Kebelakangan ini, ramai yang melihat Sabri keseorangan. Dimana-mana sahaja, figure SaifulSham lebih menonjol ke arah Sabri sahaja. Ada suara nakal mengatakan, Syazwan kini bukan lagi ahli aktif SaifulSham.

Saya memahami tanggapan sedemikian terutama kalau dilihat pos di blog ini pun sudah didominasi oleh Sabri. Haha.Kemana sebenarnya saya?

Umum tahu, saya kini seorang jurutera di sebuah syarikat minyak & gas. Tetapi, saya tidak langsung melepaskan tanggungjawab saya terhadap perniagaan SaifulSham. Malah, saya masih mengetuai perniagaan produk fizikal SaifulSham dan bertambah sibuk mengimport produk-produk untuk diniagakan.

Tambahan lagi, buat masa ini, SaifulSham sudahpun mempunyai agen-agen offline tersendiri. Ketika ini, saya sibuk memberi tunjuk ajar kepada agen-agen offline untuk menjual produk di dunia luar, dan menambah syarat baru, setiap agen akan diberi sebuah laman web berbayar.

Usaha yang saya lakukan ini adalah untuk membentuk sebuah kumpulan perniagaan produk fizikal secara offline & online di Malaysia. Ketika ini, tidak kurang 10 agen-agen offline yang aktif memasarkan produk-produk yang disediakan SaifulSham.

Saya berikan anda hints. Salah satu cara pemasaran offline saya ketika ini adalah menaja agen-agen saya membuka booth dimana-mana pameran jualan sekitar Lembah Klang.

(Sesiapa berminat menjadi agen produk fizikal SaifulSham, sila hantarkan email kepada saya; syazwan@saifulsham.com)

Jadi, sampai sekarang saya masih sibuk dengan penjualan produk fizikal.

Sabri pula ketika ini sedang memasarkan produk digital berasaskan ebook,course & teleseminar di pasaran internet Amerika. Kami sedang membuat litmus test.

Jika penjualan produk digital ini mendapat sambutan, SaifulSham dibawah kelolaan Sabri akan membina team sendiri bagi menghasilkan produk digital & memasarkannya. Sudah pastinya, kami akan cuba mendapatkan orang-orang yang pakar dalam bidang masing-masing untuk menghasilkan ebook, course & teleseminar untuk kami.

Hoho. Itulah sedikit sebanyak tentang perkembangan SaifulSham buat masa ini.

Sekian,
W.M.Syazwan