Skim cepat kaya versi baru : Labur dalam syarikat penternakan
Tahun lalu, satu negara gempar dengan skim Swisscash, E-barrel dan yang seangkatan dengannya.
Seiring dengan masa, skim cepat kaya tidak pernah terkubur hingga hari ini dengan evolusi yang berterusan pada skim cepat kaya. Seperti yang pernah ditulis Team SaifulSham, jika benar untuk menjadi betul-betul kaya dengan skim cepat kaya (SCK), jadilah operator SCK dan bukannya peserta program SCK.
Dan itulah yang terjadi, disebabkan adanya operator SCK inilah, selagi itu, hayat SCK akan tetap kekal abadi dalam dunia ini.
Bezanya, dahulu kita disogokkan dengan pelaburan di offshore. Sekarang disebabkan operator SCK tahu bahawa orang semakin susah untuk ditipu dengan sogokan pelaburan offshore, maka muncul idea baru, melabur dalam syarikat pertanian seperti penternakan lembu, kambing dan sebagainya.
Operator SCK tahu, kerajaan zaman Pak Lah mengalakkan sektor pertanian, maka dengan menggunakan perkataan pertanian inilah, mereka menjalankan operasi. Saya akan tulis disini secara detail pendedahan SCK veri terbaru ini kerana ia semakin berkembang dengan pesat dan saya pun panas telinga mendengarnya kerana yang tertipu adalah golongan yang sama yang ditipu oleh operator Swisscash, E-barrel.
Disebabkan orang yang ditipu sebahagian besarnya datang dari golongan yang ditipu ketika zaman Swisscash, maka tidak salah untuk saya katakan, apabila sebut soal “wang”, manusia hilang pertimbangan waras. Malah, golongan yang melabur ini sebenarnya masih jauh lagi dari memahami perkataan pengurusan kewangan.
Jadi, saya datang untuk membantu memberitahu saudara/saudari yang sudahpun mengeluarkan wang untuk melabur dalam SCK versi baru ini.
Marilah kita teliti bagaimana SCK versi baru ini beroperasi.
Pada saya skim ini tidak baru, sejak akhir tahun lepas saya mendengarnya dan saya pun kenal seorang operator skim sebegini. Kaedahnya adalah dengan membawa pelan pelaburan untuk ternakan (selalunya lembu, kambing) kepada orang ramai untuk melabur.
Orang ramai akan diterangkan bahawa wang mereka akan dijadikan modal bagi mengembangkan perniagaan mereka. Jadi, kesimpulannya, mereka mengajak orang ramai menjadi pelabur bagi syarikat mereka.
Ada sesetengah skim menipu orang awam dengan menunjukkan ladang-ladang ternakan di luar negara seperti di Indonesia (yang ini amat meragukan). Ada juga yang menunjukkan ladang-ladang di Malaysia. Selalunya, penganjur skim ini bukannya berdiri dibelakang nama individu sebaliknya atas nama syarikat bagi menyakinkan orang ramai.
Orang ramai boleh melabur mengikut kehendak masing-masing. Ada antaranya RM500, RM1000, RM2000 dan seterusnya.
Disebabkan dividen berjumlah 300 peratus setahun yang digunakan Swisscash sebelum ini gagal, mereka nampak sedikit sederhana dalam pembahagian dividen.
Antara dividen yang biasa diberikan kepada pelabur ternakan adalah 10 peratus sebulan. Menariknya, mereka dibayar sebulan selepas melabur sebanyak 10 peratus. Dan jangka masa bayaran yang biasa diletakkan operator adalah sekitar 2 tahun.
Ini bermakna, jika dihitung, 10 peratus sebulan, jika 2 tahun, anda sudah boleh mengaut keuntungan 240 peratus! (atau 120 peratus setahun!)
Bunyi nampak begitu hebat dan menyakinkan lagi jika pelabur dibawa untuk melawat ladang ternakan. Baiklah saudara/saudari, tinggalkan seketika keindahan dividen ini.
Biarlah saya berterus terang kepada anda. Dalam dunia penternakan lembu, mendapat keuntungan 120 peratus setahun adalah menakjubkan tetapi meragukan sama sekali.
Jika anda dibawa ke ladang ternakan, pertama, kira lah sendiri secara kasar bilangan ekor lembu yang ada disitu. Marilah fikir secara logik.
Pergi ke penternak lembu yang lain dan tanyalah sendiri berapa kos ternakan dan berapakah harga jualan seekor lembu. Tanyalah lagi, berapakah kadar kematian lembu dan anda sudah boleh membuat sedikit kira-kira.
Saya pasti anda akan terkejut beruk apabila anda mengetahui nilai sebenar kos dan harga jualan. Itu pertamanya.
Kemudian, marilah kita teliti lagi, bagaimana sebuah syarikat boleh membayar kadar dividen yang tinggi iaitu 10 peratus sebulan atau 120 peratus setahun. Adakah seekor lembu yang sama beranak tiap-tiap bulan? Huh, hebat betul spesies lembu itu jika beranak tiap-tiap bulan sehingga anda boleh mendapat dividen yang tinggi.
Kemudian pula, apakah setelah dilahirkan sudah boleh dijual. Selalunya ia memakan masa bertahun sebelum dapat dijual. Hebatnya spesies lembu itu jika ia mencapai umur dewasa dalam sebulan.
Lagi, apakah kos ternakan akan kekal sehingga 2 tahun hingga membolehkan anda dibayar dividen yang tetap? Setahu sayalah, kos ternakan saban hari semakin tinggi tetapi betapa ultra hebatnya jika dividen itu kekal selama 2 tahun ketika kos ternakan meningkat.
