Tema, Central Theme & Leverage Dalam Perniagaan Internet
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Setiap orang ada kekuatan masing-masing yang boleh digunakan sebagai tapak pelancaran perniagaan internet masing-masing. Jika anda menggunakan kekuatan ini sepenuhnya, anda akan menjadi pakar dalam bidang tersebut dengan lebih cepat. Bila anda jadi pakar dalam satu bidang, anda boleh jadi pakar dalam bidang lain juga dengan lebih cepat. Berbanding anda cuba menjadi pakar dari bawah.
Contoh: Canon adalah pakar pencetak. Mereka tidak ada kepakaran pun dalam menghasilkan kamera. Tetapi, katakan mereka hendak juga jual kamera. Pada pendapat anda, lebih mudah untuk mereka menjual kamera dengan jenama Canon, atau bermula dari kosong dengan memasarkan kamera jenama Konan?
Tahukah anda, walau siapapun anda sekarang, guru, ahli perniagaan, pensyarah, pemandu teksi, penganggur, bahkan mahasiswa sekalipun, anda boleh menggunakan kedudukan anda tadi sebagai salah satu aset anda.
Walaupun ada orang yang menganggapnya sebagai kelemahan.
Sebagai contoh, SaifulSham.com . Kami betul-betul menggunakan “kemudaan” dan hakikat bahawa kami adalah mahasiswa sebagai satu aset kami.
Sebagai orang muda, kami dianggap tidak berpengalaman dan berhak untuk emosional, daring, melakukan kesalahan. Itu hakikatnya dan kami tidak pernah menafikan. Kami tidak sempurna dan kami buat apa yang orang muda buat.
Tetapi, kami ada added value sebagai differentiation kami dengan orang muda lain. Kami tambah willingness to learn, being a fast learner, ada business acumen, ada financial awareness dan dare to admit mistakes. Kami memang position brand SaifulSham seperti itu.
Jadi dari satu perspektif, kita bagitahu pasaran ini kelemahan kita, dan ini kekuatan kita (yang cover kelemahan tadi).
Reverse phsycology ada orang panggil. Btw, bukan tidak ada orang yang memandang rendah orang muda dengan brand “happening” seperti kami. (jika anda pernah berjumpa kami, kami sangat laid back dan tidak kisah sangat apa orang fikir mengenai kami)
Ada juga yang menganggap idea kami tidak cukup matang dan mantap. Ada yang menganggap nama SaifulSham itu keMelayuan sangat (a lot of thought goes into that name), ramai orang tersalah eja, ada orang kata kami cyber squatting dan tidak kurang juga orang disekeliling kami yang underestimate what we offer dan diri kami sendiri.
Tetapi, itu tidak menghalang kami untuk terus menjadi SaifulSham. Ia tidak menghalang kami untuk membuat lebih banyak kesilapan.
Yang lebih berharga, sebagai orang muda segala pencapaian kami walaupun sekecil mana, jika diukur dengan umur kami, ia akan menjadi besar.
Ada perkara yang dibuat oleh orang yang berumur 40 tahun, orang kata “Patut pun”, tetapi jika perkara yang sama dibuat oleh orang yang berumur 20 tahun, orang kata; “WoW”
Dan ini yang membuat saya hairan, kerana ramai orang seolah-olah berasakan mereka perlu “Mulakan Hidup Baru” di Internet. Seolah-olah 2nd life pula.
Mesej saya di sini, Jadi Diri Anda Sendiri, Kukuhkan Kedudukan Diri Anda Dengan Bantuan Peralatan Yang Anda Telah Ada & Jangan Buang Masa Membuat Peralatan Baru.
Contoh, anda seorang guru.
Untuk pengetahuan anda, guru adalah karier yang paling berharga seseorang infopreneur boleh ada. Kenapa?
Kerana seseorang guru kepakarannya mengajar. Seseorang saintis pakar sains, tetapi beliau tidak menjadi seorang guru kerana beliau tidak dilatih untuk mengajar. Seorang guru (walaupun dia guru Sains) dilatih dan diajar untuk menjadi pakar mengajar.
