Tips percuma pelaburan tanah
Hello pembaca SaifulSham,
Setelah seminggu UrusHartanah.com dilancarkan, sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. (Tidak kurang juga ada yang cuba mempertikaikan bidang pelaburan tanah, tidak apa, portfolio yang ada speak for itself)
Baiklah, disebabkan ramai berminat untuk tahu banyak mengenai pelaburan tanah, jadi setiap minggu, saya akan cuba menulis satu tips dalam pelaburan tanah di SaifulSham.
Tidak apa jika anda belum dapat menceburi bidang ini, tetapi sekurang-kurangnya, anda berpeluang belajar tips daripada yang pakar secara percuma.

Untuk tips hari ini adalah berkenaan tanah pusaka.
Ada pembaca yang memberitahu saya bahawa bahaya jika kita melabur dalam tanah pusaka.
Jawapan sebenar untuk soalan ini adalah tidak bahaya dengan syarat tanah pusaka itu telah selesai pembahagiannya.
Sebelum itu, marilah kita kaji dahulu apa maksud sebenar tanah pusaka. Untuk memudahkan pemahaman, saya berikan satu situasi seorang lelaki yang memiliki sebidang tanah. Apabila lelaki ini meninggal dunia, tanah tersebut untuk diwariskan kepada 2 anaknya.
Setelah selesai pembahagian tanah tersebut kepada 2 anaknya, kini tanah tersebut boleh dibeli anda seperti biasa. Anda boleh membeli sebahagian tanah daripada seorang anak terbabit atau keseluruhan tanah daripada kedua-dua anak si lelaki terbabit.
Sebenarnya, kebanyakan tanah yang dilaburkan oleh UrusHartanah.com adalah tanah pusaka (yang selesai pembahagiannya).
Oh ya, apapun, tanah pusaka pun mestilah memenuhi kriteria pelaburan seperti lokasi, permintaan, dan harga.
P/S: Anda boleh menonton video portfolio pelaburan UrusHartanah di sini. Banyak lagi video akan ditambah sebagai membuktikan pelaburan tanah lebih lumayan daripada pelaburan lain. Secara relatifnya ,kebanyakan pulangan yang biasa diperoleh pihak UrusHartanah.com adalah 100 peratus setahun (pulangan ini memerlukan kepakaran melabur).
P/SS: Dapatkan banyak tips pelaburan tanah di UrusHartanah.com. Jangan lupa untuk mendaftar disana.
P/SSS: Laman web jualan Iphone bakal menemui anda dalam masa terdekat, Jeng,Jeng,Jeng


January 16th, 2008 at 8:30 pm
Saya masih kurang lagi pengetahuan ttg pelaburan hartanah nie…
Saya tertanya2 apakah yang dimaksudkan dengan bahaya dalam pelaburan tanah pusaka?
bahaya kerana ada potensi kerugian atau apa?
January 17th, 2008 at 12:11 am
orang kita cepat melatah bab2 makan harta pusaka ni ( walhal ada yang berebut sakan dengan tanah sekangkang kera )…So, kalau tanah tu masih belum lagi selesai pembahagian, mana boleh main jual beli tanah tersebut. Saya fikir hafidz boleh fikir apa hukum makan harta orang lain ( tambahan harta pusaka /lagi parah harta anak yatim )…
itu yang terlintas di fikiran saya la..nanti saya balik cek balik bab2 harta pusaka ni…
January 17th, 2008 at 8:40 am
Betul kata naem. Sesebuah tanah yang masih diperingkat pembahagian (belum selesai) tidak boleh dijual beli melainkan setelah selesai urusan pembahagian dan pemilik (2 orang tadi) memiliki geran atas nama masing-masing.
p.s : Tahniah kerana sudi berkongsi tips hartanah setiap minggu. Saya pasti akan mengikuti perkembangannya!
January 17th, 2008 at 10:16 am
melabur dalam tanah pusaka ni kene ke dapat persetujuan smue yang terlibat dalam pecah tanah tu? atau just perlukan persetujuan pihak yang mendapat bahagian tanah yang kite nak labur?
perr.. mesti orang pejabat tanah peningkan handle kes2 tanah pusaka..
January 17th, 2008 at 5:25 pm
Syia, kita beli daripada pihak yg dpt bahagiannya. Kalau semua pihak nk jual, lagi bagus!
Sbnrnya, pengalaman kami, tidak ramai pewaris hendak membangunkan tanah pusaka mereka. Mereka hanya tahu jual sahaja untuk mendapat wang.
Kata orang, enjoy life to the fullest. Tp akhirnya, selepas habis duit tanah pusaka itu, what left? Nothing dan kembalilah merempat spt biasa.
Kalau yg pandai gunaka wang utk perniagaan atau utk pelaburan tu lainlah ttp kebanyakan daripada manusia tidak begitu.
January 17th, 2008 at 6:38 pm
satu tips yang bagus dalam mencari perlaburan dalam bidang hartanah.. semoga pihak saifulsham terus menyediakan tips-tips yang berguna dalam bidang perlaburan hartanah di masa-masa akan datang..
Demi menjamin kehidupan kite dan generasi kite di masa hadapan..
January 18th, 2008 at 11:29 am
Pergh.. Tgk portfolio tu ‘meleleh’ juga air liur ni. Hehe.. Tapi yg pasti, bidang ni memerlukan kesabaran kan?
January 19th, 2008 at 5:40 pm
Zul, paling penting adalah kepakaran. Dan make sure, duit invesment bkn duit yang anda akan gunakan dalam tempoh pelaburan.
Jika sebab melabur terpaksa makan pasir, tk perlu dlu. Kumpul modal.
Kesabaran pn penting tp pelaburan ni selamat berbanding pelaburan lain spt saham, unit amanah.
May 22nd, 2009 at 9:25 am
memang meleleh kalau dilihat pada keuntungan atas kertasnya.
tetapi perlu diingat riskonya. betul kata wan. pastikan duit pelaburan bukan duit perbelanjaan keperluan kita.apa-pun jgn mudah terpedaya dengan keuntungan.ambil sikap berhati-hati, buat kajian mendalam tu lebih berguna kepada bakal pelabur2 hartanah.
September 14th, 2009 at 11:43 am
satu perniagaan yang menguntungkan. cuma ia mengambil masa yang lama dan kajian yang lebih mendalam. mungkin saifulsham sudah arih tentang perkara ini.
dari segi risiko untuk pecah sempadan dan tukar syarat tanah. kene semak dengan rancangan tempatan daerah tersebut. ada laluan keluar masuk yang sah. saya pernah menerima permohonan tukar syarat dan pecah sempadan yang terpaksa ditolak akibat masalah-masalah teknikal yang kemungkinan besar tak mungkin dapat diselesaikan walaupun sekarang telah diwujudkan lembaga rayuan di jpbd negeri. seterusnya pembeli yang menanggung akibatnya. tanah susah untuk dijual kembali atau tak dapat dibangunkan.