Lagi, jika anda pun dibayar 120 peratus setahun, tentunya syarikat itu mengaut keuntungan yang lebih tinggi! Mana mungkin syarikat itu mengambil 5,6 peratus setahun untuk keuntungan mereka jika anda pun dibayar setinggi 120 peratus!
Ini bermakna, jika seorang pelabur dibayar 120 peratus setahun dividen, syarikat itu paling tidak pun akan mengaut keuntungan 120 peratus setahun juga. Wah, hebatnya menternak lembu!
Kemudian, ada lagi komisyen jika anda menarik orang lain seperti saudara-mara atau rakan taulan menyertai pelaburan ternakan (kononlah). Wah, banyak gila untung syarikat itu sehingga komisyen pun boleh bayar, kemudian dividen lagi.
Gunalah akal dan logik. Semua ini hanya impian di kayangan sahaja. Tidak percaya, tanyalah penternak lembu yang berjaya, mereka pasti menggeleng kepala melihat adanya skim begini.
Saya terpaksa bersuara kerana skim ini sudah pun merebak dan disertai golongan professional, ustaz, ustazah, pelajar dan lain-lain. Saya cukup kecewa kerana sekali lagi, perkataan “easy money” mengaburi dan menutup kewarasan golongan ini.
Mengapa saya berani berkata? Kerana saya kenal seorang operator skim ini dan kerjanya mudah sahaja. Membuat template pelaburan ternakan (ladang entah ambil ladang siapa) dan mengambil deposit orang ramai.
Wang pelabur baru itu dipusing untuk membayar dividen kepada pelabur lama. Dan begitulah ianya berterusan sehingga skim ini jatuh.
Jadi, berhentilah dan tutuplah telinga jika anda mendapat perkhabaran begini. Jika anda sudah melabur, cubalah menarik kembali wang anda. Jangan terlalu mengharap kekayaan dengan cara ini.


June 17th, 2008 at 12:19 am
betul,
pakcik saya jga ada beritahu hal ini.
dalam hal penternakan,
keuntungan yang diperolehi sedikit jer.
disebabkan kos makan, jaga, dll.
lagi2 dalam penternakan kambing.
kalo lembu x per lagi,
maka amat mustahil untuk mendapatkan dividen sehingga 120% setahun.
June 17th, 2008 at 12:21 am
ai…skim cepat kaye ni sentiase ade la….
June 17th, 2008 at 1:10 am
Kalau kita lihat, SCK ni pun ada pandai nya jugak..
dia ikut strategi marketing yg sebenar bulat2..
dorang akan launch setiap produk pada masa yang betul
masa orang tengah takut pokai..
masa orang dah lupa kisah pelaburan haram swisscash
dan jarak antara SCK1 dgn SCK2 agak jauh (rasanya tak sampai setahun pun )
tapi cukup utk buat org lupa “tragedi” yg berlaku dalam SCK1
tapi.. pandai buat kerja
haram 
apa gunanya ak?
kesian tengok org melayu kiter
June 17th, 2008 at 1:17 am
hehehehe..ingat bela tikus ke leh beranak tiap tiap bulan..tak pun siput babi..
Lembu untuk matang boleh wat korban berusia 2 tahun, biasanya leh tengok bila gigi lembu tercabut..maknanya dah boleh wat korban la tu..kiranya macam gigi susu tercabut la..
Biasanya orang nak beli lembu korban,dia akan tengok gigi lembu..
Pulangan tiap tiap bulan adalah merapu la kalo bela lembu kambing.. nak bela pun susah sekarang sebab palet fedlot sekarang dah naik daripada RM18 kepada RM32 seguni sekarang ni.
Harga makanan meningkat sekali ganda sebab ia bukan barang kawalan..
Just pendapat dari anak seorang penternak & peniaga lembu..
June 17th, 2008 at 3:09 am
Dah berlambak skim mcm ni ..mereka berselindung atas nama company n bisnes x logik mereka ( penternakan n lain2)..siap ada duti setem n aggreement jual beli plak tu..pandai la diorang ni menipu..
June 17th, 2008 at 7:32 am
Di Australia, konsep saham dalam penternakan dan perladangan memang telah berjaya dilaksanakan.
Pulangan perladangan lebih baik esp CPO kelapa sawit yang boleh mencecah RM4K. Kebanyakan komoditi memberikan pulangan yang agak lumayan disebabkan kenaikan harga minyak mentah.
Beberapa syarikat seperti Country Heights ada buka share utk beli lot2 saham seperti ini. Secara sah dan syarikat berhad.
Silapnya pada pelabur. Tidak mengkaji macam mana sebenarnya proses penternakan, tanaman atau perladangan itu.
Kalau nak invest buat homework dulu. Mungkin kene pegi ladang ternakan lembu tu, fahami operasi, belajar kos, dan analisa pasaran.
