6 kriteria idea bisnes
Hello pembaca SaifulSham,
2,3 minggu kebelakangan ini Team SaifulSham sebenarnya dalam keadaan memerah otak untuk mencari bisnes baru selain mengekalkan sedia ada bisnes lama. Sebenarnya ada banyak yang bermain dalam fikiran kami tetapi sekarang kami sudah “membeli” filter (penapis) untuk idea-idea bisnes baru.Haha
Kalau anda hendak tahu, sekarang semua idea kami perlu memenuhi kriteria berikut:
1) Terbukti
2) Boleh diuji
3) Kesenangan
4) Hasil yang boleh dijangka
5) Faedah berpanjangan
6) Relevan

Mana dapat kriteria tu?
Haa…Adalah. Belajar dan membacalah. Sebab tu kena banyak membaca. Hehe
Ok, baiklah, hanya idea yang memenuhi semua kriteria diatas sahaja yang membolehkan kami untuk proceed. Untuk memberi anda betul-betul faham, berikut saya buatlah sedikit penerangan.
1) Terbukti
Maksudnya pembeli begitu desperate atau mempunyai specific need
produk yang boleh ditawarkan sebagai contohnya seperti seks, wang, kegembiraan, kesihatan dan lain-lain.
2) Boleh diuji
Boleh diuji seperti dgn PPC untuk mengetahui viability.
3) Kesenangan
Mudah untuk dilaksanakan. Sebagai contohnya, produk dan website boleh
disiapkan dalam masa sebulan. Kalau lama sampai 2,3,4 bulan, kami akan ketepikan dahulu idea tersebut.
4) Hasil yang boleh dijangka
Hasil daripada niche tersebut boleh dijangka. Selalunya anda boleh tahu dengan melihat kepada kepada penjual lain dan produk sedia ada di pasaran.
5) Manfaat berpanjangan
Mesti mempunyai back end produk serta sales funnel. Jangan fikirkan 1 off sahaja jualan anda.
6) Relevan
Relevant kepada kekuatan yang anda miliki. Maksudnya boleh dileverage dengan
pengetahuan sekarang atau kekuatan dalam niche sekarang untuk niche baru tersebut.
Bagaimana? Susah kan?
Sebenarnya tidaklah sukar jika anda duduk dan mengambil masa untuk menyenaraikan idea-idea dan buat tapisan untuk 6 kriteria diatas. Walaupun 6 kriteria diatas nampak agak mengada-ngada tetapi sekurang-kurangnya, anda boleh menapis idea anda.
Bukanlah semata-mata mendapat idea dan terus implement. Jika anda tidak mencukupkan syarat 6 kriteria diatas, ada kemungkinan anda akan membazir banyak masa dan tenaga membuat sesuatu yang tidak memberikan pulangan yang setimpal.
Fikir-fikirkan.
Wan Mohd Syazwan
P/S: Saya dan Sabri sekarang ini juga sedang menghabiskan sebuah lagi buku baru. Dateline adalah minggu ini. So, jika pos tidak terupdate, jangan marah ye.


February 2nd, 2009 at 2:48 pm
em..sebelum kita mempromote pada orang lain..pastikan benda itu releven dan memberi income kepada mereka dan juga kita. mesti uji credibility dulu kan
February 3rd, 2009 at 5:49 am
Salam. Zaman ekonomi gawat ni saya pikir bisnes internet memang satu langkah yang bijak. Terukan usaha anda team saifulsham.
http://www.perniagaaninternet101.com/index.php?ref=9993
February 3rd, 2009 at 4:21 pm
Kalau dapat memerah otak sehingga terkeluar idea dan boleh diaplikasikan sehingga menjadi usahawan berjaya ..orang tersebut bukan calang-calang. Saya kagum dan solute..
http://www.newforexaccount.blogspot.com
http://www.duitmudah.com/?id=kirin77
February 3rd, 2009 at 4:24 pm
Jika dapat berfikir sehingga tercetus idea yang boleh menarik minat memang cukup bagus. Untuk yang takde idea terpaksalah gunapakai idea yang sudah sedia ada. Cuma ubah sikit jer.
http://www.newforexaccount.blogspot.com
http://www.duitmudah.com/?id=kirin77
February 3rd, 2009 at 6:22 pm
Terima kasih Syazwan, kongsi ‘filter’ idea. Pastinya membantu. TQ
February 3rd, 2009 at 7:11 pm
Point yang boleh diuji yang paling best tu.
