Hello pembaca SaifulSham,

Tajuk diatas bukanlah bermaksud rancangan TV3, 360 ataupun sejenis konsol Xbox 360. Tengok nombor pun dah tahu 365!

Tips hari ini ringkas sahaja. Saya tidak mahu panjang-panjang sebab saya berkobar-kobar membantu Sabri dalam menyahut cabaran untuk menulis di SaifulSham setiap hari walaupun dengan pos-pos yang pendek.

Pernah diadakan satu kajian dalam mencari keberkesanan terbaik Sales Letter. Antaranya adalah meletakkan tempoh jaminan.

Memberi jaminan selama seminggu adalah baik.
Memberi jaminan selama sebulan adalah lebih baik.
Tetapi memberi jaminan selama setahun (365 hari) adalah yang terbaik.

Akan tetapi, memberi jaminan sehingga 3,4 tahun dilihat agak janggal dan kadangkala boleh disifatkan karut oleh bakal pembeli (sebab minda pembeli akan memikirkan selalunya susah untuk perniagaan itu bertahan selama tempoh tersebut).

Jadi, jika anda menjual produk berasaskan ebook, letakkan jaminan 365 hari! Tak percaya? Cubalah sendiri.

Sekian,
Wan Mohd Syazwan