Bermasalah Untuk Control Budget? Ini Satu Tool Percuma
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Selalukah anda mengalami masalah mengawal perbelanjaan (bajet)? Anda ingat hendak belaja RM XX untuk XX tetapi terbelanja RM XXX pula?
Saya pun ada masalah yang sama.
Tetapi bukan untuk semua perkara. Handphone, godaan yang saya boleh tahan. Kereta dan aksesorinya, saya boleh tahan. Merokok? Pakaian baru? Kasut baru? Apa sahaja saya boleh tahan.
Kecuali…
Makanan.
Ahaxz. (Oh saya nampak anda sedang tersengih-sengih tu dengan muka tak terkejut.)
Dan di KL ini pula ada banyak restoran pelik-pelik yang tidak ada di Ipoh ataupun Kuantan. Lagilah panjang kaki ini berjalan.
Patutlah ya semakin hari saya semakin hilang kemachoan akibat berbelanja terlebih untuk makanan. Saya kena buat sesuatu ni, grad tak lama lagi, nanti tak cantik gambar, dalam hati saya berkata. Ramai orang akan berkata, kawal lah makan. Diet.
Saya kenal sangat diri saya ni, tak ada gunanya kawal makan, kena kawal perbelanjaan barulah makanan tu akan berkurang secara automatik.

Jadi saya pun membuka Microsoft Excel dan belajar buat spreadsheet perbelanjaan. (saya tak pernah guna Excel sebelum ni, thanks kepada housemate yang mengajar)
Saya buat simple Excel file yang boleh membantu anda mengawal perbelanjaan makanan harian.
(Ia juga boleh diubah suai untuk mengawal perbelanjaan harian seperti transport, rokok, prepaid telefon dan apa-apa sahaja aktiviti harian. Sangat sesuai untuk remaja macho dan bergaya tetapi ada masalah mengawal belanja)
Berikut adalah beberapa frasa yang perlu anda tahu sebelum menggunakannya (yang paling penting adalah Run Rate).
Spending to Date: Berapa yang anda telah belanja untuk “aktiviti” tersebut setakat ini untuk bulan ini.
How Many Days Has Passed?: Berapa hari yang telah berlalu dalam bulan ini (contoh hari ini 6 April, jadi 6)
What is Your Budget: Bajet anda untuk bulan tersebut bagi aktiviti tersebut
You Can Only Spend This Much After This: Baki harian yang anda boleh belanjakan selepas ini untuk memastikan anda tidak terlebih bajet.
Run Rate: Jika anda terus berbelanja seperti sekarang, run rate adalah anggaran perbelanjaan total anda pada bulan tersebut untuk aktiviti tersebut.
Cara menggunakannya, simpan rekod-rekod perbelanjaan anda dan masukkan nilai-nilai berkaitan setiap hujung minggu. Lakukan sekali seminggu, lebih kurang 4 kali sebulan. Setiap kali anda masukkan nilai, ia akan memberi unjuran baru sama ada anda perlu kurangkan atau lebihkan perbelanjaan untuk menepati bajet anda.
Minor bug: Spreadsheet ni assume sebulan 30 hari. Ia akan miss beberapa ringgit untuk bulan dengan 31 hari, tetapi ia still ok. Tak menjejaskan overall purpose of the spreadsheet.
Good luck!
Sabri
On Food Control


April 6th, 2009 at 3:00 pm
hahaha nampaknya ada jugak orang yang sama masalah ngan saya. menda² lain buleh dikawal nafsunya … tapi kalo masuk bab try-menerai makanan terutama restoran yang baru dibuka … memang ler pantas kaki nih menuju menghabiskan duit. huhuhu … itu baru kat melaka, kalo dok KL … apa la nasib saya
thanks for sharing this!
April 6th, 2009 at 9:15 pm
Apa kata bro cuba pose Isnin dan Khamis….sekadar cadangan…
April 6th, 2009 at 10:46 pm
Play Audio Comment
Assalamualaikum.. Thanks for the tool.. Sesama la kita praktikkan dan kawal nafsu kita bro..
April 7th, 2009 at 8:43 am
haha.. thanks for the info Sabri. Tool yg baik dan boleh dipraktikkan. Makanan memang satu perkara yg sukar nak letak bajet hehe.. bila time terasa nak sesuatu tu pehh.. memang mencari bro..
April 7th, 2009 at 1:29 pm
rupe2nyer Bro Sabri pun xleh kontrol makan ek..
ingatkn saye jek…
pape pun, mekasih banyk krna berkongsi..