Anda boleh menggunakan kredibilit anda sebagai guru contohnya:
- Untuk mengajar sesuatu (info produk)
- Untuk memasarkan sesuatu kepada market guru
- Untuk memasarkan sesuatu kepada market pelajar
- Untuk memasarkan sesuatu kepada ibu bapa
(sebenarnya ada banyak sangat possibility dengan title guru tersebut. Sebab itu saya kata, gunakan!)
Contoh lain, seorang “penganggur”.
Hello, penganggur adalah golongan yang paling banyak masa di dunia dan mempunyai potensi paling cerah sekali.
Orang lain sudah “stuck” dalam pekerjaan, anda boleh buat apa yang anda suka. Dan jika ia bermanfaat, anda boleh jadikan ia bisnes.
Contoh, anda seorang penganggur. Bangga yang anda seorang penganggur dan cari satu minat yang berfaedah (contoh anda suka travel).
Contoh, anda mulakan sebuah blog mengenai charity.
Setiap minggu, anda plan untuk menemukan seorang penderma (yang boleh menderma paling kurang RM 1K) dengan sebuah rumah kebajikan. Anda perlu fikir di mana anda hendak mencari penderma ini (boleh jadi badan kebajikan sedia ada) dan rancang aktiviti penyampaian derma itu tadi.
Gunakan blog untuk mencatat perancangan anda dan aktiviti tersebut. Minggu ini anda berkativiti dengan Petronas dan Rumah Harapan, minggu depan aktiviti dengan En Rahman (unknown?) dan Rumah Fajar pula.
Anda bermula dengan aktiviti-aktiviti kecil, dan bangga dengan hakikat anda sebagai seorang penganggur mampu membantu mengubah kehidupan penerima derma tersebut. Itu fasa pertama.
Fasa kedua, anda akan mempunyai peminat dan pembaca blog setia. Anda boleh lihat mereka ini dari golongan apa, dan apa yang mereka mahukan.
Mereka mengikuti perkembangan anda kerana dalam banyak-banyak penganggur di Malaysia ini, cuma ada seorang sahaja yang buat apa yang anda buat.
Selain menawarkan blog anda sebagai ruang pengiklanan, anda juga boleh mula merangka produk-produk yang disukai orang yang suka membantu orang lain. Pasarkan. Secara perlahan-lahan anda membina nama sebagai “Karam Singh Walia” dalam membasmi kemiskinan.
Fasa ketiga terpulang kepada anda. Anda mahu membina diri anda sebagai motivator pula, aktivis masyarakat seperti Lee Lam Thye, atau ahli politik? Itu pilihan anda.
Semuanya bermula sebagai seorang penganggur sahaja.
Senang cakap nampak? Ada yang akan berkata.
Memanglah senang kalau kita buat. Saya tidak nampak di mana susahnya.
Saya rasa mendapatkan apa yang kita ingin di dalam dunia ini seperti mendapatkan awek (atau isteri, atau teman wanita)
Ramai orang yang set kriteria nak yang ini, yang itu, nak siti nak situ. Tetapi tak ramai yang ambil tindakan. Ramai yang merejek diri sendiri sebelum direjek.
Akhirnya, si dia yang diadmirekan, terlepas kepada orang lain.
Jadi mesej saya sekali lagi, Jadi Diri Anda. Gunakan Kekuatan Sedia Anda Untuk Positionkan Diri Anda.
Itu leverage. Sensitif ya Pak Di Leverage-leverage ni, sabar jelah. Fight for what you know is right
Mari Kita Bercerita Mengenai Central Theme
Apa itu Central Theme?
Central Theme ini adalah sesuatu yang perlu ada sebagai benda pertama untuk anda menjana pendapatan di Internet. Baik sebagai blogger, mahupun sebagai usahawan internet.
Great Minds Think Alike.
Orang yang hebat seperti anda, suka mencari dan berkenalan dengan orang hebat yang lain. Benar? Bagaimana anda tahu seseorang itu hebat seperti anda?
Mudah sahaja. Beliau konsisten hebat, dan mempunyai ciri-ciri yang anda ada ataupun mahu ada. Menggunakan Internet, bagaimana kita boleh tahu seseorang itu konsisten hebat?
