Salesletter Anda Tidak Menjual? Laman Web Anda Tidak Ada Pembeli? Anda Mungkin Melakukan Kesalahan Ini.
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Terima kasih kepada star-star yang respons kepada iklan kami dalam post lepas. Saya amat menghargainya.
Kami orang biasa sahaja actually. Cuma kami agak banyak melakukan kesilapan. Agak banyak melakukan kesilapan kerana kami banyak bertindak. Jika anda tidak takut untuk melakukan kesilapan, belajar darinya dan keep going, dalam masa setahun anda juga akan mencapai sesuatu yang sebelumnya anda rasakan mustahil.
Jangan takut kepada masalah, bak kata Donald Trump dalam bukunya “How To Get Rich”, If you don’t have problem, you are not running a business.
Baiklah, hari ini target saya a very shor post aje.
Adakah anda pelik kenapa laman web anda tidak menjual walaupun salesletter dan ayat sudah power? Ataupun ada pelanggan tapi tak banyak?
Antara sebabnya adalah, anda fokus kepada sales action itu dan tidak kepada satu bahagian pre-sales yang lebih penting, evaluation process.
Contoh;
Anda cuba untuk menjual ebook Selamatkan Cinta (contoh shj ya Hazwan). Tetapi ramai orang tidak sure, bolehkah cinta mereka diselamatkan. Ada orang lebih suka membiarkan pada jodoh untuk menentukan. Jadi walaupun mereka memang desperate untuk menyelamatkan cinta mereka, mereka tidak tahu pun cinta ini boleh diselamatkan. Macam-macam mereka akan fikir mengenai ebook tersebut. Tahyul ke, motivasi semata2 ke, dll.
Tetapi, jika anda terlebih dahulu memberi harapan dan penerangan bahawa cinta memang boleh diselamatkan secara saintifik, dan memberi gambaran kasar bagaimana ia boleh dilakukan, baik dari blog mahupun salesletter itu sendiri, ebook tersebut ada harapan untuk lebih meletup. Ini kerana bakal pembeli sudah tahu cinta memang boleh diselamatkan, mereka cuma hanya perlu cari cara yang sesuai. Iaitu ebook tadi!
Take away conclusion: Cari cara untuk influence evaluation process prospek anda, bukan sekadar meyakinkan mereka produk anda bagus.
Case In Point:
Masih ingat lagi video pre launch SKO?
Di dalam video itu, saya bukan sahaja memudahkan pemahaman sedikit mengenai kedai online, memperkenalkan Zen Cart sebagai shopping cart pilihan dan menerangkan serba sedikit mengenai menjual produk fizikal online.
Dengan berbuat demikian, saya mencapai beberapa objektif;
- Memberitahu dengan jelas kepada bakal pembeli, produk fizikal boleh dijual dengan mudah
- Meyakinkan mereka yang tidak familiar dengan perniagaan internet bahawa ADA perniagaan internet yang sah
- Menarik perhatian prospek kepada Zen Cart supaya mereka mencari panduan menggunakannya.
Seperti yang kita tahu, perniagaan internet ada banyak business modelnya. Shopping cart pun ada banyak jenis.
Dengan menjual secara terus ebook tersebut semata-mata, impaknya tidak akan maksima kerana orang tak pasti kenapa mereka perlu guna Zen Cart, perniagaan internet ini betul tak dan mereka tidak akan begitu tertarik untuk jual produk fizikal.
Tetapi dengan mengeluarkan video-video tersebut, saya berjaya “Shape The Evaluation Process” dan ebook SKO bolehlah dikatakan berjaya.
Strategi shaping the evaluation process ini juga banyak dilakukan syarikat-syarikat gergasi. Mereka menimbulkan keperluan terhadap sesuatu itu walaupun pada mulanya orang tak berapa tahu mengenai keperluannya. Selalunya, iklan sabun dan susu kanak-kanak. Mereka menerangkan kandungan produk mereka yang menjadikannya lebih istimewa dari yang lain.
Jadi, jangan lupa, shape the evaluation process, not just the sales action.


June 6th, 2008 at 4:11 pm
Terima kasih untuk tip yang baik untuk meningkat jualan dalam perniagaan internet.