Kalau tak tau ape2, memang senang terpedaya…
June 17th, 2008 at 8:56 am
bagusnye topik ni…
sy sbenarnye nak mematahkan kata2 seorang kwn yg sdg sibuk ke hulu dan kehilir dengan fail bisnes psl lembu kambing ni.
syazwan, terima kasih krn memberi point2 yg bernas.
tp, mmg betul pun,takkan dlm masa sebulan dan bleh syer untung dgn pelabur?
mcm2 skrg ni, bisnes yang merapu mmg nampak real berbanding yng sebaliknye…
June 17th, 2008 at 10:46 am
Sebenarnya si penipu ni bergerak ikut teknologi jugak, mengikut pengalaman ayah saya yang mempunyai dua ladang lembu, business lembu boleh untung tetapi mengambil masa yang lama bukan fast money macam ni. Biasanya selepas setahun baru boleh dapat untung…Apa yang sabri cakap ini mengingatkan saya kepada beberapa company yang menggunakan nama TEKUN ,MARA & MDEC untuk mengaut keuntungan menipu orang baru dalam bidang perniagaan.Bila kerajaan tekankan Information teknologi punya business merekapun buat juga, mulanya saya sendiri hampir tertipu pasal agent Streamyx , Astro dll. Tapi logik kah anda mengeluarkan belanja sebanyak 30 k hanya nak jadi agent biasa…lepas tu bila modal dan dapat after sales service dan training semua adalah janji-janji manis. Cuba tengok berapa ramai melayu yang tertipu dengan program tmbp faratech…saya sekadar berkongsi pengalaman supaya ramai yang lain lebih hati2.
June 17th, 2008 at 1:43 pm
Memang betul .. penipu akan sentiasa mecari kelemahan orang lain untuk mendapatkan duit. Kombinasi antara si penipu dan si tamak itu memberikan kekayaan kepada si penipu. Saya benci dengan janji ini ” sambil duduk dapat duit ” , ” keuntungan 300% “.
P/S Tak pernah join mana2 program pelaburan Heheh.
June 17th, 2008 at 4:31 pm
always be the same way to find easymoney, can u find some website, http://www.plots.com cause my friend really joint it, but it cover into real estate category. it was new happen in Malaysia. I hope u will investigate that. thank
June 17th, 2008 at 4:48 pm
Salam.
Satu pembongkaran yang berani dari team saifulsham. Memang skim seperti ini sedang merebak sekarang ni yang untung ialah seperti yang dikatakan oles SS tauke skim ini dan juga mereka yang melabur awal…
Saya juga ada didatangi dan saya sudah bertanya sendiri dengan egennya agak meragukan tetapi dividen setiap bulan memang lumayan…(katanya lah)
Sebenarnya pendapat saya bagi yang melabur saya percaya mereka tahu ini risiko tapi bagi mereka ni “tak salah kalo mencuba dan kalo hilang duit ini adalah risiko bagi pelaburan” ini kata mereka lah yer..
Cuma saya harap ada pemantauan dalam kes macam ni..supaya pakej pakej pelaburan ni benar benar telus…
June 18th, 2008 at 10:47 am
Saya juga ada check out apa yang dikatakan pelaburan di dalam penternakan ni kerana saya nampak ada keratan akhbar dan sebagainya mengenai operasi sebegini.
Kemudian saya semak lagi plan pampasan yang memang nampak lumayan. Lepas tu, saya plan nak pergi ke ladang ternakan lembu tersebut tetapi tak dapat pergi kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Nak pergi ofis tetapi ianya tutup pulak… maklumlah saya cuma turun ke KL pada hari minggu (cuti sekolah).
Akhirnya saya ambik keputusan untuk “hold” dulu dan survey lagi… dan tengok feedback dari orang ramai.
Walaupun saya ragu-ragu untuk mengeluarkan wang untuk melaburkan di dalam program sebegini, saya masih tak berani nak katakannya Skim Cepat Kaya.
Cuma… yang pastinya, saya takkan keluarkan wang saya untuk program sebegini pada masa terdekat ni.
Oh ya.. saya dan Irwan ada jugak sembang pasal Country Heights ni. Banyak jugak syarikat kad kredit (termasuk MayBank) yang menawarkan pakej untuk membeli plot-plot ladang kelapa sawit ni. So far, yang saya tahu… program ni bank in the future price of palm oil. It could turn out to be a great investment (but don’t quote my word on it sebab saya bukannya pakar saham).
June 18th, 2008 at 2:29 pm
2 bulan lepas saya ada mendengar perkara ini, dari jiran sebelah rumah, tp malas nak layan sebab dah agak ni mesti macam pelaburan-pelaburan segera. lg pun bab2 pelaburan seperti ini lebih baik dilupakan saja
June 18th, 2008 at 5:02 pm
Memang ramai yang nak kaya cepat…
Mana boleh camtu…
Walaupun penternakan lembu, kambing menguntungkan tapi ianya tidak secepat yang disangka.. Sebagai contoh penternakan kambing memang mampu pulang modal dalam tempoh 9 bulan tetapi perlu dengan teknik-teknik yang berkesan…
Begitu juga dengan penternakan cacing.. Ramai yang ghairah terus menternak tanpa apa2 ilmu.. Tidak salah mencuba tetapi biarlah berpada-pada…
June 18th, 2008 at 9:34 pm
Skim Cepat Kaya akan terus berevolusi mencari manusia-manusia yang TAMAK…
Maka berwaspadalah dengan sikap TAMAK yang wujud dalam diri masing-masing…
Andai kita tahu erti sebenar kekayaan…kita tidak mungkin terjebak dengan penyakit SCK
Salam kekayaan,
THINKERICH
June 18th, 2008 at 9:36 pm
Pesan saya kepada semua…
“Tidak salah untuk berfikiran KAYA…tetapi bukannya berfikiran CEPAT KAYA…!”