Melalui laman webnya, tulisan-tulisannya dan positioning dirinya yang cuba ditonjolkan kepada anda.
Bagaimana jika dia tidak konsisten? Sekejap dia macam hebat, sekejap dia biasa-biasa. Tidak nampak kepakaran dia. Dengan kata lain, beliau tiada core competencies.
Adakah anda akan anggap dia hebat?
Tidak.
Apa akan jadi jika keadaan berterusan begitu?
Beliau tidak akan dapat membina kelompok pengikut. Satu aset yang penting untuk mula membuat duit dari Internet.
Jadi mesej saya yang kedua, pastikan laman web anda ada central theme. Anda ada strong Unique Selling Proposition (walaupun anda tiada apa untuk dijual)
Sesetengah orang cuba memberi alasan;
“Ini bukan passion akulah. Aku suka tulis campur2 personal ni. Aku saja je nak test-test. Untuk yang betul2 bisnes, nanti aku buat lain. Aku tak jadi hebat pun takpe, aku nak jadi biasa-biasa sahaa”
Cuba tanya diri anda sendiri, apa tujuan anda di Internet?
Jika tujuan anda saja2, maka teruskan dengan saja-saja.
Jika tujuan anda untuk memulakan perniagaan internet, dan buat duit secara berterusan, strategi perniagaan anda adalah:
1) Pilih Platform Untuk Anda Positionkan Diri Anda
2) Bina Core Competencies Anda Dalam Bidang2 Spesifik
3) Bina Sales Funnel & Market Dengan Agresif
4) Rinse & Repeat
Yang Menulis,
Sabri
p/s: Ada masalah dengan Windows Live untuk upload gambar. Gambar saya akan upoad kemudian.


February 6th, 2008 at 8:33 am
isk-isk… selonotnya….. suatu perkongsian yang membuat saya terlepas pandang dan kadang-2 saya sendiri cuai dan alpha kerena leka untuk menarik perhatian seseorang utk membeli tanpa berkongsi.. walhal ’sharing is caring’
pinjam kata2 saifulsham
apa pun thanks for this sharing sabri..tanpa memulakan langkah permulaan kita juga tidak kemana..
February 6th, 2008 at 9:04 am
Tiada masalah Ijamidayu.
February 6th, 2008 at 10:15 am
Satu post yang menarik, saya suka ngan bab penganggur tu dan pasal 3 fasa.
February 6th, 2008 at 1:07 pm
uhuk uhuk
tersedak. patutlah…
ya, selain muda macam saifulsham, (saya ni SPM pun tak lepas lagi
) wanita jangan anggap diri mereka lemah sebab wanita. jadikan ia sebagai aset.
“wow. perempuan tu naik merc hasil perniagaan dia.”
kompom, ramai lelaki akan jadi respek. yang mengutuk pasti senyap 1000 bahasa.
February 6th, 2008 at 6:11 pm
seperti biasa saifulsham akan memberikan “hujah” yang panjang..ni kalau bercaramah boleh jadi sejam dua kena tunggu nie..ho!ho!
Saya setuju dalam erti kata jadila diri sendiri..Tak boleh jadi orang lain..
February 6th, 2008 at 10:58 pm
Info dan tips yang amat berguna untuk memperbetulkan keadaan mana mana yang dah tersasar tu. Betul tu saifulsham, jadilah diri sendiri, carilah kekuatan dalam diri sendiri dan manafaatkanya. Yakin dan percaya yang ada bolih lakukan yang terbaik.
February 7th, 2008 at 1:59 pm
SyedHafidz,
hehe.. Sebenarnya apa saya buat ni salah dalam menulis blog.
Better pendek dan kerap dari panjang2 dan jarang. Tapi satisfaction tu terasalah bila dapat habiskan terus ni.
Lagipun saya ni lemah sikit kalau buat siri. Mesti tergantung tak siap-siap..
February 8th, 2008 at 1:07 pm
[...] seperti apa yang ditulis oleh Sabri di blog Saifulsham.com. Jadi diri sendiri lebih [...]
February 8th, 2008 at 2:01 pm
good point
naik sikit semangat saya tengah down sikit ni heheh..
be yourself and have the right target!!