Rahsia Mendapat Pasangan Idaman (Dan Juga Kekayaan Jika Anda Mahu)
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Pertamanya, saya rasa saya tidaklah kaya sangat untuk mengajar orang lain mengenai kekayaan. Saya yakin ada ramai lagi orang yang lebih kaya. Tetapi saya pasti saya boleh berkongsi sesuatu mengenai “pasangan idaman”
(sebab itulah susunan title saya begitu)
Rahsianya Adalah: Anda Mesti Pandai Menjual!
Ramai orang yang tidak suka menjual dan menganggap menjual ini pekerjaan low class. Seboleh-bolehnya dia rela menganggur dari menyertai bidang jualan. Salesman juga dianggap desperate dan penipu. Ini adalah stigma masyarakat.
Cuba kita renung-renungkan diri kita;
Adakah kita rasa kita berhak sesuatu yang lebih baik, tetapi atas satu sebab yang kita tak berpuas hati kita tak dapat. Kita rasa kita lebih pandai dari A, tapi A lagi senang (kaya). Kita rasa kita lebih rajin dari B, tapi B lagi berjaya. Kita rasa kita lebih hensem dari C (dan C tu hitam, gemuk dan tak hensem) boleh tackle awek yang cun yang kita admire.
Kita pun pelik. Kita syak mungkin pesaing kita tu pandai bodek, pandai ayat ataupun paling tak senonoh, “pandai kencing”
Kita pun berkata pada diri kita (dalam diam), “Aku ni biasa je, lebih mulia. Aku tak nak bodek orang, aku tak reti nak bercakap, susahlah. Biarlah aku hidup begini. Tak dapat pun tak apa. Aku bukan nak sangat.”
Dan kita terus hidup, bukan dalam kesederhanaan, tetapi dalam kemunduran dan kemalasan. (tak nak maju bukan sederhana ya, tak nak maju adalah malas dan mundur, Jangan salah sangka.) Orang yang sederhana mahu terus berjaya untuk membantu orang lain. Keperluan dirinya sahaja yang sederhana, tetapi pencapaiannya tidak sederhana.
Sebenarnya dengan perasaan seperti inilah yang menyebabkan kita tidak dapat apa yang kita berhak dapat. Dan selagi kita begitu, dan berterusan pesimis dengan kebolehan diri sendiri dan kebolehan orang lain, selagi berkembanglah penyakit malas dalam diri kita.
Kita Kena Menjual Diri Kita!
Jika kita hendak dapat kerja, kita kena menjual diri kita kepada bakal majikan.
Jika kita hendak dapat biasiswa, kita kena menjual diri kita kepada penaja.
Jika kita hendak dapat duit, kita kena menjual sesuatu baik servis atau produk kepada pembeli.
Jika kita hendak kahwin, kita kena menjual diri kita kepada bakal pasangan dan juga mentua.
Dan bila kita menjual, kita tidak boleh buat sambil lewa. Nak beli, tak nak beli belah. (asal perkataan beli-belah)
Kita kena berani menjual, hasilkan produk yang terbaik (tidak ada benda yang sempurna di dunia ini, tetapi cemerlang sudah memadai) yakin dengan produk kita dan menjual dengan penuh keyakinan bahawa hidup pembeli kita akan jadi lebih baik dengan produk kita.
Orang akan kata, komen dan cuba untuk kenakan kita. Tak payah tengok dalam dunia bisnes, kalau dalam dunia percintaan pun bila orang tengok awek lawa, boyfriend tak hensem atau sebaliknya kita dah fikir macam-macam. Ini kan pula dalam dunia perniagaan.
Bill Gates tidak jadi kaya dengan menjadi orang pertama yang menghasilkan OS yang sempurna (kedua-duanya beliau tidak buat), tetapi beliau jadi kaya dengan membuatkan majoriti hidup pelanggannya membuat sesuatu yang mereka tidak dapat buat dengan baik sebelum ini. Bahkan beliau mengemaskini produk jualannya beribu kali setelah menjual. Ini menandakan produk Microsoft (syarikat gergasi Internet) sendiri pun ada banyak kekurangan. Tetapi anda install juga perisian Microsoft di komputer anda. Anda guna juga. Kita terima sebab kita sebagai pelanggan tahu bahawa walaupun Windows ini tidak sempurna, tetapi okaylah dari tak ada terus.
Ada orang yang anti-Microsoft dan maybe guna komputer Apple. Tapi Steve Jobs, CEO Apple pun lebih kurang sama juga dengan Bill Gates. Iphone yang beliau keluarkan tak ada 3G. Produk Apple pun tidaklah perfect mana.
