Seminar Pelaburan Tanah Percuma
Hello pembaca SaifulSham,
Bersempena cuti Tahun Baru Cina, Team SaifulSham bersama-sama UrusHartanah.com akan menganjurkan seminar setengah hari berkenaan pelaburan tanah secara PERCUMA.
Kami amat menjemput anda terutamanya anak Kelantan yang pulang bercuti di Kelantan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai peluang pelaburan dalam tanah.
Anda boleh melihat porfolio kami dengan lebih dekat dan mendapatkan nasihat pakar pelaburan tanah, Hj. Wan Sukri. Seminar pelaburan tanah ini terbuka kepada semua golongan (walaupun anda belum berhasrat melabur dalam masa terdekat).
Setidak-tidaknya anda berpeluang mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai pelaburan tanah.
Tahukah anda bahawa tips-tips pelaburan tanah di SaifulSham selama ini hanya secebis ilmu sahaja pengalaman daripada Hj. Wan Sukri. Banyak lagi akan didedahkan dalam seminar itu nanti.
Team SaifulSham akan turut serta disana!
Berikut adalah tentatifnya:
Tarikh: 9 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Pejabat urusan UrusHartanah.com (Kota Bharu)
Makanan dan minuman disediakan

Tinggalkan nama anda diruangan komen atau e-mail kami di saudagar(at)saudagar.com.my untuk mengesahkan kehadiran.
Tempat terhad untuk 40 orang sahaja.


January 29th, 2008 at 7:55 pm
mula2 baca memang teruja nak dtg sbb memang balik kelantan cuti raya cina,
tapi bila tgk tarikh… 09 feb..huhuhuh alamak melepas la sbb tarikh majlis kahwin sy..
tunggu seminar yg akan datangla
January 30th, 2008 at 1:18 am
Mijie, Selamat Pengantin Baru. Insyaalah, kalau sambutan menggalakkan, seminar ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
January 30th, 2008 at 10:29 am
Insyaallah saya akan hadir jika tiada sebarang keuzuran. Terima kasih kerana penganjuran seminar ni.
January 30th, 2008 at 10:45 am
syok la mana2 kawan2 yang dok kelatan dan berhampiran.. xper la mungkin ini bukan rezeki saya.. apa pun keep go on bro.. teruskan berkongsi idea2 serta peluang2 yang bernas dan menarik… untuk mengelakan anak2 muda terjebak dengan skim2 hypie
yang semakin melambak2 di pasaran… apa pun saya akan terus mengikuti dari jauh dan akan mengikut jejak langkah saudara berdua..
January 30th, 2008 at 4:42 pm
Alamak.. terlepas peluang la.. saya orang Selangor.. tak sempat nk ke sana raya cina ni..
January 30th, 2008 at 5:06 pm
Count me in. Best2. Mekasih banyak2 pada pihak penganjur..
Nama: Ahmad Fuad Ibrahim
January 31st, 2008 at 1:17 am
Saya insyallah akan turut serta…
January 31st, 2008 at 9:14 am
sy org pahang…tak dpt nak join di kelantan..
Ttp nak juga memenuhkan ilmu didada(thn baru cina-staf melayu kat opis takleh cuti,kena cover keje,hospital…kena sentiasa bersedia…)
so,bila nak buat kat kay el?
Let me know…(sy rela upah orang lain ganti sy keje pada masa dan ketika itu)
January 31st, 2008 at 8:27 pm
9 februari? meh sini laa nak try jenguk jugak. sekiranya takder halangan akan saya jenguk jugak pejabat itu nanti…
January 31st, 2008 at 8:29 pm
nama saya wan abdul fattah… ingin mengesahkan kehadiran saya pada hari tersebut…
February 1st, 2008 at 6:48 am
em best, blh jgk tumpang sekaki.. 9hb setakat ni mmg saya free
February 1st, 2008 at 11:20 am
oh dan oh lagi… nampaknya terpaksa saya berikan laluan kepada orang lain laaa… lain kali daaa.
muktamadnya punya keputusan : saya tak dapat nak hadirkan diri. kerja daaa… ada komitmen kerja …
alahaiiiiiiiii….
February 1st, 2008 at 2:15 pm
terujah juga bila dengar seminar free, tapi memang tak dapat datang sebab jauh sangat kelantan tu. dari sabah nak kesemenanjung bukankanna murah kos, lagi pun saya nih masih student lagi, tak cukup bajet.
February 3rd, 2008 at 8:07 pm
Kalau wat kat KL dah lama saya g…


peluang keemasan memang takleh dilepaskan camtu jek..
sedeyla tak dapat turut serta…
saya cadangkan saifulsham adakan roadshow seminar ni ke seluruh negara…
boleh anjur kat IPTA in colaboration ngan persatuan di kampus..
pendedahan baru utk students
March 16th, 2008 at 10:21 am
bila pulok nk buat seminar nh…kalu ado maso terdekat ambo nk join jugok weh…….pasa aper seminar nh molek untuk kita semua dan memperluaskan lagi bidnag tersebut di mata dunia…..