Salam Hormat Pembaca Budiman,

Saya rasa untuk post kali ini, tak dapatlah saya nak post pendek-pendek. Terlalu banyak insan-insan menarik dan perkara yang menyeronokkan saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hari Ahad lepas. Hari yang ajaib dalam hidup saya.

Ajaib kerana saya rasa seperti baru lepas buat pembedahan plastik. Kiri, kanan, depan, belakang orang cakap saya hensem. :)

Oh ya, pada hari Ahad lepas saya telah ke Bukit Jalil Golf & Country Club untuk gathering WC yang sangat best dan menyeronokkan.

wangcybergatheringgl7 

Pertamanya, terima kasih kepada Shuth (pengasas WC) kerana telah berjaya menganjurkan gathering yang meriah ini. Dengan kejayaan menganjurkan gathering ini, WC telah berjaya meletakkan dirinya di antara komuniti-komuniti utama di Malaysia ini.

Kedua, saya lebih santai dan relax sangat di perjumpaan ini. Maklumlah sebelum ini saya banyak menjadi penganjur. Menjadi penganjur dan peserta, jadi peserta memang seribu kali lebih best. :) Tahniah sekali lagi kepada Shuth (juga penulis buku Rahsia Blogger). Dan sesungguhnya saya rasa Shuth dah berjaya mengatasi fobia kebanyakan orang yang takut2 untuk melakukan public speaking. Not bad ucapan perasmian Shuth. Terima kasih juga kepada En Farid Sulaiman, co-author Shuth yang membantu dalam pengendalian majlis dan MC yang lively.

Ok seterusnya, siapa yang saya jumpa.

Antara orang yang pertama saya jumpa adalah Cikgu Maizul dan En Afzai Afandi. En Afzai saya tahu orang Ipoh, tetapi saya terkejut En Maizul juga dari Ipoh. Saya ingatkan Cikgu Maizul dan Hasrul (seorang lagi veteran WC) satu geng dari Johor.

Kepada En Afzai, kek NR Yummie tu boleh buat delivery ke seluruh Malaysia tak? Kalau ya nak tempah.

Oh ya, bercakap mengenai orang yang hadir, saya pasti gathering ini akan lebih meriah jika ada 2 orang hero WC, Zul Smartusaha dan Sham Raja Adsense. (Amboi Sham… tak padan dengan baru kahwin, semua blog hang komen ya… betul ke baru kahwin ni? Kalau saya kahwin, internet saya tak sentuh sebulan :p ) En Farizal pun miss gathering kali ini. Syia, Fai tanya-tanya dah tu. :)

Saya juga berjumpa dengan En Fauzul, pengurus PTS Milenia. Jika anda tidak tahu En Fauzul juga adalah pemilik E-Kedai.net . Sebuah online bookstore yang aktif di Malaysia.

Satu perkara saya respek dari dahulu sehingga sekarang mengenai En Fauzul, pembahagian masa beliau sangat tip-top. Beliau adalah pengurus penulis2 bestseller, penerbit buku indie, pemilik perniagaan internet, pemilik ladang kambing dan tidak lupa blogger kepada beberapa buah blog berkaitan penulisan yang popular di Malaysia.

Beliau buat semuanya sekaligus dan semuanya berjalan dengan baik. Saya sentiasa cuba mengorek rahsia time management beliau. Dengar khabarnya, bulan Januari nanti beliau akan kongsi sedikit. Kalau anda rasa hidup anda banyak masa terbazir, tanya sendiri En Fauzul petua beliau.

Saya juga berjumpa dengan Deen, salah seorang protege SaifulSham yang menjalankan servis translation. Oh ya, Kak Azaliha juga “Iron Lady yang boleh berjalan di atas kaca”.

Sedang saya berbual-bual dengan Bitol dan Noorizam Shah (penulis Ebook Kuasa Lelong dan pemilik Pelamin.net) yang pada pendapat saya sangat seiras.

