Antara cara untuk berjaya dalam bisnes internet
Hello pembaca SaifulSham,
Anda mesti setidak-tidaknya mahu tahu, apakah buku atau modul-modul course yang dibaca SaifulSham.
Berapakah bayaran modal yang dikeluarkan untuk membeli buku-buku atau modul-modul course oleh kami?
Sebenarnya bukan semua kami dapat dengan membayar wang. Ada cara hendak dapat free!.
Jeng,jeng,jeng…..
Antara tempat kami menimba ilmu secara percuma adalah melalui industrial training. Jujurnya, saya tidaklah (sebab saya mengambil jurusan kejuruteraan) tetapi Sabri ya!
Haaa…..mari saya ceritakan sedikit perkara ini (Sabri sebenarnya suruh saya tutup mulut,kui,kui).
Sebelum Sabri membuat industrial training bagi memenuhi syarat untuk mendapat degree, saya dan beliau banyak berbincang syarikat-syarikat yang boleh dimanfaatkan Sabri untuk kebaikan perniagaan internet SaifulSham. Antaranya termasuklah syarikat produk fizikal yang terdapat di Singapura serta syarikat gergasi dalam e-commerce solution di Malaysia dan banyak lagilah.
Contoh yang boleh saya sebut adalah E-OneNet syarikat Fiona Tan.
Pilih punya pilih, akhirnya kami berdua membuat keputusan untuk mencari syarikat internet marketing. Selepas itu, bermulah pencarian Sabri dan kebetulan terdapat sebuah syarikat internet marketing yang sangat berjaya di Malaysia yang tidak diketahui ramai orang.
Sabri pun menghantar resume nya terus kepada CEO syarikat terbabit. CEO tersebut terus menelefon Sabri (disebabkan resume yang meletup dan mantap kot) dan berminat untuk membuat temuduga. Dipendekkan cerita, Sabri diterima oleh syarikat internet marketing yang 95 peratus pekerjanya adalah mat saleh dan minah salleh.
Cerita belakang tabir
(paragraf ini saya delete. Over sungguh Syazwan nih! skandal2 plak
)
—————————————————————————————
Dan syarikat ini adalah syarikat yang membuat jualan jutaan dollar setahun dalam B2C market.
Baiklah, berbalik kepada topik. Apa sebenarnya yang hendak dikatakan saya dalam cerita di atas adalah disanalah tempat kami menuntut ilmu secara percuma. Walaupun saya tidak mendapat faedah secara langsung, tetapi banyak yang saya belajar hasil dari perkongsian ilmu dengan Sabri.
Hampir setiap hari saya meminta beliau ajarkan saya perkara-perkara baru yang belum pernah kami praktikkan dalam bisnes kami.
Ya, walaupun kami mempunyai perniagaan internet sendiri tetapi kami tidak pernah membeli produk-produk atau tools perniagaan internet kami sehingga kos USD10,000 dan 20,000. Caranya untuk mendapatkannya atau memanfaatkannya adalah melalui industrial training.
Bunyinya seperti menjadi kuli batak. Tetapi sebenarnya tidak. Seperti Sabri, disebabkan pengalaman beliau dalam perniagaan internet, beliau tidak diberikan tugas seperti seorang student training.
Haaa….apakah tips yang anda boleh dapat melalui tulisan saya hari ini?
Saya tidak lah mahu menyuruh tetapi saya rasa idea ini relevan, iaitu jika anda ingin maju dalam perniagaan internet dengan cepat dan pantas, antara caranya adalah dengan membuat industrial training dalam syarikat perniagaan internet juga. Anda akan belajar banyak perkara.
Tetapi sudah tentu bukan sebarang orang boleh membuat training. Tetapi pada saya mahupun Sabri, anda boleh memohon jika anda sudah mempunyai asas dalam perniagaan internet. Hendak-hendak lagi jika anda sudah mengeluarkan produk sendiri seperti ebook dan menghasilkan jualan dari laman web, affiliate, ebay dan sebagainya.
Itu boleh dijadikan resume anda.
Satu lagi, apabila anda membuat industrial training, janganlah sekadar mencukupkan tugas yang diberi. Kaji apa yang dibuat oleh syarikat terbabit dari segi struktur syarikat, kaedah marketing, dan macam-macam lagi. Itulah yang kami buat~~
Proaktif dalam pembelajaran dan diakhir waktu industrial training, anda akan mendapat banyak manfaaat secara percuma.
Sekian,
Wan Mohd Syazwan
P/S: Sebenarnya saya yang suruh Sabri carikan calon untuk saya


February 4th, 2009 at 11:51 am
Saya sangat bersetuju dengan artikel di atas…Mungkin pada permulaan kita akan kelihatan seperti kuli batak tetapi yakinlah, pengalaman yang diperoleh hasil daripada pelaksaan kerja semasa kita masih menjadi kuli batak dapat menjadi batu loncatan kepada kita untuk lebih maju ke hadapan jika betul cara dan matlamatnya…Terima kasih atas pengkongsian pengalaman…Saya akan menerapkan dalam kehidupan seharian…
February 4th, 2009 at 12:45 pm
aik..mana post aku?
ke?
February 4th, 2009 at 1:00 pm
Mr. Z: No comment.
