Salam Hormat Pembaca Budiman,

Pertamanya, post ini ditulis oleh saya, Sabri & bukannya Syazwan ya, walaupun Syazwan yang terlibat dalam industri minyak dan gas ini.

Soalan saya ini soalan yang saya berikan dalam bentuk analogi. Dan kami sudah berfikir lama dan dalam mengenai perkara ini. Sekarang saya akan utarakan kepada anda supaya anda dapat berfikir mengenainya dan mengaplikasikannya ke dalam perniagaan anda pula.

Sesebuah telaga minyak adalah satu sumber yang terhad. Jika di dalam telaga minyak itu ada 1000 liter minyak (contoh sahaja), selepas 1000 liter minyak itu habis dikeluarkan, maka telaga itu akan jadi kering kontang.

Seperti yang Syazwan ada ceritakan sebelum ini, ada beberapa cara untuk memastikan pengeluaran maksimum dan berterusan, iaitu dengan menambah baik teknologi supaya pengeluaran optimum dan kedua explorasi telaga minyak baru.

Telaga Minyak Perniagaan & Perniagaan Internet Anda

Dalam perniagaan, minyak adalah umpama pelanggan. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya, tetapi dalam ilmu perniagaan ada “customer life cycle” (kitar hidup pelanggan). Jika kita menjual pakaian untuk remaja sahaja, satu hari nanti remaja tersebut akan dewasa dan tidak akan memakai pakaian yang kita jual tadi lagi jika kita tidak turut ikut peredaran usia pelanggan.

trend-perniagaan-internet

Sebagai contoh, jika Syarikat Baju Afro menjual fashion “Alleycat” pada tahun 1975 dan berkembang dengan pesat dan jayanya, pada tahun 2005, mereka tidak boleh maintain menjual baju Afro lagi. Jika mereka hendak terus target pakaian remaja, mereka perlu jual baju hip-hop pula. Sebab remaja pada tahun 2005, itu citarasa mereka.

Jika mereka masih mahu terus menjual kepada clientele (pasaran) yang sama, mereka perlu menjual baju-baju yang lebih dewasa untuk golongan yang berumur.

Kedua-dua senario ini memerlukan perubahan.

Begitu juga dengan perniagaan internet anda.

Jika anda hanya menggali di satu telaga minyak sahaja, lambat laun minyak anda akan habis.

Interpretasikan sebagai jika anda hanya memasarkan dan menumpukan kepada pasaran yang sama, orang yang sama sahaja akan melihat anda dan menjadi pelanggan anda. Lama- kelamaan, golongan ini akan berada di hujung kitar pelanggan. (mereka sudah membeli atau memang tegar tidak akan membeli)

Dalam bahasa yang lebih jelas.

Jika anda hanya fokus kepada satu tempat atau satu sumber UTAMA pelawat/pelanggan ke laman web anda sahaja, perniagaan anda sebenarnya dalam bahaya.

Tempat ini boleh jadi blog, laman web, PPC, forum dsbnya

Anda perlu evolve untuk memenuhi keperluan mereka, atau anda perlu evolve untuk memenuhi keperluan pelanggan baru.

Berlegar-legar di lubuk sekarang mungkin mencukupi buat masa ini, tetapi bagaimana dengan 2-3 tahun yang akan datang?

Anda boleh mengaplikasikan 2 teknik yang sama untuk memanjangkan jangka hayat perniagaan anda:

1) Menambah baik teknologi dan sistem-Berapa ramai yang reinvest dalam bisnes secara signifikan dan berapa ramai yang buat? Berapa lama inovasi tersebut dapat menambahkan jangka hayat pelanggan?

2) Menggali telaga minyak baru- Menambahkan sumber prospek?

Dan, soalan ini lebih kritikal jika anda di umur seperti kami, bawah 30 tahun.

2-3 tahun nampak lama lagi, tetapi dengan kuasa internet, ia akan datang dengan cepat kepada anda. Percayalah. :)

Jadi, marilah berfikir!

 

Sabri
Usahawan Serius Berfikir (U.S.B)