Salam kekayaan,
THINKERICH
June 18th, 2008 at 11:49 pm
kalau menternak lembu kambing keuntungan bukan boleh dapat cepat. sebulan dua belum bole dpt untung lagi…penternakan bukanlah bidang yang untung cepat. ini adalah kata2 yang saya kutip dr penternak kambing yang berjaya diselangor
June 19th, 2008 at 10:54 pm
Cemane nak tau tipu ke tak. Mak saya baru call malam ni bagitau yang ayah saya ada join jugak dalam penternakan lembu. Bila dia cerita saya rasa sama je macam post ni. Ayah saya labur RM 3000 dan dah dapat pulangan RM 300.
Cemane nak terangkan yek. Kita ni anak. Taknak la bagi kecik hati mak bapak. Kang kita bagitau mende ni tipu dia bole cakap ‘dah dapat hasil tipu amendenya’
June 22nd, 2008 at 4:23 am
semua org nak kaya cepat pastu rugi cepat
kalo pikir logic maner nak dapat untung begitu banyak haiii melayu melayu
ingat lagik kes saham kambing kat JB nasib baek aku tak masukk kalo takkk mampouih duit ilang
June 23rd, 2008 at 11:28 pm
thanx utk info yg tuan berikan.. ini pandangan sendiri saja, ape yg tuan berikan tentang SCK betull.dlm biz kambing betull dlm biz lembu x dpt nak pastikan. tapi saya rasa utk coment pasal biz lembu ni saya rasa tuan perlu selidik dgn mendalam.mcm tuan coment jugak pasal biz ayah tuan dlm pelaburan hartanah.nak tahu pasal hartanah cari org yg ariff pasal hartanah,jgn hantam kromo jee.dlam biz lembu kalu tuan tanye org kampung yg bela lembu dlm 100 ekor jawapan nye biz lembu ni tak kemana(x bolih jadi kaya).macam koment tuan diatas la.jika kita kaji mcm maner usahawan perternakan lembu yg menang anugrah ushawan jaya hari perladang malaysia, mungkin ada sedikit jawapanye.(jutawan dlm masa 2 tahun bela & jual lembu secara moden).saya pimjam fakta tuan, Intenet ini hanya lah tools dlm perniagaan.setahu saya yg biz lembu ni adalah biz off line.bukan online.lagipun biz lembu ni tak bolih kayaa, cuma ia adalah investment utk sementara waktu shj.maaf jika koment ini mengangu…meyelidik dgn detail adalah lebih baik dr meyelidik sekilas pandang…
July 1st, 2008 at 12:05 am
ada yg brg iks tu betul ker … dia bg kita upah rm1 setiap daftar dgn jumlah rm 15….. adakak ini salah satu drpd nya …ada sesapa tau tak
July 15th, 2008 at 7:29 pm
saya sokong abang saifulsham mana ada benda senang kat duni nak mati pun susah
July 15th, 2008 at 10:25 pm
Kenapa soalan saya didelete oleh owner blog bila dicabar mengemukakan bukti atau berdebat dgn Eastana?
Tidak keterlaluan kalau saya kata… yg menulis artikel di atas tu pengecut. Tapi tak apa, pengecut ramai, termasuk saudara kita ni…
July 15th, 2008 at 10:28 pm
Yg saya minta simple…berani ke saudara penulis bersumpah yg tuduhan itu benar? Sebab itu penting untuk kita bawa kedua2 pihak berhujah… jangan menyorok di sebalik blog ni… yang saya nampak, cuma perangai orang gobl*k….
Ada berani ke? Saya dah kemukakan usul ni pada pihak Eastana…
July 15th, 2008 at 10:30 pm
Mungkin saya tidak akan berhenti di sini hingga saudara dan Eatana bersua…
Jangan kelirukan rang ramai dengan kenyataan2 tak berasas…Eastana pulak kena ler present case/paperwork yg menunjukkan business tu legal…
Kami akan buka satu forum utk isu ini nanti….antara nama blog ni dan Eastana…tunggu update dari saya…
July 18th, 2008 at 10:52 pm
tq. info yang sgt membantu dlam menangani persoalan2 yang kengkawan saya yang dah join program ni.
August 2nd, 2008 at 8:15 am
Saya terpanggil untuk menyuarakan apa yang saya rasa setelah membaca catatan mengenai skim cepat kaya ini.Saudara Irwan Danhill memberitahu bahawa penternakan di Australia berjaya. Jadi tidak mustahil pertenakan yang dijalankan di Malaysia boleh menjadi asalkan penternak tersebut tidak tamak setelah nampak wang yang banyak masuk ke syarikat mereka.Jika pelaburan orang ramai digunakan seperti yang dicanangkan, iaitu untuk membesarkan perniagaan ternakan mereka, tentunya syarikat boleh berkembang dan memulangkan kembali pulangan yang sepatutnya.
Saya adalah pelabur pasif di dalam penternakan, setelah meneliti pelan bagaimana pulangan yang banyak boleh diberikan. Menurut penilaian saya, syarikat pilihan saya boleh memberikan pulangan yang diwar-warkan.Setakat ini, saya tidak mempunyai keraguan tentang itu dan telah mendapat pulangan selama 2 bulan.
Mungkin sesetengah pihak telah mendengar tentang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sedang meneliti syarikat2 ini. Ini adalah kerana Syarikat ini telah ‘legalised’ proses pengambilan wang daripada orang raamai dengan menjalinkan persetujuan (MOU) dengan Koperasi. Koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi yang akan memantau perjalanan syarikat2 ini berkenaan pelaburan, pulangan serta perkara2 berkaitan seperti ‘downline’ dsb.
