Salam Hormat Pembaca Budiman,

Ramai sedang berdukacita mengenai kenaikan harga minyak baru-baru ini, dan saya pun turut sama kecewa. Sebenarnya bukan sahaja orang miskin akan terseksa, orang yang “financial literate” pun akan turut sama terkena tempiasnya (hint: inflasi dan interest rates). Tetapi tidak mengapa, itu saya akan sentuh kemudian.

Saya cuma ingin mengumumkan design baru SaifulSham.com :mrgreen:

Memandangkan versi slim dah outdated, dan trend orang blog sekarang suka yang chubby-chubby, maka versi terbaru ini pun lebih chubby. Namun kami tetap maintain dengan 2 column, kami gunakan saiz extra ini untuk membesarkan tulisan dan ruangan content, supaya anda tidak perlu menyepetkan mata untuk membaca blog kegemaran ramai ini.

Ini Cuma Perubahan Kosmetik…

Ini cuma perubahan kosmetik (luaran) sahaja yang jika ikutkan saya perkara terakhir saya akan dedahkan. Namun sebab Syazwan bising sangat, dia nak tengok “deliverable“, maka saya percepatkan perubahan theme SaifulSham.com. Di balik tabir juga, “perubahan substances yang substantial” juga sedang berlaku.

Revolusi SaifulSham juga sedang berlaku.

Kami cuba untuk mendekatkan lagi diri kami kepada anda dan mereka yang mahu memulakan perniagaan internet. Visi kami, kami mahu menjadi “partner” anda dalam perniagaan internet, membantu anda along the way, dengan cara win-win. Tidak membebankan anda, dan tidak membebankan kami. (lihat motto kami yang baru)

Mustahil untuk mencapai visi ini jika SaifulSham.com masih seperti sekarang. Jadi, Team SaifulSham yang anda kenali pada hari ini, akan berpisah.

Satu akan mendekati anda.

Satu lagi akan membawa perniagaan sedia ada kami ke tahap lain.

Siapa yang akan ke mana, more details later.

Disamping pembahagian ini, SaifulSham Consultants juga akan distreamline dan ditambahbaik secara menyeluruh (overhaul enjin) supaya ia dapat jadi lebih mantap dan dapat membantu anda dengan lebih bermakna.

Apapun, selamat maju jaya kepada kita semua!

One part of SaifulSham,

Sabri