun biasa dengar versi yang sama beberapa kali sebelum ini dari orang yang pernah dekat dengan saya. Saya tanya Syazwan kalau dia, dia akan jawab apa, tapi Syazwan pun blurr untuk jawab soalan ini. Selepas itu saya buat donno je sebab saya tak sangka ada orang yang berfikiran singkat macam tu sekali.
Tetapi akhirnya orang yang dekat dengan saya tu, jadi pernah dekat sebab nampaknya kami tak sehaluan dalam hal-hal pengurusan kewangan ni. Mungkin sebab kegagalan saya menjawab soalan di atas… Isy3x..
Jadi untuk mengelakkan masalah ini berterusan, dan supaya kita dapat mendidik masyarakat untuk “celik kewangan” saya harap anda dapat berkongsi jawapan untuk soalan ini bersama-sama.
Terima Kasey!
Sabri,
Yang Tertanya-tanya
p/s: Jawapan saya: Ala, bukan tua sangat. Tunggu dalam umur dekat2 30, 40 nanti bolehlah enjoy2 sampai nak rak, ok lagi tu…-gagal menyakinkan golongan ini. Jadi harap dapat bagi jawapan lain.


December 7th, 2008 at 9:05 pm
Hasil wawancara dengan saudara ada di Dewan Ekonomi Disember 2008. Kemudian editornya meletakkan saudara antara usahawan muda di Malaysia.
December 8th, 2008 at 5:07 am
hmm… susah ni jawap… bila kita dah tua nanti memang susah nak enjoy sebabnya makin tua makin hilang nafsu (tak semestinya nafsu seks
lagipun time tu kita nak bertaubat sebab dah nak mati ingat tuhan, kedua depend kpd orang tu, ada yang dah tua pun masih playboy
… majoriti akan enjoy waktu muda ni tapi sesetengah akan lupa diri dan dah tua baru nak insaf… so enjoy lah tapi jangan over dan jangan sampai lupa diri…
December 8th, 2008 at 8:32 am
Terima kasih En Anuar!
p/s: Susah juga hendak dapatkan majalah Dewan di Kuantan ya. Kata pengedar, majalah bulan ini belum sampai lagi.
December 8th, 2008 at 9:31 am
saya rasa kena suruh orang tu baca buku Azizi Ali kot. Hehe
actually, saya pun akan blurr jugak kalau orang tanya macam tu tapi saya just percaya hidup adalah satu anugerah dan cubalah kecapi apa pun yang kita mahu sebaik mungkin.
kita semua cuma ada satu kehidupan yang diberikan Allah. So, manfaatkan lah ia sebaik mungkin.
just “2 sen” saya..
December 8th, 2008 at 5:11 pm
Kalau nak enjoy dalam kehidupan tak salah tapi jgnlah over sgt. Yang penting kena faham macam mana nak bezakan yang mana betul & yang mana salah melalui ajaran agama. Kalau berkemampuan jgnlah pulak sampai membazir. Kalau tak berkemampuan, ringan-ringankan tulang untuk mencari rezeki.
Sekadar mencuba..
http://www.resumeweassist.com/blog
We can help you attain your career goals!
December 8th, 2008 at 5:59 pm
Bagi saya, enjoy tu enjoy gak tapi jangan melampau sehingga menjadi malas.
Ketika duit ada boleh enjoy bila duit dah habis boleh enjoy lagi ker? Dah boleh jadi bapak orang nak bergantung pd mak ayah lagi ker.
Maaf kalau bunyinya agak pedas tapi kalau org tak boleh fikir jauh ke depan tidak akan dapat merancang masa depan. Betul tak?
December 9th, 2008 at 12:50 am
Hmm.. Persoalan ni terlalu subjektif bagi saya. Hanya seorang sahaja yang boleh jawab soalan ni iaitu DIRI KITA SENDIRI.
ps. Wah, keluar dalam DK ya. Nak pergi dapatkan satu esok.
December 9th, 2008 at 8:10 am
soalan ke statement macm tu….
http://kamrie-ceramic.blogspot.com/
December 9th, 2008 at 10:13 am
Assalamualaikum,
Bagi saya Dunia adalah Jambatan ke Akhirat, bila ada Duit…kita mampu beribadah dan melakukan amal jariah…boleh mengerjakan haji,umrah…bantu keluarga…bina masjid..tolong anak yatim dan sebagainya…cepat atau lambat kita mencapai status tersebut..tepuk dada,tanya selera..kalau saya..biarlah masa muda ni…sbb fizikal dan mental masih gagah dan sihat insyaallah..
Jadikan mimpi satu realiti
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
December 9th, 2008 at 7:14 pm
back to quran..
saifulsham! do u know u guys is in the top 50 most influential blogs in malaysia?
so proud of utpian
tips n business ideas at http://bisnesharian.blogspot.com/
December 10th, 2008 at 9:09 am
Kalau saya.. saya akan enjoy menggunakan 10% (kadar maksimun) dari apa yang saya ada. Let say, kalau ada RM10,000.. so saya akan guna dalam RM1000 untuk enjoy.. belilah apa2 yang boleh dienjoy dengan jumlah wang tersebut.