Pada pendapat saya, pantauan ini adalah perlu dan bukan sesuatu yang negatif.Sekiranya syarikat ini dapat meyakinkan SKM bahawa mereka telus dalam perniagaan, tentunya tiada masalah untuk SKM membuka peluang pelaburan semula.Ini akan lebih meyakinkan pelabur yang ada bahawa syarikat akan berjaya dan mendapat pulangan seperti yang sepatutnya.
Walaubagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab individu untuk menilai sendiri pelaburan yang mereka ingin ceburi. Alangkan pelaburan dalam ‘unit trust’ yang sah disisi undang-undang,juga memerlukan kefahaman yang bukan sedikit. Pokok pangkalnya, adakah kita seorang pelabur yang dapat mengambil risiko? Keuntungan tinggi melibatkan risiko tinggi yang mungkin melibatkan kehilangan wang. Sama konsepnya dengan menjalankan sendiri perniagaan.
Pendapat saya disuarakan melalui blog saya http://www.InvestInEast.wordpress.com.
Berhati-hati dalam pelaburan.
August 10th, 2008 at 3:57 pm
terpanggl plak nk komen.. korng rse ader tk compny lain yng gne plan SCK nie tp bkn tok pertanian la…
bnda yng nmpak cm realistik tp… agk sush nk cye gak….
October 14th, 2008 at 9:13 pm
sib baik tak join. selamat duit kumpul bertahun2…
November 10th, 2008 at 7:48 am
[...] citer lembu tersebut? Hangin semacam aje.. kredit untuk saifulsham dan [...]
November 19th, 2008 at 11:48 am
Nak minta tolong siasat satu skim pelaburan lembu tenusu oleh sy Prestige Dairy Farm Sdn Bhd. Dia proses pinjaman kita untuk beli lembu tenusu l ekor RM 27 K. Pendapatan drp susu lembu tu RM 2 satu liter, anggaran 20 lit sehari. Kontrak 8 tahun, sy jamin dapt modal dlm masa 4 tahun. Ada sign contrak dan mati stem. Boleh percaya tak?
November 27th, 2008 at 1:54 pm
Malam tadi d tv3 ada mengatakan pasal invesment dlm cacing,lintah, kambing dll yang tak bayar dividen pada yang dah melabur, aku dah gisau sesangat ni. Sesiapa yang tahu pasal R3worm (restu rimbunan rahmat) aku takut le diaorang pun nak tipu. aku dah invest tuuuu….
November 27th, 2008 at 4:58 pm
[...] Isu perniagaan Kiosk dan juga skim penipuan membela kambing. [...]
November 28th, 2008 at 12:49 am
Ntahlah yekkkk…….
Adakah gelaran “Melayu Mudah Lupa” di sebabkan mengejar skim cepat kaya akan kekal selama2nya?
Apakah tindakan kerajaan terhadap skim2 sebegini? ZZZiipppppp!!!
November 28th, 2008 at 11:13 am
Nampaknya isu tak berkesudahan saya rasa lebih baik anda ingat artikel yang ditulis oleh Saiful Sham ni dan jugak satu artikal dilaman blog saya http://www.tazamfnbiz.com yang ditulis oleh Dr Irfan supaya anda tidak lagi terjebak dalam skim skim ini. Jika anda betul minat nak melabur boleh jugak contact saya confirm pihak berkuasa tak tahan dividen anda…unless sumber duit anda diragui…
December 6th, 2008 at 12:40 am
Nampaknya saya insan yg ke2 selepas en.Is mintak tolong siasat kan tntg pelaburan lembu tenusu ni under Prestige Dairy Farm.Hari tu dpt invitation dari mereka dekat Wisma PPV,Jln Bangsar dok dengar ceramah tntg Lembu Tenusu.Oleh krn tak yakin..tu yg dok selidik kat blog yg ada utarakan kes ni.Saya dah blur ni sama ada nak percaya atau pun tidak..nak tak nak…saya dah terlabur RM1K sebagai deposit..kalau la 10org melabur dan kena tipu…kesianlah melayu kita!Harap tolong bagi pandangan
December 28th, 2008 at 6:39 pm
bukan senang nak kaya kat dunia nie kena berkorban masa wang ringgit dan tenaga dan tak leh putus asa
February 15th, 2009 at 9:37 pm
Ini pula STCK (Skim Tak Cepat Kaya)
Saya beli Dana Johor sebanyak 10,000 unit dengan meminjam BRakyat pada harga RM1.00 seunit lebih kurang 13 tahun yang lalu. Sekarang harganya tinggal 13sen seunit! Harga jatuh sejak gawat 1997. Selepas 10 tahun harga tak naik2 juga dan kali ini datang gawat lagi! Bayangkan betapa seksa menunggu selama 13 tahun duit habis begitu saja. Lebih teruk dari SCK. Dimana hebatnya Pengurusan Johor Corporation? Samalah juga dengan SCK. Kenapa ramai orang tertarik dengan SCK? Kerana nak cari duit lebih untuk menampung belanja yang kian melambung bukan nak kaya pun. Dengan iklan yang begitu menarik ramai yang terpedaya. Sepatutnya pihak berkuasa menyekat SCK pada peringkat awal lagi, bukan setelah begitu ramai orang dah melabur. Bagi saya SCK dan STCK sama saja. Dua2 nak meraih keuntungan dengan rakus
February 25th, 2009 at 11:58 am
mana boleh senang dengan mudah,adat dunia yang kaya bertambah kaya.Yang miskin macam saya,kaya angan-angan saja
March 18th, 2009 at 12:14 am
company PDF ni mmg sah la penipu…korang boleh rujuk kat website ni…ramai yg dah terkena.Skrg kena fikirkan cara untuk dapatkan balik duit anda semua je.
http://www.topix.com/forum/world/brunei/TCM4J1NON9DPOE8UH
dan
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-57912.html
March 25th, 2009 at 6:43 pm
PDF nih pun baruuu je call aku jap tadi. Sama je macam komen ngkorang. LAgi satu, diaorang call aku pakai nombor nih..0126683791.