Yang menarik mengenai perjumpaan WC ini, nama website lagi glamour dari nama tuan punya website. Jika anda memperkenalkan diri, Contoh: “Saya Najib… Orang akan berkata, “Oo…”

Tetapi bila sebut, “Saya Najib Monakas.com”

Orang akan berkata, “Oooooo…. Monakas.com tu… Ini En Najib owner dia tu rupanya. Ada iras-iras En Tazilan sikit”

Begitu juga antara pengomen tegar SaifulSham yang saya jumpa (alumni UTP juga), Cik Rawaida yang bila beliau memperkenalkan diri saya terus sebut “Ohh… Waidakmy tu ya?” Walaupun berbelit, tetapi itu lebih memorable.

Jadi next time anda menyertai perjumpaan webmaster-webmaster, jangan lupa highlight kan nama website/nickname anda. :)

Saya juga sempat bertukar-tukar pandangan dengan Irwan Dahnil & Zamri Nanyan mengenai projek-projek terbaru mereka dan cilok sedikit idea untuk diapplykan di bisnes kami sendiri. Oh ya, Abg Zamri lagi 4-5 bulan, kalau nak upkan iPhone tu jadi 3G, contactlah kami ya. :)

Saya juga bertemu dengan Abg Bad atau Badruzamani (lebih glamer rasanya bang. Tak nak tukar “brand”? )

Tidak ketinggalan En Bagak yang saya ingatkan baya-baya saya di online, tetapi rupanya lebih senior. Mawardee pula saya ingatkan tua sedikit dari pada saya cuma berbeza setahun. Sempat juga bertanyakan mengenai strategi PPL yang dilakukannya baru-baru ini. Beliau tidak lokek untuk berkongsi. Memang seronok bersembang, seolah-olah telah lama kenal.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Gobala Krishnan yang telah menghadiahkan saya buku beliau, “The New Millionaire”. Dalam proses pembacaan, sangat menarik dan gaya penulisan Gobala tak ubah seperti Lydia Teh. Sangat senang untuk orang Malaysia sejati seperti saya faham.

Salam perkenalan juga kepada En Syukri dan Catzer (tak sabar tunggu gambar nih.. hehe…)

Dan akhir sekali, kepada dua jejaka hensem yang sentiasa tersenyum. Labanon yang kesunyian tanpa Zhafran (Oh Zhafran, sampai hati kau buat Labanon tersesat-sesat di Kota KL). Dan Fai, yang setia memerhatikan dari belakang aktiviti gathering kali ini. Come on Fai, saya rasa Fai ni boleh jadi Malaysian, David De Angelo. Stail bercakap dia cool dan mistik aje.

Ok, saya rasa bisnes kad di kocek saya telah habis dikeluarkan. Terima kasih banyak-banyak atas pujian ikhlas (ke tak?) ;) anda mengenai kehenseman saya. Anda membuka mata saya mengenai potensi tersembunyi saya (sob… sob… sob-terharu) :)

Kepada Amirol, tak dapatlah kad bisnes tu. Tak sempat sembang lama. Untuk AbooAin, avatar ada iras-iras. Gambar waktu muda ya? :)

Oh ya, tidak lupa juga terima kasih kepada bro Irfan Khairi yang berkongsi tips yang membuatkan ramai berfikir. Kepada Kartunis Ubi yang saya nak sangat jumpa tetapi waktu jumpa saya “miss”. Isy3… Sedey betul sebab kartun “Budak Hostel” bro lah sebenarnya antara sumber inspirasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan masuk asrama penuh.

Kepada Azuwan, next gathering jangan segan-segan lagi eh. :) Kepada Cimok dan Hafiz Peng-U juga, ku ingat kalian teman mesra, rupanya pun kali pertama jumpa ya. :)

Lagi kepada bro Osman Affan, terima kasih kerana set tempo untuk forum dengan nice. Oh ya, Abg X, ku ingat kamu. Abg X di dunia nyata sebenarnya sangat kemas dan berhemah tinggi. Jauh sekali dari karakter onlinenya yang memegang rekod “Kick Terbanyak” WC. Respek. :) Begitu juga nemesis Abg X, Alang. Walaupun berwajah serius dan penulis emel yang ringkas dan padat, di dunia nyata Alang sebenarnya pandai melawak dan berborak.

Din Beramboi, Kak G (dapat tambah koleksi tshirt WC ya Kak G) :)

wangcyber-gathering-2008_007

Thanks for a ‘hot’  and wonderful afternooneveryone! :)

 

Sabri