April 7th, 2009 at 8:22 pm
Pengawalan perbelanjaan memerlukan tahap kesabaran,disiplin dan teliti yang tinggi. Nafsu selalunya yang tidak dapat dikawal. Yangni perlu diutamakan dulu. Lepastu yang lain akan mengikut.
April 8th, 2009 at 5:26 am
he he..Oooh Sabri pantang jumpa makanan rupanya…kalau macam tu ikut style pantang orang bersalin je la …sure kurusnya.
April 8th, 2009 at 11:42 am
Err..Sabri …tak salah tu…cuma kena tambah bajet part ‘belanja makan’ lebih sikit
Dan kurangkanlah bajet telefon buah hati…hi..hi..hi
April 8th, 2009 at 11:44 am
Ya, ramai ada masalah ni sekarang.
Jaqueira, betul tu. Restoran pula banyak, boleh try sehari satu.
Kalau try weekend shj pula, memang full schedule setahun pun belum tentu habis.
Ijamidayu, tengah cuba ni. Nampak tanda dah dekat nak berjaya. (Tapi kena main tipu, 1 April tak kira, kalau tak memang dah overshoot, pastu weekend spjg bulan ni balik kampung. Mengelakkan godaan KL…hehe)
Kak Rahimah, pantang jumpa makanan sedap.
Makanan je boleh tahan lagi..hehe..
Dhiaqis. milsum, dhairaz, tau takpe…hehe
April 8th, 2009 at 11:49 am
Sabri..
Steak kat atas tu…
Mmmm..emm..memang mengiurkan..tak dapat nak dibayangkan betapa enaknya…
April 9th, 2009 at 9:08 am
ha..ha..
Sabri, kita sekapal – pantang jumpa makanan. Makanlah selagi sihat dan boleh makan.
April 11th, 2009 at 11:47 am
Terima kasih untuk perkongsian yang menarik. Disiplin penting. Kalau ada spreadsheet tapi malas nak guna, takdak hasil jugak kan. Hehe.
Nafsu makan memang susah untuk dikawal ya? Jom Sate Kajang!
April 12th, 2009 at 10:17 am
Sabri..selamat datang ke syurga makanan..hehe..kalu nak tahu banya tempat makanan menarik di KL tanyalah saya..
April 12th, 2009 at 2:17 pm
Ok… terima kasih atas panduan ini…
Juga layari http://www.prepaidmymode.com/?id=admin untuk menjana pendapatan sampingan anda.
April 13th, 2009 at 8:52 am
Makanan sedap mmg sukar di ‘resist.
Satu satunya cara adalah untuk berpuasa je
Tapi, makanan sedap ni boleh dijadikan
reward jugak setelah, lets say, siapkan satu
projek atau produk baru. Jadikannya sebagai
sumber motivasi, bukan musuh.
Sape2 yg ade masalah tu, silaalh baca blog post
saya terbaru mengenai cara lucu untuk melihat
masalah dari sudut berbeza – wlpun anda kuat
makan sekarang
April 13th, 2009 at 2:49 pm
Bab makan saya xde masalah, tapi isteri ler pulak.. teringin nak makan tu… makn nie… Kalau ada pembawaan tak taulah pulak.
April 15th, 2009 at 2:30 am
perkongsian yg menarik ni….
REGARDS,
-Muzri a.k.a Muyie -
Kamrie Corporation
+6012-6656874
add me @YM:- nameless_oilux
April 15th, 2009 at 2:31 am
to shahrani:-
aduh kesian bro…terpakse ikut isteri nk makan ape…huhu
April 21st, 2009 at 8:25 am
Salam,
Saya pernah cuba pakai spreadsheet ni, tp cuma mampu bertahan 2 bulan aje, hehe.. Nak pakai ni kena berdisiplin, kalau kejap key in, kejap lupa, lama2 hilang tujuan pakai spreadsheet ni..
April 26th, 2009 at 3:38 pm
huhu. nampak gaya. aku pun kene kawal makan gak nih..
May 3rd, 2009 at 7:00 pm
ye memang apa sahaja kena budget baru boleh berjaya insyaallah jadi jutawan
May 8th, 2009 at 3:40 pm
cuba bawak bekal utk lunch..dlm seminggu 3 kali pun dah cukup..dapat save rm180 sebulan..kalo minum kat kuar order air suam je…jimat beb…