Aku rasa cam pelik je, pasal aku mmg pantang SCK nih, terus aku check Internet, aku jumpe blog nih dan paham la aku skang..
So, rakan-rakan sekalian. Berhati-hati.
p/s: Cilako,suh aku datang esok pukul 3.30 petang kat Wisma PPV Bangsar. Sib baik aku tak amik 1/2 day keje.. ampeh..
Syukur ALhamdulillah aku dpt info yang bagus dr website nih..
March 25th, 2009 at 7:34 pm
salam sahabat smer saya seorang penternak lembu dan kambing nak inform sket sya menternak tok susu dan daging.nak inform je lah
harga kambing susu jenis saanen fullblood lebh krang 3 ribu seko..kalo lembu jenis jersey dalam 7-8 ribu la tok susu..kalo x slpa syer lah.arge sampei rm27k seko lembu jenis aper tu?
April 13th, 2009 at 10:55 pm
salam pd sume chatters blog nih..
huhu…byk la aku tau pasal perniagaan SCK ni dr blog ni.
aku ade gak melabur dlm satu skim..gune produk cacing.
aku kuar modal kecik je,dlm rm500.ade kwn aku kuar 2000.
pulangannye bleh cecah rm10k dlm setiap 3bln pas tempoh matang cacing tu n berterusan selama 2thn…tp kalo aku dpt 2500 je coz modal kecik kn?
err..kira aku pun dh terjebak ke dlm SCK pertanian ni?
siap ade agreement lg..wat mati setem plak…so aku pk legal kot..
ade sape2 nak komen?please…
May 7th, 2009 at 11:59 pm
salam, semua aku ada kenal ramai kawan2 aku yang keje
sebagai telemarketing untuk kol list nama yang di bagioleh company untuk invite diaorang datang mendengar PDF ni,
tak tau lak benda ni batul ke tak…huhuhu..
kalau tak betul gak maknanya sengajala meletakkan diri
di tempat yang binasa dengan mengajak orang untuk melabur SCK ni…
May 24th, 2009 at 12:58 pm
Salam..aku ada dapat invitation dr kompeni PDF ni..tp aku x le g dengar lagi…cuma aku nak kepastian kat sini jika ada sesaper yg pernah call atau tanye kat BNM, sama ada program ni dibenarkan atau pun x?..dulu ada satu kompeni yg buat program sarang burung layang2 kat sabah pun camni jgk modus operandi dia..aku call BNM kata x de lesen collect duit yg diorang kuarkan utk kompeni2 camni..emm, aku ada dpt info satu lagi tentang kompeni camni kat Klang, rasenye menternak ikan kot..
June 17th, 2009 at 12:49 pm
masih ramai yang terperangkap dengan skim cepat kaya moden masa kini… jangan buang masa anda dengan skim cepat kaya yang kayap…
June 22nd, 2009 at 1:54 pm
Dah sah semuanya pembohongan semata-mata. Tambah pulak lagi dengan benda benda benda benda lain : cacing, ikan keli, rumput, dsbnya. Nak kutip yuran kursus je sebenarnya.
June 22nd, 2009 at 1:57 pm
Melaburje lah dalam ASB atau ASN. Untung sikit sikit lebih baik daripada:
a. Untung sikit rugi banyak
b. Langsung tak untung
c. Untung dan rugi sama banyak
d. Untung banyak, rugipun banyak
June 28th, 2009 at 4:42 pm
Salam Semua,
Kalau nak dapat maklumat berkaitan dengan kompeni yang suka makan duit haram boleh rujuk dalam Brunei forum, taip brunei forum dalam google mesti dapat forum tu..boleh bincang dengan forumer lain disana… bye…
October 26th, 2009 at 2:10 pm
kebanyakan agen mereka ialah ustaz,mereka guna iklan ustaz pun melabur,takkan benda ni haram.mereka ingat ustaz ini tahu segalanya.ustaz hanya tahu hal ugama shj.hal perniagaan mereka bukan pakar.ustaz pun ada banyak katogeri,yang ramai hanya ustaz fardu ain shj.
November 14th, 2009 at 1:10 am
salam…saya pun org laut gak.tp dh fed-ud dgn life kt laut.skng ni tumpu keja darat plak.saya dh byk dengar pasal skim cepat kaya ni.tp xpernah terkena lg la.tp baru2 ni,ada syarikat cm invest2 ni la saya join iaitu Imuone.bisnes diamond la gamaknya.dh pantau setahun dah.mula2 xnak masuk,tp bila dah setahun pantau n tengok adik beradik banyak duit,jadi nyesal plak tak join.saya rasa syarikat tu kukuh ble tgk peningkatan saham yang didagangkan,berhad,dan saya pun dah terima berlian saya(siap tanya harga kt Habib lg),nampaknya,btol la menda ni.untung 30% dr duit yg saya laburkan,dpt berlian(dgn sijil2 dia skali),dpt kad diskaun kt kedai2 terpilih dan 4 lot saham percuma lg.Alhamdulillah..
