Bila Rumah Tak Cukup Besar
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Pagi ini seperti biasa ketika menyemak emel-emel saya, saya ternampak emel Syazwan. Rupa-rupanya beliau BCC kan saya emel yang beliau hantarkan kepada reseller-reseller/ejen kami. (banyak rupanya, saya try juga suruh dia cerita macam mana dia pasang kaki “distributor” di SaifulSham, tapi dia banyak alasan). Oh ya, ini kami consider business offline ya, jadi leads dan distributor ni kebanyakannya bukan online based. Mungkin mereka kenal kali pertama dengan SaifulSham dan kredibiliti di bina di blog, tapi subsequent dealings berlaku offline (online hanya sebagai medium komunikasi dan tools pemasaran).
Mungkin ada di antara anda yang turut menerima emel ini, tetapi ingat. Details products mesti “black out” kalau anda hendak memberi komen. Ehem, ehem. Kalau ada reseller yang bocorkan, supply akan dihentikan!
Lessons Dari Emel ini:
1) Gunakan emel dengan baik. Setiap kali anda menghantar emel kepada sesiapa pastikan mereka tidak perlu reply balik bertanya soalan tambahan. Dalam emel ini, what, when, why di addresskan dengan baik oleh Syazwan.
Lagi satu macam kelakar pun ada bila Syazwan kata, sebab takut tak muat rumah. Ahaxz. A nice problem to have.
2) Lesson dari Syazwan: Memasang banyak kaki (distributor) dan merendahkan margin keuntungan supaya distributor turut sama dapat membuat untung adalah lebih seronok dan senang dari mendapat margin keuntungan yang tinggi (melayan kerenah distributor senang sikit dari melayan kerenah customer, kerana distributor sama-sama businessman).
3) Lessons dari Sabri: Apabila kita memasang ejen (affiliates), berikan sedikit tips, petua dan nasihat. Sedikit sebanyak libatkan mereka dalam decision making dan dengar kepada feedback mereka. Mereka adalah mata dan telinga kita di pasaran. Mereka yang berdepan dengan pelanggan (walaupun kita pun turut sama), tetapi pendapat yang mereka dengar mungkin berbeza dari kita.
Kesimpulan post hari ini: Internet adalah alat komunikasi. Ia boleh jadi komunikasi bisnes, komunikasi pemasaran dan juga komunikasi cinta. Kita bukan sahaja boleh mencari duit di Internet, tetapi nak cari cinta pun boleh.
Jadi, fikir-fikiran dan kembang-kembangkan bisnes anda okay!
Yang Benar,
Sabri
p/s: Oh ya, gunakan ruangan komen untuk memaksa Syazwan menulis lebih banyak lagi “pelajaran-pelajaran” yang beliau belajar dalam cabang yang tak berapa baru bisnes kami ini.



April 1st, 2009 at 9:38 pm
Wah… Idea sabri share nie..
Thanks bro…
April 2nd, 2009 at 12:30 am
Superb and quality tips dari saifulsham
April 2nd, 2009 at 12:54 am
macam2 idea bernas yg boleh di applikasikan dlm bisnes kite….
April 2nd, 2009 at 12:39 pm
Komunikasi dan pengkongsian ilmu dengan antara reseller memang penting….
April 3rd, 2009 at 1:10 am
Bukan setakat tips, petua atau nasihat sahaja yang diberikan pada agen malah profit pun kena lebih kepada agen..
April 3rd, 2009 at 11:09 pm
update sekali je dh terbayar sume hutang!
nice info bro…
April 18th, 2009 at 11:27 pm
nice info you give to me…thanks bro…