Hello pembaca SaifulSham,

Katakan anda berhasrat untuk menjual produk digital, tetapi bermasalah untuk mendapatkan topik untuk ditulis dijadikan ebook, saya ada penyelesaiannya. Berikut idea-idea daripada sayalah, tidak semestinya topik dibawah perlu dijadikan produk anda.

Idea pertama:

Dapatkan 10 orang agen unit amanah yang top-top, dan berikan soalan kepada 10 orang ini. Temubual sama ada secara audio atau bertulis dibukukan. Jual kepada pasaran!

Idea kedua:

Dapatkan 3 orang penternak kambing yang berjaya. Bukukan pengalaman mereka atau lebih menarik sendiri mengambil video di ladangnya. Kemudian jual kepada pasaran!

Idea ketiga:

Dapatkan 3 jutawan MLM, dan temubual tentang kisah kejayaan mereka. Sama ada secara audio,video atau temubual secara bertulis. Kemudian bukukan! (Penggiat MLM selalunya sukarela untuk ditemuramah).

Idea keempat:

Dapatkan 3 orang tuan rumah (yang memiliki sekurang-kurangnya 10 hartanah), dan temubual mereka mengenai strategi mendapatkan hartanah yang banyak dalam masa yang singkat, menambahkan pendapatan pasif & sebagainya. Kemudian jual kepada pasaran!

Idea kelima:

Dapatkan seorang pengusaha yang selalu membawa jemaah haji saban tahun, dan temubual pengalaman mereka,syarat-syarat berada ditanah suci, dan bermacam cerita lagi. Kemudian jualkan pada pasaran!

Opps…cukup. Pertama sekali, anda perlu bermula dengan menemubual orang-orang berjaya atau pakar dalam bidang mereka tetapi tidak popular di kalangan masyarakat. Selalunya, mereka jauh lebih mudah untuk ditemubual berbanding dengan orang yang mempunyai nama.

Jangan berfikir untuk dapatkan Syed Mokhtar al-Bukhari atau Tony Fernandes untuk ditemubual anda. Lupakanlah dahulu. Pertama, catch small fish.

Daripada itulah, apabila anda mempunyai nama sebagai seorang penemuramah berkaliber, barulah mudah untuk mendekati big fish.

Selalunya, small fish tidak akan mengenakan sebarang caj untuk anda dapatkan maklumat daripada mereka. Apabila tiba masa anda bersedia untuk menangkap big fish, barulah difikirkan caj kerana selalunya big fish mempunyai nilai yang perlu dibayar.

Sebagai contohnya, 30 peratus keuntungan produk dibayar kepada orang (big fish) yang ditemuramah (bergantung kepada perjanjian).

Bagaimana? Susah ke nak hasilkan duit diinternet?

Cari topik yang mempunyai demand tinggi, dan cari pakar untuk produk anda. Itu sahaja!

Kalau yang inipun anda kata tidak boleh dan susah (anda tidak perlu memikirkan isi kandungan pun kerana idea adalah dari orang yang ditemubual), saya rasa anda adalah calon paling dikehendaki penganjur skim-skim cepat kaya!

Wan Mohd Syazwan
P/S: Tahukah anda salah satu laman web team SaifulSham adalah kerjasama dengan seorang pakar grafik (laman web ini tidak pernah diberitahu). 30 peratus keuntungan grafik dibahagikan kepada pakar grafik ini.