Tggu masa nk dptkn modl then melabur lg.At least ada gk duit ble duk sesaja.nak ajak la kawan2 internet join menda ni.bendabagus,kena hebah2kan.saya suka sebab untung setahun 30% dr apa yang say laburkan.Bagus dari ASB.Saya nak ajk sesiapa saja yg melabur dlm ASB join menda ni.Apa pendapat Syazwan dn orang2 lain??
November 23rd, 2009 at 4:13 am
Tahniah kepada penulis membuat pendedahan ini.
Ini cerita benar. Saya sudah jumpa beberapa orang yang terlibat dengan projek-projek yang tidak masuk akal. Luahan mereka teramat sangat dan bagi saya hanya mampu membuka telingan seluasnya mendengar. Dari mana datang idea-idea ini saya pun kurang pasti.
Kes 1 – Projek lintah dengan KOSAS lingkup dengan pelaburan RM70 ribu.
Kes 2 – Pakej Ternakan Ikan Keli dalam 3 kolam kanvas terbang RM12 ribu. Pakej ternakan Ikan Keli kaedah sama 5 kolam sayonara RM17 ribu.
Kes 3 – Serai wangi melayang RM5 ribu.
Kes menternak biri-biri zaman Adib Adam akhirnya bungkus dengan jutaan wang dibelanjakan mengimport baka kambing Dorset Horn dari Australia akhirnya musnah dijangkiti penyakit ‘blue tongue’. Semuanya jadi bahan sejarah.
Kes-kes kerugian menternak kambing eksotik Boer dll kaedah kurungan diberi makan palet atau rumput ‘cut-and-carry’.
Terkini tanaman pokok gaharu. Ramai yang tidak tahu hujung pangkal telah mula melabur sehingga ada yang menebang pokok-pokok sawit untuk diganti dengan tanaman ini kerana tertarik dengan dakwaan setiap pokok dapat memberi wang RM3,000-RM6,000. Jika dicongak atas kertas bagi dirian 1,000 pokok seekar jangkaan pulangan ialah RM3-6 juta bagi seekar.
Ringkasnya kita perlu mengkaji dengan teliti bagi sebarang usaha yang ingin diceburi.
January 8th, 2010 at 10:41 am
February 6th, 2010 at 5:09 pm
betul-betul-betul…dengar kata projek ni bawah kementerian asas tani,buka web asas tani tak de pun nama syarikat ni…
April 14th, 2010 at 5:30 pm
Scam? Betul ke scam? My husband join investment nie, setakat nie alhamdullilah, x ada masalah. Mula-mula bila dengar penerangan dari wakil diaorg,rasa ragu-ragu jugak, tapi selepas tengok ladang dan cara company 2 manage inevestment nie, kami jadi yakin.
Mcm semua investment program,kita kena la sabar sikit sebelum pelaburan kita tu matang dan membuahkan hasil. Setakat nie kami terima hasil pelaburan yang konsisten tiap-tiap bulan.
Allah bagi kita jalan untuk merubah kehidupan, kalau setakat dengar ckp-ckp orang, x ada nak selidik sendiri dulu, memang x akan mendatangkan hasil.Rezeki x datang bergolek. Dari duduk dengar cakap2 org, baik siasat sendiri, buktikan kesahihan, kalu betul diaorg nie kaki penipu, report la melalui saluran yang betul, bukan asyik mengumoat kat blog ntah apa2 mcm nie
April 14th, 2010 at 9:15 pm
sekarang ni ada mcm-mcm skim cepat kaya..iaitu skim sedekah
duit kat orng..yng untung orng pertama..sebab tu dlm masa 5 bln
boleh dpt rm ratus ribu..mana ada bisnes 2 ke 6 bln jd jutawan..jual dadah pun tak dpt mcm tu…boon siew jtwn motor honda pun ambil masa 20 th br jd jutawan….kah..kah ..orng melayu selalu kena tipu…
April 15th, 2010 at 11:13 am
Keh…keh…keh….lawak la Pn Nur Sofia ni.
May 31st, 2010 at 12:00 am
pdf ni memang tipu ler..
nak duit org jgk2..
hampeh btol…
May 31st, 2010 at 12:34 am
alhamdulillah…nasib baik aku tak terkena kat tesco mergong a/staq baru2 ni(29/5/10)…geng2 ni memang story gler2 punyer(45min jugak lerr)…hampir terpengaruh aku…nasib baik aku terpikir nak cek dulu kat tenet…n isteri aku pun tak sokong n tak percaya benda2 camni…d/p dari RM9k kurang2 jd RM1.5k….huh!gilerr…
siap suruh guna ccredit tu…ciss!!…pakai lebai plak tu geng ni…memang tak leh caya la…luaran jer nampak baik!…huh!…
*BERHATI2 SBLM TERLAMBAT!!!….
