Soalan 13: Adakah Menjual Melalui Online Store (Kedai Online) Ini Adalah Cara Yang Paling Mudah Untuk Menjana Keuntungan Dari Internet?
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Soalan di atas adalah salah satu dari 15 soalan yang saya pilih untuk dijawab di dalam “Dokumen Yang Hilang” (15 FAQ Mengenai Kedai Online)
Kenapa saya namakan “Dokumen Yang Hilang”?
Kerana sepatutnya ia dikeluarkan Khamis lepas. Ia “hilang” 2 hari. Walaubagaimanapun kenapa ia “hilang” ada saya jelaskan dalam dokumen tersebut.
Klik Untuk Download Dokumen Yang Hilang Di Sini (ZIP)
Klik Untuk Baca Dokumen Yang Hilang Di Sini (PDF)
Btw, jika anda mahu tahu jawapan untuk soalan di atas, ini jawapannya:
Tidak. Jujur saya katakan.
Bahkan, melalui Online Store (Kedai Online) merupakan antara cara yang paling susah berbanding dengan model perniagaan internet lain. (Jika anda lihat di sini, saya tidak bersembunyi). Menjual infoproduk melalui salesletter dan menyertai laman lelongan lebih mudah secara relative (tetapi tidak mudah juga).
TETAPI, kami tetap hasilkan ebook panduan ini sebab ada permintaan mengenai cara-cara untuk membina Kedai Online. Dan tidak ada panduan seperti ini yang dijual. Akhirnya, ramai orang yang terpedaya membayar jumlah yang tidak logik (terlalu mahal/murah) dan kemudiannya tertipu dengan janji-janji kekayaan melalui “Kedai Online”.
Ini memburukkan nama perniagaan internet, terutama usahawan internet yang sebenar. Jadi saya terpaksa mengeluarkan panduan ini juga, supaya jika ada orang yang mahu membuka kedai online, mereka boleh mengetahui cara yang sebenar.
Panduan ini adalah sebahagian dari tanggungjawab kami kepada anda.
Semoga dengan adanya Sistem Kedai Online 2.0, anda akan beroleh panduan membina kedai online yang paling baik, membantu dan tidak mengarut untuk mencapai segala kemahuan anda menjana pendapatan dari Internet.
Yang Berkongsi,
Sabri


April 13th, 2008 at 12:00 am
Serius
Memang serius bunyinya untuk membina
KO ni. Bukan untuk calang-calang orang.
Amazon sendiri rugi berjuta-juta pada tahun
tahun pertama diorang, apatah lagi usahawan individu
kecil-kecilan.
Maybe dengan niche yg betul, boleh fight kot.
But, SKO pasti akan mencipta revolusi pada
industri produk fizikal di Malaysia ni.
April 13th, 2008 at 1:18 pm
Saya sangat tertarik dengan soalan no 10. Saya pun dah bertahun membaca post kat Saifulsham ni sejak dari sabri dan syazwan masih slim lagi sehinggalah ke hari ini mereka dah montel sikit
, generally , amat amat dan teramat berkualiti. Kenapa saya cakap mcm tu..? Ok..Blog ini memberikan panduan yang amat berharga disamping mampu menyuntik semangat kepada pembaca yang serius nak mulakan perniagaan. Jika anda perasan itulah yang sebenarnya membuatkan saya suka dan mahu kembali lagi ke Blog ini setiap hari. Jika ada pembaca yang tak dapat melihat dan merasa apa yang saya rasa.., sah ! anda memang tak mempunyai perasaan.
Ok . Komen tentang buku RBDDI. Saya jugak pembeli buku tu beberapa tahun lepas. Amat baik , ringkas , senang difahami ditambah lagi dengan VCD panduan yang disertakan..sungguh memudahkan.
Saifulsham juga tak pernah bias dengan point mereka , jika mereka katakan perniagaan internet mahupun konvensional menuntut perjuangan yang hebat..Ingatlah , Saifulsham berkata benar dalam hal ini.
Sabri kejap yerr. Sikit lagi i nak tambah
So my main point here is : I believe that Sistem Kedai Online adalah satu lagi produk yang amat berkualiti dari Saifulsham. Dan yang teramat penting sekali , ambil serius dengan apa yang Team Saifulsham kongsikan dengan kesemua pembaca , pembeli SKO ni nanti. Ok , setakat ni jer lar Sabri .. Ahaks. TQ
April 13th, 2008 at 9:43 pm
Betul juga Miclee, bg saya dalam banyak2 buku perniagaan internet, buku dari team saifulshamlah yang paling banyak membantu! Thanks!
April 13th, 2008 at 10:50 pm
tak sabar nak dapatkan ebook ini. saja nak tambah ilmu
both of you mcm my mentor hehe
p/s: link dalam emel tu ada sedikit salah..kedua2nya link ke tempat yang sama..fail .zip
April 14th, 2008 at 3:41 am
Terima kasih Fariz, Miclee dan WanWma
Hehe… Waidakmy, ya tak ya.
Baru saya teringat, saya “Copy” sekali and “Paste” dua
kali. Patutlah sama. Isy3… kalau kat blog boleh juga
di baiki.
Kalau dah tertekan “Send” untuk hantar email, redhalah jawabnya.
Sabri
April 14th, 2008 at 12:41 pm
salam ,
Saya bersetuju dengan kenyataan menjual di online store susah , saya yang mempunyai online store sendiri cukup susah menjual , maksud saya mendaptkan pembeli dari website saya.
Lebih mudah sedikit saya jualnya di lelongan seperti ebay . Oleh itu dengan promosi tanpa jemu2 dan tidak berputus asa insya Allah satu hari nanti saya akan temui “kunci ” tersebut.
Antara tips saya rasa bina krebiliti anda
April 15th, 2008 at 5:55 am
Buku SaifulSaham dah beli…
Seminar SaifulSham dah pergi…
Ebook terbaru ni….
April 15th, 2008 at 8:55 pm
padanlah terasa pelik, klik untuk baca fail pdf, tapi download fail zip
April 15th, 2008 at 11:51 pm
very very good marketing strategy you have here..