February 5th, 2009 at 5:15 am
Syazwan,
Nampak macam Kuli batak tak apa!
Yang PENTING kita nampak MANFAATNYA dan memperolehi sesuatu yang berharga…!
Bekerjalah untuk belajar bukan untuk wang semata-mata
Salam kekayaan,
THINKERICH
February 5th, 2009 at 2:43 pm
Bagus betul post kali ni…banyak nak kena tau lagi ni
February 5th, 2009 at 4:38 pm
Wow! Apa yg Sabri buat ni hampir sama mcm cerita, Edward C.Barnes nak buat partnership dgn Thomas Edison.
Think Rich, Grow Rich!
February 5th, 2009 at 9:03 pm
ish..
mane nak cari syarikat perniagaan internet nih..
hantar resume kat saifulsham boleh??
February 5th, 2009 at 10:10 pm
ko lupe satu bnde, internship jgk la tmpt student utp dpt pointer 4.00..kalo mse intern tu buat betul2 besar kemungkinan akan ditwrkan kerja kt syarikat tu jgk..itu kelebihan intern ni..(“,)
February 6th, 2009 at 11:15 am
hhmm…. bijak..bijak…
Tak rugi jadi protege saifulsham. Dapat ilmu tempiasnya kat sini pun dah cukup best
February 6th, 2009 at 4:04 pm
bangga aku ade dak UTP camnih..
budak2 lain sibuk main DOTA, korang dah sukses..
aku selalu nampak korang kat UTP tp segan nak tegur..
hehehehe..
February 8th, 2009 at 12:21 am
Kalau yang dah bukan student macam mana? Bagi idea sket…
February 8th, 2009 at 1:40 am
hasil keluaran UTP yg mantap ni….rugi…zaman U dh berlalu…zaman bekerje dahh…
….macam ashraff ty…ape tips nye?:D
February 8th, 2009 at 11:39 am
Ya, Membaca Buku mengembangkan idea dan juga pengetahuan kita
February 18th, 2009 at 7:31 pm
Bila dah terkenal macam team saifulsahm ni, mesti ramai yang menanti bakat yang luar biasa ada pada kalian.
February 19th, 2009 at 4:23 pm
Hmm.. mcm2 tau je nama company ni
.. oh well.. takpe la ..maybe one day Sabri akan ceritakan. Memang students zaman sekarang mempunyai peluang yang lebih luas dalam industrial training mereka.
Pada students2 yg membaca post ni, apa yang berlaku sekrgh, abang telah lihat di US masa abg belajar awal 90an dulu. Jadi, untuk industrial training, ada 2 petua – think out of the box tentang tempat praktikal anda dan do the best you can bila dah berada di sana. Bagi saya, itulah summary post ini.
ps / den tak boleh ambik industrial training, training sendiri la ye ..
February 23rd, 2009 at 2:52 pm
Anak….. saya ni dah berumur 56 tahun,
Walau pun saya dah berumur lanjut tapi minat saya dengan IT bagitu mendalam, saya teringin sekali menjadi blogger yang d’kenali, klau x terkenalkan pun, saya boleh membuat blog dengan memuaskan, saya harapkan anak dapat memberi panduan kepada saya.
tq
April 12th, 2009 at 10:59 pm
waaa..tak penah singgah site neh..sibuk dok tekan clickbank.tup!! kuar website neh..n bacela komen cket2..memandangkan i minat bisnes n duit hehe..so..this website look useful for me..n surprisingly! u all UTPian! owh my! same la ngan i..tapi i foundation july 06..err..u all my senior?
April 14th, 2009 at 9:55 pm
betul3x
April 14th, 2009 at 10:03 pm
kata-kata yg memberangsangkan…sambil menyelam minum air,
sambil bekerja kita menimba ilmu didada..
betul..saya pun setuju sgt2 dgn Thinkerich,
di mana ada buku disitu ada Ilmu,
ade sesaper nk belajar buat duit dgn sifu,skrg sifu sibuk buat buku baru,berminat? klik kat sinie- tambah ilmu n dpt duit
klu ader yng nak belajar buat duit dengan affliate sila ym light2629@yahoo.com @ sifu saya jutawan7yakuza@yahoo.com
kawan saya pernah ckp,rugi belajar~ habis duit, tpi dia xtahu
makaceh..
‘duit,kita terpaksa jaga dia..tapi ilmu, dia yng akan jaga kita’
April 14th, 2009 at 10:12 pm
tambah ilmu n dpt duit
November 11th, 2009 at 1:14 am
maaf ya sebab sy kureng setuju ngan artikel di atas. nak berjaya ngan bisnes internet hanya satu je kite perlu belajar…marketing. cth internet marketing adalah
article writing,
PPC,
SEO, dan lain2.
jom g blog sy kalu nak tau kat mana nak blaja bende nie sume, xpayah nak kerje ngan org sebenarnye. maaf ye semua di saiful sham
December 7th, 2009 at 12:36 am
Ya…memang kalau setakat keluar modal je belum cukup untuk berjaya bisnes ni ..banyak kena belajar dan belajar..thanks to sifu jutawan7yakuza…
December 11th, 2009 at 9:20 pm
betul tu org atas..
walaupun ada modal kalu tanpa USAHA x jadi ape2 pun..