Bagi saya, blog ialah satu cara yang effektif untuk menyakinkan pengguna untuk membeli. Dalam blog, kita dapat menerangkan keistimewaan produk yang dijual dan pada masa yang sama dapat menerima comment atau pandangan dari bakal pembeli tentang produk tersebut. Yang penting sekali, jangan gopoh nak menjual terus kepada pembeli tanpa menerangkan keistimewaan produk tersebut. Tambah-tambah lagi, skg ni harga minyak dah naik, kemungkinan pembeli akan lebih mementingkan mengapa mereka perlu mengeluarkan duit.
Tertarik nak tanya: Akan ada kesan ka kepada perniagaan internet disebabkan kenaikan harga minyak? Mungkin boleh jelaskan dalam article yang akan datang.
Terima kasih.
http://www.resumeweassist.com/blog
Tips for effective career marketing
June 6th, 2008 at 4:38 pm
June 6th, 2008 at 5:22 pm
“Shape the evaluation process, not just the sales action.”
Ok, terima kasih banyak-banyak. Belum ada apa-apa lagi untuk dikongsikan.
Dalam proses belajar lagi ni. hehe………
June 7th, 2008 at 12:59 am
Cara singkat yang susah. Cipta nama dulu. Insya-Allah senang nak jual barang atau produk kita. Orang kita nih, suka tengok nama dan brand. Kalau blogger atau IM tu terkenal, memang senang nak jual apapun..
Lagi satu, kalau barang tu memang bagus. Kene plak cara marketing. Memang leh jual walaupun salesletter tu biasa-biasa je..
June 7th, 2008 at 1:11 am
Tips yang bagus daripada otai team Saifulsham. Memang kita kena timbulkan minat terlebih dahulu sebelum kita lancarkan produk.
Saya dapat agak yang saifulsham akan kuarkan ebook, cuma tak pasti jenis shopping cart mana yang saifulsham pilih. Tengok2, Zen Cart
Macam kita nak tengok movie la, diorang akan hasilkan thriller dahulu, timbulkan kekaguman kepada bakal penonton, bila tiba time untuk tayang di pawagam, confirm penuh sesak pawagam. Teknik kita boleh apply dalam perniagaan online mahupun offline.
June 8th, 2008 at 1:18 am
satu tips berguna untuk saya kumpulkan ilmu pengetahuan..
jumpa di RBDDI 28 Jun 2008..
June 9th, 2008 at 10:41 am
Assalamu’alaikum…
“Agak banyak melakukan kesilapan kerana kami banyak bertindak”
Saya suka ayat intro ni…
Kita banyak fikir apa akibatnya kalau kita buat macam ni… fikir apa akibatnya kalau kita buat macam tu… yg akhirnya masa terbuang begitu sahaja…
Berkenaan dengan post kali ini pula
Take away conclusion: Cari cara untuk influence evaluation process prospek anda, bukan sekadar meyakinkan mereka produk anda bagus.
Saya nak tanya pd en sham… adakah reputasi kita juga merupakan satu faktor untuk influence bakal pembeli?
Terima kasih
********************
Seminar Perniagaan Internet
June 9th, 2008 at 11:59 pm
Terima kasih dengan tips yang diberikan. Ini membuatkan saya bersemangat untuk melakukan jualan melalui internet..
June 10th, 2008 at 9:30 am
Menarik tips yang dikongsikan ni. Saya secara peribadi rasa perkara ni saya kadang2 terlepas pandang.
Saya tak pasti kenapa leh terlepas pandang, samada tak cukup masa ke, atau memang taknak buat??
Lepas ni, saya akan lebih particular dengan perkara2 yang nampak enteng camni tapi sebenarnya memberikan kesan yang besar kepada survival bisnes internet saya.
Thanks !!
June 10th, 2008 at 6:09 pm
Mungkin traffic tak tinggi kot tue tak dapat customer atau presentation atau mungkin kehendak Allah semua rezeki dari Allah kan
June 14th, 2008 at 10:29 am
thanks atas motivasi ini , tips shopping onlie byk bantu saya dari segi idea …
June 17th, 2008 at 12:00 am
Pelanggan masa kini lebih “bijaksana”. Mereka akan mengumpul maklumat-maklumat produk dari segi harga dan faedah-faedah produk tersebut.
Kita perlu memberi maklumat-maklumat produk atau mendidik pelanggan sebelum mereka membuat keputusan membeli produk yang diiklankan.
Semoga berjaya
Bryan Hee
August 13th, 2008 at 10:15 pm
tq diatas info yg tuan beri.. sgt2 berguna pada newbie yang baru nak berjinak dalam dunia biz internet nie..