Rangkaian dalam dropshipper
Hello pembaca SaifulSham,
Saya sebenarnya tidaklah terlalu ghairah untuk menulis dengan detail pengalaman SaifulSham menjadi dropshipper memandangkan ramai akan beranggapan menjadi dropshipper memerlukan modal yang tinggi.
Saya boleh katakan bersetuju dengan perkara ini tetapi hakikatnya, langkah awal menjadi dropshipper bermula dengan menjadi peruncit biasa juga.
Apa yang saya lakukan adalah dengan modal yang dikumpul daripada keuntungan perniagaan internet 5 tahun lepas melalui perniagaan runcit secara dropshipping. Ya, SaifulSham pun bukannya bermula dengan modal besar dahulu, kami hanya menjalankan bisnes bersandarkan duit saku seorang pelajar.
Katakan modal anda sudah ada di tangan. Pertama sekali, anda tidak boleh sesuka hati terjun dengan terus melompat mencari pengilang bagi memborong produk. Apa yang saya lakukan adalah mencari rakan yang telah lama berada dalam bidang borongan produk.
Oleh itu, saya kini berkawan rapat dengan seorang jutawan borong yang pada masa sama mempunyai ramai kawan yang juga menjalankan perniagaan borong di merata tempat seluruh dunia.
Melaluinya, saya banyak belajar produk-produk yang menarik untuk dipasarkan, dan juga selok belok menjalankan bisnes secara borongan.
Dahulu semasa SaifulSham menjalankan perniagaan secara dropshipping, apa yang kami tahu, produk telah pun disediakan oleh dropshipper. Tugas kami hanyalah memasar.
Sekarang, tumpuan kami sudah terbahagi kepada 2 perkara besar iaitu hal perihal stok dan juga sokongan kepada ahli dropshipper di bawah kami.
Hal perihal stok bukanlah perkara yang mudah kerana anda akan berdepan dengan berbagai karenah pengilang terutama jika pengilang tersebut berada di negara yang baru membangun seperti China dan Vietnam.
Sebab itu pentingnya anda tahu segala risiko dan kemungkinan yang bakal terjadi sebelum menjadi dropshipper. Dan saya belum pernah menjumpai sebuah buku khas tentang bagaimana memulakan perniagaan menjadi dropshipper dan apa yang saya lakukan adalah berkawan dengan orang-prang veteran dalam bidang ini.
Saya akui juga, rangkaian yang saya ada telah lama dibina iaitu sejak SaifulSham bergiat cergas dalam perniagaan dropshipping. Bermula dengan menjadi ahli dropshipper, kami perlahan-lahan dipelawa untuk masuk menjadi dropshipper.
Benarlah kata orang, kita boleh pandai dengan membaca buku atau pergi ke seminar tetapi apabila kita belajar sendiri daripada orang yang sudah jatuh bangun daripada industri tersebut, kita adalah berkali-kali akan lebih pandai.
Wan Mohd Syazwan


September 14th, 2008 at 7:01 am
Tips yang berguna.
Teruskan menulis tentang dropshipper Syazwan!
September 14th, 2008 at 5:44 pm
Dalam perniagaan konvensional, rangkaian sememangnya memainkan peranan penting,tips dan info yg berguna untuk semua, thanks mr syazwan
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
September 15th, 2008 at 1:51 am
Apa perkara sekali pun , buku saja tak cukup.Be with them and learn from them.
Teruskan tips mengenai dropshipping ini lagi.
September 17th, 2008 at 1:57 pm
Wah.. Bisnes dropshipping makin mantap tu..
———————————————–
Offtopik jap:
Mcmana nak contact sabri ek? Ada perkara penting nak tanya ni..
Private & Confidental..
PS: Kalau antar ke saudagar@saudagar….. tu tak private pulak nanti.. hehe.. Thanks
September 20th, 2008 at 10:07 pm
rangkaian adalah amat penting sekali.
September 23rd, 2008 at 5:19 pm
Apa benda dropshipping tu. Saya tak faham la.
Saiful
http://silentmoney.co.cc/
February 21st, 2009 at 6:13 pm
sham jadi dropshipper utk produk apa dan boleh dijual kenegara mana.
March 17th, 2009 at 12:15 pm
ada tak dropshipper yang free di Malaysia nie?
April 23rd, 2009 at 12:37 pm
saya baru belajar dlm bis drpshipper, alhmdllah, dapat pemborong yang jujur jom ke sini
July 15th, 2009 at 2:21 pm
apa bnda tu sham?nk join pun x tau
December 11th, 2009 at 9:56 pm
Tips yang berguna.
Teruskan menulis