Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini saya akan menceritakan pengalaman Team SaifulSham menguruskan hubungan perniagaan dengan pengilang pada zaman ekonomi gawat ketika ini.

Pengilang seperti yang anda tahu adalah pihak yang menghasilkan produk. Pengilang amat bergantung pada keuntungan berdasarkan volume yang dijual. Lagi besar sesebuah volume tempahan, lagi kurang kos mereka (seperti kos maintainence mesin, bayaran pekerja, & sebagainya).

Dan lebih besar tempahan anda, maka kos per unit dapat dikurangkan. Pengilang selalunya mengenakan minimum order, barulah mereka bersetuju untuk menghasilkan produk untuk anda.

Berdasarkan pengalaman kami, belum pernah pengilang memberi kredit kepada kami (iaitu mengambil produk dahulu, bayar kemudian). Bayar penuh dalam bentuk tunai dan barangan itu akan dihantar. Mungkin juga pengilang tidak mahu mengambil risiko jika kami gagal menjual produk mereka atau kami cabut lari (haha).

Apabila pengilang menetapkan minimum order, anda akan berdepan kepayahan untuk menghabiskan jualan dalam jangka masa tertentu. Contohnya, jika pengilang menetapkan syarat 30,000 item setahun, maka mahu tidak mahu, kami perlu mengerakkan segala tenaga anda untuk menghabiskan 30,000 item itu.

Jika tidak besar kemungkinan, mereka tidak mahu menghasilkan produk baru untuk anda pada tahun berikutnya. Begitulah peritnya terutama dalam zaman krisis ekonomi ketika ini.

Mahu tidak mahu, rekod yang baik sahajalah mampu menyelamatkan kami. Rekod pembayaran yang cemerlang membolehkan kami memujuk pengilang itu untuk mengurangkan minimum order yang diminta berasaskan keadaan ekonomi semasa.

Seperti pengilang yang kami import barang tersebut (maaf, bahasa lintang pukang), mereka pun faham zaman ini semua orang mahu mengurangkan tempahan dan membuang pekerja. Malah kilang tempahan yang kami buat itupun sudah membuang 25 orang pekerjanya.

Pujuk punya pujuk, akhirnya dapat juga kami kurangkan jumlah tempahan kami tahun ini. Manakan tidak, tempahan pelanggan dari Eropah telah jatuh dengan mendadak, maka kami perlu lebih realistik dalam menempah produk daripada kilang.

Kadangkala, kita tidak boleh terlalu cerewet dengan pengilang. Disebabkan kilang itulah paling murah dikalangan kilang lain, maka kadangkala 10-15 peratus barangan rosak adalah satu perkara biasa.

Contohnya, jika anda menempah 1,000 item, 10 peratus iaitu 100 daripadanya rosak semasa tiba di tangan anda. Maka, kos kehilangan itu perlu ditampung pada produk anda yang berkondisi elok.

Selalunya, 10 peratus kerosakan itu bukanlah kerosakan penuh (full defect). Cuma apabila disebut reject, orang tidak mahu membeli barangan reject!

Maka, banyak barangan yang reject itu kami jadikan spare part kerana ada beberapa bahagian dalam produk yang reject itu masih elok.

Jika terdapat barangan yang kami jual rosak dalam tempoh warranty yang diberikan, kami akan meminta produk itu dikembalikan dan kami sendiri akan membaiki dengan menggunakan part-part yang masih elok daripada barangan defect digantikan kepada produk pelanggan yang rosak.

Itulah caranya mengurangkan risiko dan tidak membuang sepenuhnya produk yang defect. (tengok jenis barang lah, kalau barang tu memang tiada bahagian spare, apa boleh buat, haha)

Sekian,
Wan Mohd Syazwan