Sumbangkan sesuatu perubahan dalam dunia ini, dan anda akan mendapat apa sahaja yang anda mahu. Percayalah. Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang, tetapi kita boleh memuaskan hati majoriti dan yang lebih penting, kita mesti memuaskan hati orang yang rapat dengan kita. Hiduplah dengan pendirian dan prinsip yang tegas dan bina kebolehan menjual anda.
Anda boleh membina kebolehan menjual anda dengan;
- Berhenti Menipu (Ya, orang yang suka menipu tidak akan dapat menjual sebab dia memperbodohkan orang)
- Hormati Orang Lain
- Belajar bercakap di khalayak ramai. (kalau malu, overcome it slow-slow)
- Belajar menulis (dapatkan blog)
- Belajar bercerita (ini dengan anak/adik anda boleh practice)
Slowly, anda akan dapat improve confidence anda menjual diri anda sendiri.
Tetapkan Apa Yang Anda Mahu, Take Action, Dan Jual Diri Anda Dengan Yakin.
Sabri HA
Penjual Seumur Hidup
p/s: Dulu saya pernah bekerja sebagai seorang jurujual selama sebulan waktu tunggu keputusan SPM. Tempoh masa yang paling teruk dan memalukan dalam hidup saya. Tetapi, saya bersyukur kerana Tuhan tu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Semasa bekerja itulah skillset saya untuk menjual ditanamkan dalam diri saya cukup-cukup tanpa saya sedari.


May 25th, 2008 at 10:38 pm
Kelemahan diri saya memang seperti apa yang sabri katakan.. Tidak pandai menjual diri …
Sebab tu masih belum bertemu pasangan..
Berkenaan tentang perniagaan, saya telah mendapat semangat melalui tips ini.. INsyaallah tahun ini saya akan cuba mencapai matlamat yang lebih baik..
May 25th, 2008 at 10:41 pm
“Orang yang sederhana mahu terus berjaya untuk membantu orang lain. Keperluan dirinya sahaja yang sederhana, tetapi pencapaiannya tidak sederhana.”
Ni pula kata Azizi Ali;
“Life is too short to be ordinary.” Kita perlu jadi seorang yang ekstremis dan optimis. Rugi sahaja hidup kita, kalau buat benda biasa-biasa sahaja. Lebih malang kalau buat sesuatu yang kita tak suka.
Jual diri? Jual bakat dan jual personaliti. Orang kagum dan perlukan kita.
Jual badan? isk…isk. Itu pelacur namanya. Jual maruah, jual harga diri. Orang ghairah, orang langgan, kemudian buang.
Akhir sekali, kesempurnaan itu satu proses dan satu perjalanan. Boleh dicapai, boleh digapai.
- hairul
May 25th, 2008 at 11:50 pm
Hidup mesti sentiasa ada perubahan…
Hari ini mesti lebih baik dari semalam, dan esok mesti lebih baik dari hari ini
PS: Hebat saifulsham sekarang, update blog ini hari-hari
May 26th, 2008 at 12:20 am
Untuk menjual diri anda…Anda tidak perlu tunggu sehingga anda menjadi Jurujual…
Begitu juga jika anda ingin menjadi kaya, Anda tidak perlu tunggu sehingga Anda Menjadi Kaya!
Jika tidak, sampai bila-bila pun Anda tidak dapat menjadi Kaya…
Salam kekayaan,
THINKERICH
http://www.PemikirKaya.com
Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi.
May 26th, 2008 at 3:57 pm
satu tips yang menarik..
jual diri anda…..jual kebolehan yang kita ada.
Namun pastikan kita menghasilkan sesuatu yang terbaik dan boleh memberikan penyelesaian kepada masalah orang lain. Ini pasti akan menjadikan orang lain suka dan itulah jodoh kita…
May 26th, 2008 at 5:14 pm
Curious dengan asas pemikiran IM
bkn Melayu yang establish.
IM seperti Khai(anak murid Sen Ze),
Globala(Gobs) dan Patric Chan semua
bermula dengan asas selling.
Tidak kira jual kad rumah ke rumah,
MLM dan kerja di restoran (kaunter
layan pelanggan), semuanya menyumbang
kepada selling skill yang diperlukan
untuk berniaga sama ada online atau
offline.
Saya sendiri sewaktu ketika dulu, salu
bercakap/ber’demo’ mengenai produk MLM.
Byk teknik boleh dipelajari seperti,
qualifying customer needs and wants,closing
dan follow up. Segalanya applicable dengan
bisnes online sekarang.