So.. kalau nak enjoy dan gunakan wang sebanyak RM10,000 , kenalah simpan/ada duit dalam RM100k dulu.
Pasal beli kereta. Saya prefer beli cash, guna 25% dari wang simpanan yang ada.Atau, kalau nak beli secara hutang, pastikan hutang kereta itu boleh disetelkan dalam masa 1-2 tahun.
December 10th, 2008 at 6:31 pm
Jwpn soalan pertama:-
Bila kta xhadap loan keta sepanjang 7-9 tahun, duit tue kita leh wat macam2. Contoh, beli hosting + domain utk wat minisite. Siap ada balance lagi tue.THen wat promosi setiap bulan dgn target yg bersesuai dgn niche kita.
Siap berlipat ganda untuk tempoh 7-9 tahun bro..
Jwpn soklan 2 :-
Nak tue kerepot kaya atau ketue kerepot dok melepet bwh jambatan? Hahahahaha..
Pada saya, biar la usia muda nie kumpul harta dunia dan akhirat. Baru dtg keberkatan bro.. Jika kita tinggal 1 amik 1 jer. Buat per. Kita boleh amik kesemua pilihan yg ada. Jgn sia2kan usia muda yg fresh dan segar dgn enjoy jer..
Setakat nie kot jwpn aku yg xberapa celik duit..
Harap ia akan bermanfaat utk saya dan semua..
Wassalam..
December 11th, 2008 at 8:26 pm
Kalau di usia muda kita mampu memilikinya dan dalam masa yg sama kita mempunyai simpanan yang boleh membawa pulangan utk di gunakan semasa tua (umur persaraan) ….apa salahnya!
December 12th, 2008 at 4:06 pm
Ha-ha..betul! macam pernah ku dengar kata-kata ini..
(setelah berfikir selama 1 hari 1/2..hehe) Kalau saya jumpa orang yang kata macam ni, saya mungkin akan tanya dia balik satu soalan;
Soalan: “Katakan la, ko panjang umur. Pernah tak ko bayangkan kehidupan selepas pencen?”
Jawapan dia: ya atau tak
Kemudian saya akan bagi dia jawapan saya pula;
Cenggini, kehidupan selepas pencen..
Income ko = Jumlah gaji yang diterima adalah separuh daripada jumlah gaji sebelum pencen.
Tetapi dalam masa yang sama;
-perlu sara anak belajar kat university
-kos sara hidup semakin tinggi
-kos kesihatan turut meningkat (maklumlah..dah tua
So, soalannya; Mampukah ko tukarkan gaya hidup sekarang dengan gaya hidup separuh gaji masa pencen nanti?
Jawapan dia: Mungkin tidak
Soal lagi: So, bagaimana nak selesaikan masalah ni?
Saya jawab sendiri:
Mudah sahaja..pastikan kita ada income lain selain daripada wang pencen. Contoh income lain..bla,bla,bla..Ini boleh goreng
Objektifnya: Di akhir perbualan, si dia akan sedar bahawa teknik makan gaji sahaja / enjoy habis2an dengan duit gaji sampai tak dapat menabung dah tak laku lagi di zaman ini & akan datang.
Kalau mati muda tak pe la..Cemana pulak kalau dah tua tak mati-mati..ada sakit pulak tu..Takkan nak minta ihsan tabung bersamaMu? ye tak?
Nauuzubillah..mintak jauh
p.s: Bak kata RTK, start early.. Barulah dapat rich young, retire young. Aaminn.
December 13th, 2008 at 8:32 pm
Wang dan kekayaan ni subjektif. Ada setengah tercapai impian sewaktu umur masih muda, dan sebahagian lagi ..umur dah senja. So, bagi saya..duit perkara penting dalam hidup tapi ada yang lebih penting dalam hidup?… apa dia..
December 18th, 2008 at 3:11 pm
Bagi saya hidup mesti dalam penuh keberkatan.
Ada sedikit simpanan untuk hari tua.
Ada sedikit harta untuk anak-anak.
Masa muda dapat menolong orang tidak berada.
Masa muda dapat membalas jasa baik ibu bapa.
Sebab Rasullullah meninggal pun dia tinggal harta kepada anaknya Fatimah Al Zahrah. Iaitu
Seekor keldai, se buku roti, sebilah pedang dan sebidang tanah.
Jadi hidup boleh cari harta biar susah dahulu dan senang kemudian. Saya cerita berdasar pengalaman saya. Beli rumah dahulu masa muda-muda. Beli kenderaan bila dah kawin dan sekarang dah tambah satu rumah lagi dan ada merancang untuk beli tanah pertanian.
May 31st, 2009 at 12:36 pm
setiap org ada cara tersendiri utk berjaya. klik la link kat bwh ni dulu.
http://www.nafkahbatin2u.com/index.php?ref=getright
June 28th, 2009 at 11:37 am
wohhhhh ,anda megerti x saya x tapi baik saya baca lagi
sekali
tolll x