Cuma, nak start menguji tu perlukan pengetahuan
asas yg kukuh, lebih-lebih lagi nak guna PPC.
Kalo ada panduan ringkas tentang ni, lagilah
baik.
February 4th, 2009 at 7:37 am
Lagi best kalau boleh rekomen sekali buku yang boleh dijadikan rujukan.
Buku apalah yang Syazwan dan Sabri tengah baca ye?
February 4th, 2009 at 9:20 am
Halo.
Kalau berbniaga rumah sewa kena guna 6 langkah jugak ke?
Rumah sewa kira bisness jugak ke?
Apa bisness yang boleh dibuat zaman gawat ni?
February 7th, 2009 at 1:15 am
Play Audio Comment
Suara Misteri Nusantara kembali lagi…
February 7th, 2009 at 7:44 am
Rasanya bisnes makanan berpotensi dalam kegawatan ekonomi ni.Benda lain orang bleh kurangkan perbelanjaan.Tapi industri makanan memang takkan kurang permintaan.
February 8th, 2009 at 12:28 am
Salam,
6 kriteria ini boleh dikatakan relevan sebab ia umum.
Sebagai contoh, saya berikan dalam kriteria rumah sewa:
1) Terbukti
Kita kena cari rumah sewa yang sudah berada di kawasan
yang confirm ada permintaan. Kalau kita nak beli di kawasan
baru, boleh memang boleh tapi sukar.
2) Boleh diuji
Boleh diuji seperti kita round kawasan tu lihat banyak tak
papan tanda rumah kosong atau tak. Kita boleh survey kejiranan tu untuk tahu market price dan rental price.
3) Kesenangan
Senang tak nak dapatkan rumah sewa di kawasan tu pada
harga yang okay untuk kita? Tak guna juga kita tahu kawasan
itu “hot”, tapi semua hartanah di situ mahal.
4) Hasil yang boleh dijangka
Berdasarkan point 2, kita boleh agak berapa return atau pulangan sewa yang kita boleh dapat?
5) Manfaat berpanjangan
Leasehold or freehold?
Dan adakah kitaran sewa yang kita akan dapat berpanjangan? Adakah rumah tersebut di depan kawasan lapang? (yang mungkin akan dibina pusat pembentungan yang mengakibatkan harga drop?)
6) Relevan
Adakah ia relevan dengan kita? Kita kena tahu model kita (rental, appreciation, etc) dan adakah ia sesuai dengan model kita.
Contoh lagi:
Kalau ijamidayu nak start berniaga dalam industri makanan, measure dengan 6 point ni. Antara salah satu point yang penting adalah point 3. Adakah ia senang? (senang dibuat dan senang di pasarkan)
Ok, lebih jelas kan sekarang cara penggunaannya?
Sabri
February 8th, 2009 at 11:48 am
Ya, Membaca buku boleh meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan idea kita..
apa yang kita baca itulah dunia pemikiran kita…
December 11th, 2009 at 6:56 pm
betul tu thinkerich..dengan membaca kita boleh mengeluarkan idea-idea yang bernas..
July 16th, 2010 at 5:28 pm
saya pun tgh pening ni .banyak sangat idea sampai tak tau nak buat mana satu.support dari family pun kurang.mybe parents saya tak faham kot aper tu internet biz.anyway kita semua kena terus berusaha .ok!!