Hello pembaca SaifulSham,

Kita selalu mendengar bahawa untuk menjadi seorang seller/peniaga yang berjaya diinternet, kunci utamanya adalah menjual sesuatu yang kita mempunyai passion.

Sebagai contohnya, jika anda mempunyai passion terhadap muzik, anda mungkin boleh menjual instrumen muzik diinternet.

Selalunya, mengikut naluri seorang manusia normal, seseorang akan membuat sesuatu perkara yang beliau sendiri passion tanpa rasa jemu dan puas. Dan itulah yang mendatangkan kejayaan kepadanya sama ada beliau gunakan passion itu untuk berniaga atau menyertai pertandingan atau perkara seumpama dengaannya.

Pada saya dalam konteks perniagaan, passion sebenarnya adalah satu faktor sahaja dan ia tidak seharusnya dijadikan satu-satunya base idea anda untuk menjual.

Hakikatnya, kebanyakan orang mempunyai passion yang hampir sama. Jadi, apakah logik menyuruh semua orang terjun untuk menjual perkara yang sama?

Passion terhadap sesuatu produk bukannya bermaksud produk tersebut mudah untuk dijual. Tidak! Antara fatwa menarik yang selalu saya dengar:

- Passion akan membuatkan anda teruja dan teruja membuatnya tanpa rasa jemu.
- Passion akan membuatkan anda lebih memahami tentang produk tersebut (knowledgable).

Ya, memang benar tetapi apa gunanya passion sahaja jika anda menghabiskan masa dan wang untuk membuat pemasaran terhadap produk yang susah dijual. Adakah ini akan menjadikan anda terus teruja dan tidak jemu walaupun anda terus-berterusan mengalami kerugian?

Kita harus kembali meneliti diri kita yang sedia kala seorang pelanggan untuk sesuatu jenis barangan. Dalam kebanyakan waktu, apakah kita benar-benar membeli sesuatu produk itu disebabkan kefahaman yang tinggi yang dipunyai jurujual? (Untuk info produk, perkara ini memang wajib tetapi sekarang saya bercakap tentang produk fizikal).

Anda berhasrat untuk membeli sebuah kamera, apakah anda tidak jadi membelinya jika anda berurusan dengan seorang jurujual yang baru bekerja pada hari pertama. Kemungkinan untuk tidak dibeli memang ada.

Tetapi saya percaya, hampir 80 peratus orang sudahpun membuat survey, dan tahu jenis kamera yang diinginkannya. Jika beliau datang ke kedai dan jurujual itu tidak dapat menerangkan secara detail spesifikasi kamera pun, saya jamin orang akan tetap membeli.

Jadi, sebenarnya, ia tidak banyak pun bergantung kepada kefahaman seorang juru jual. Dalam konteks perniagaan internet, apakah anda perlu menunggu anda menjadi seorang yang betul-betul knowledgable barulah anda menjualnya?

Kebanyakan peniaga produk diinternet yang berjaya, sepanjang pemerhatian saya, mereka menjual bukan datangnya dari passion. Passion itu dipupuk kemudian.

Yang penting, mereka datang dari kajian dan penilaian terhadap sesuatu produk. Tidakkah ianya sesuatu yang mengujakan jika poket anda dipenuhi wang walaupun anda menjual sesuatu perkara yang pada asalnya anda tidak minat pun?

Kita sebenarnya tidak boleh menjadikan passion adalah satu-satunya indikator untuk mendapatkan idea menjual barang. Apa yang saya lihat, contoh yang paling baik adalah artis di Malaysia.

Sekarang ini begitu banyak artis-artis baru muncul yang saya sendiri pun tidak kenal nama mereka dan lagu mereka kecuali figure-figure yang sudah terkenal dan punyai nama. Apabila diajukan soalan, rata-rata akan menjawab “Saya sejak kecil minat menyanyi, sebab itu impian jadi penyanyi”.

Dan berapa ramaikah artis-artis ini berjaya dalam bidang mereka? Berapa ramai yang kekal bertahan sehingga tempoh 5 tahun? Mereka terjun dalam pasaran yang sudah saturated dan dalam pasaran yang susah untuk menjual semata-mata kerana passion.

Mereka terjun dalam pasaran di mana orang sekarang sudah tidak berminat membeli album sebaliknya download lagu percuma sahaja diinternet.

Berapa ramaikah artis di Malaysia ini sekurang-kurangnya menjadi seperti KRU? Hakikatnya, ramai yang mengikut passion inilah yang tenggelam dan entah ke mana.

Jadi, perlunya anda membuat kajian yang mendalam sebelum menjual sesuatu. Ubah tanggapan bahawa anda perlu menjual produk berdasarkan passion semata-mata.

Its definitily WRONG!

Biar saya beritahu anda, bapa saya langsung tidak tahu menahu pelaburan hartanah ketika awal mula bekerja sebagai akauntan. Beliau hanya pernah mendengar dan membaca kisah-kisah orang lain.

Apabila beliau sudah membuat kajian dan mendapati sektor ini adalah LAUT BIRU (Laut biru bermaksud permintaan tinggi, pasaran luas dan persaingan yang tidak saturated), maka beliau perlahan-lahan belajar dan membuat pelaburan.

Hari ini, hartanah menjadi perkara yang membuat dirinya teruja! Malah beliau pun amat knowledgable dalam bidangnya.

Jadi, apakah passion bakal membuatkan anda berjaya semata-mata?

W.M.Syazwan