May 31st, 2010 at 10:42 pm
Pengenalan tentang e-learning… e-learning ni boleh di gunakan sebagai rujukan ketiga selepas tuision. Di zaman IT ni segalanya menggunakan internet sehingga hendak menghantar pesanan pun menggunakan internet yang di namakan e-mel. Oleh itu tidak hairan la jika berlajar pun menggunakan internet.. Tentang e-learning ini boleh di gunakan untuk menggulangkaji pelajaran daripada darjah 1 hingga tingkatan 5… Jika anda seorang ibu-bapa, anda boleh mengenal pasti prestasi anak anda jika mereka membuat ujian secara online kerana segala keputusan markah ujian anak, anda akan mendapat tahu dengan cara khidmat pesanan ringkas (sms)… Untuk keterangan yang lebih mendalam, boleh la membuat temu janji dengan menghubungi 019-3087960- Bro Zul
June 2nd, 2010 at 8:04 pm
aku pun dh terjebak ngan pdf ni..yg xbest sgt aku dh labur 10k..BODOH tul..
mula2 punya la nk yakinkan sampai 5-6 org bg penerangan bagai nk rak.antara penerangan dia:
1.seekor lembu kos untuk 8thn RM31k termasuk kos pengahantaran dari mana ntah(xigt)sampai ke m’sia singgah hotel haiwan(macam dlm movie lak)trus hantar ke ladang ternakan di Kluang Johor
2.aggrement akan dihantar selepas bayar penuh dan stamping untuk lawyer ntah ape lg xtaw.
3.lpas 3 thn kita habis byr loan yg dibuat, dia suh kita wat loan len beli cattle tu..so kita akan ada lebih kurang 3 ekor lembu dalam 8thn kontrak.
4.lembu tu tgh ngandung masa sampai ke m’sia so kene tunggu lembu tu branak br la leh perah susu tp anak kita xdpt sbb dlm aggrement dh termaktub kene jual kt ladang dgn harga RM250 sekor anak lembu.
5.average sbln kita akan dpt lebey kurang RM1200-1400 selepas dipotong maintance utk ladang.
mcm ar..aku tanya macam2..tp last dh sbln lebey senyap mcm tu je..bila kol dok uk ak uk ak..aku bengang ar..lpas tu bila kol lagi xmau angkat..kol lagi bagi betina balaci mana angkat lak..
aku kol office betina tu mcm xmau jawap aku tanya..
last2 aku survey kt internet ni br la dpt jwp2..aku pun ngok gk xsurvey dl..nyesal nk mampus pun xleh..tp siap ar aku jumpa sekor2 taw ar..
td aku search ssm rush hq n cawangan dia kt puchong…merana ar aku..
sapa2 leh tlg macam mana nk dpt balik duit tu..
setakat la ni aku br je wat report polis n tribunal pengguna..seb bek ada kabel..
June 18th, 2010 at 11:40 am
baru semalam aku mendengar penerangan tentang lembu ni…… entah lah bila aku suarakan kepada suami aku suami aku meme tak percaya……masa aku dengar penerangan meme best giler ‘bunyinya’…aku sempat gak paid ‘deposit’ nyesal giler rasanya entah lah mungkin kerana ketidakprihatin aku jad macam ni……satu jer tujuan aku untuk cover ‘hutang’ yang ader…….
June 18th, 2010 at 2:44 pm
komen saya sama macam en is dan insan blur……sal prestige dairy farm yang kata leh untung dari susu lembu dan proses loan kita…..entahlah bila dengar cerita macam ni langsung dah tawar hati….untuk melabur. tujuan melabur nak tambahkan pendapatan tapi kalau dah macam ni bukan tambah ‘pendapatan’ tapi ‘tambah bebanan’.Hrp sangat pihak bertanggungjawab siasat benda2 macam ni……sampai bila kita terutamnya melayu nak maju kalau benda2 macam ni masih berterusan……kalau sesiapa yang ader info tentang PRESTIGE DAIRY FARM ni minta2lah berkongsi maklumat.
November 11th, 2010 at 8:55 pm
November 11th, 2010 at 9:09 pm
Nak minta tolong siasat satu skim pelaburan lembu tenusu oleh sy Prestige Dairy Farm Sdn Bhd. Dia proses pinjaman kita untuk beli lembu tenusu l ekor RM 36 K. Pendapatan drp susu lembu tu RM3 satu liter, anggaran 20 lit sehari. Kontrak 8 tahun, sy jamin dapt modal dlm masa 4 tahun. Ada sign contrak dan mati stem. Boleh percaya tak? Saye dah labur duit RM 10,000 pada 28 julai 2010 di tesco,rawang dimana ia janji akan pulangkan duit dalam masa 3 minggu smpaikan sekarang saye masih menunggu pulangan duit.
January 7th, 2011 at 8:21 am
Tak payhalah masuk sya dah kena dah,
dah 2 tahun masuk, 26k dah keluar dapt tak sampai Rm 6k, makna modal pun tak cover, bulan dec 2010, dapt 10 ringgit je.
Baik lah masuk ASB atau unit trust.
Say masuk dulupun pasla ada org dlm yg kenal, tgk dia pun dh berhenti.
Sya siap jumpa tokeh PDF tu dan pergi ldg d kluang tgk lembu saya.
Apa nk kat tk ada rezki, org lain yg kaya.
July 7th, 2011 at 2:10 am
Salam Gee…
mcm mana nak hubungi awak?…ingin membuat pertanyaan berkenaan masalah dengan pelaburan lembu PDF.
July 7th, 2011 at 9:38 pm
salam..suami saya pun terkena dgn skim pelaburan lembu tenusu oleh PDF ni..skrg ni menanggung hutang..nama pun dah blacklist..sesapa yang boleh info ttg cara untuk memulihkan nama dari blacklist ni…tq
July 25th, 2011 at 3:20 pm
menyesal masuk…..
dah 3 tahun masuk, 26 k juga dah keluar tapi yang dapat sikit, sampai kadang-kadang dapat x dpt langsung. geram dah terkena. nak berhenti pun x boleh, rugi nanti x dpt balik modal, terpaksalah tunggu 5 tahun lagi. perjanjian 8 tahun.