Hazwan
May 26th, 2008 at 8:25 pm
menjual iri memang penting. terutama dalam membina keyakinan diri dan membina kepercayaan client kepada kita. sedikit sebanyak akan terbina sahsiah diri untuk menjadi lebih baik…
May 26th, 2008 at 9:45 pm
huhu. aku dulu pun penah jadi salesman. Malu memang malu. Tapi part paling happy, bila kita berjaya dapat sales. Tuhan je yg tahu betapa happynya masa tuh. Lepas tu, kita tau dah taktik2 atau trik nak takle orang beli barang kita..sekali korang tau camana nk dapat sales. dari tu korang akan tahu bahawa menjual nih benda paling best..
May 27th, 2008 at 8:03 am
Kemahiran menjual tidak semua orang ada, tetapi keupayaan untuk menjual sebenarnya semua orang memilikinya…
Malangnya ramai yang tidak cuba bahkan membunuh keupayaan tersebut dengan berfikiran negatif seperti
“Eh, Boleh ke aku jual ni?”
“Ah, malu lah, nanti apa orang kata!”
Dan pelbagai bentuk pemikiran dan perasaan negatif pada diri sendiri…sebaiknya cuba dahulu, bak kata pepatah :
“Belum cuba, belum tahu!”
Salam kekayaan,
THINKERICH
http://www.PemikirKaya.com
Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi.
May 27th, 2008 at 5:33 pm
[...] kepada post saya yang lepas (Rahsia Mendapat Pasangan Idaman), saya ada mendapat satu soalan dari pembaca, dan juga saya ada terfikir satu [...]
May 28th, 2008 at 5:42 pm
motivasi yang terbaik utk mematangkan diri…syabas!!!
June 1st, 2008 at 3:13 am
sekian terima kasih
)
( tersilap post daaa….buat penat jer aku taip
June 1st, 2008 at 3:16 am
secara jujur dan professional i.e ( true & fair view dari aku )
aku umo 29 thn. start buat bisnes kecik-kecilan umor 24.
bisnes aku CETAK REAL banner. Bukan banner virtual mcm dlm blog nih.. he he he
Just nak share sikit pengalaman aku dalam bidang Jual manjual ni…bukan jual pantun…tapi jual KEMAHIRAN.
)
( Harap2 En. Saifulsham sudi2 la klik kat blog aku yg baru 2 hari aku buat ni..tu pon terINSPIRE bile bace blog En Saiful ni…
Aku sambung balik…”pesanan” penaja jap tadi…jangan marah aaa…nanti kena juai.
esi
Aku belajo bidang akaun. Tapi end up ngan Inkjet Bisness. Aku mula kecik scale kecik gile. Modal RM2000
sahaja. Lepas la beli pc 2nd hand dari cyber cafe. Aku beli cd “ori” kedai gambar = “photoshop”. Pastu aku explore sendiri mcm mane nak buat design. ( Walaupon design aku takde la segempak mane pon…he he he..mau order design kalo..ni email aku > zul2302@yahoo.com..>nak print banner pon boleh..iklan lagi…the he he$)
Mula2 aku hantar kat tokey ah leong utk print banner yg aku design. Nak pendek kan story. Setelah 3 thn bergerak secara SUB printing ni…aku dah cukup modal utk beli mesin print banner sendiri. So aku pon beli la..( 2nd hand aje, tapi overhaul habis-habisan..saiz 8 kaki . harga dia boleh la beli sebijik satria NEO).
Skrg dlm poses nak ” Cilok” yg 10 kaki pulak..tu mungkin next year.
Moral of my story: Aku sebenarnye tak banyak sgt kemahiran dlm proses mengCLOSE deal ni. Tapi di sebabkan kemahiran yang aku ade dlm bidang cetak ni…plus aku banyak GOOGLE…maksud aku…SANGAT banyak google utk belajar sendiri ape yg aku rase nak belajar, jadi secara tak langsung bile pelanggan nak order banner benda tu jadi mudah utk aku closekan. SEBAB mmg bidang aku…so lauk la org putih cakap.
kesimpulan :
1. Fokus pada MINAT yg sebenar
2. Simpan rase malu dlm diri. ( Bukan kita mencuri pon..aku guna ayat ni jer mase mula-mula nak SELLING diri sendiri dulu )
3. Hari-hari kena motivate diri sendiri utk BERJAYA
(Subconcious Mind)
Tq mr saiful for your gr8 article. Harap2 aku $dapat join seminar ko bile2 nanti
March 2nd, 2009 at 12:59 am
Call saya skrg jika ingin melabur dalam unit trust.
i will wait for your call
017-7139606