Booth perniagaan offline pertama SaifulSham di KB Mall!
Hello pembaca SaifulSham,
Selepas merangka pelan beberapa minggu lepas, saya ingin mengumumkan bahawa booth offline pertama SaifulSham akan dibuka di KB Mall, Kelantan mulai 9 Julai 2009!
Booth kami akan masuk juga ke pasar raya besar di Lembah Klang mulai bulan Ogos.
Booth apa tu Syazwan?
Nak tahu, kenala datang dulu. Hehe.
Sebenarnya, pelan membuka booth telah lama saya utarakan kepada Sabri sebagai salah satu cara meluaskan pengaruh perniagaan SaifulSham. Walaupun saya akui, saya sendiri disekat kekangan masa menjadi seorang professional engineer, minat mendalam terhadap bisnes adalah sesuatu yang amat sukar untuk saya lepaskan.
Diam-diam saya tidak membuat update blog sebenarnya diisi dengan kesibukan menguruskan tempahan diinternet serta juga proses membuka kedai perniagaan sendiri. Untuk pengetahuan anda lagi, kami juga di peringkat akhir untuk menandatangani hak eksklusif sebagai pengedar dengan sebuah kilang bagi sebuah produk yang tidak terdapat lagi di Asia Tenggara. Semuanya saya jangka akan diselesaikan selepas bulan puasa.
Sekian, jumpa di KB Mall pada 9 Julai ini!
Wan M Syazwan
blog ditulis dari kapal Posh Bali
perairan offshore Joint Development Area (JDA) Malaysia-Thailand


June 21st, 2009 at 11:35 pm
Tahniah Wan atas pembukaan booth
Bagaimana nak kenal booth tersebut adalah booth Saifulsham ?
June 21st, 2009 at 11:58 pm
Cara nak kenal, haha saya akan umumkan dkt SaifulSham lokasi booth2 SaifulSham~
June 22nd, 2009 at 7:50 am
ha.. nanti bagitau ya.. sementara masih duk kat umah ni, boleh la gi usha booth kat KB Mall tu..
June 22nd, 2009 at 8:58 am
hebat nye ko
smbil2 kje engineer pon bule bsnes agi
kgum beb
June 22nd, 2009 at 12:08 pm
Diam2 sekali kuar pengumuman
boom sekali
erm…agak2 apa yang ada ye
nasib bek jauh
June 22nd, 2009 at 1:20 pm
one thing for sure, booth offline SaifulSham adalah di tempat-tempat yang crowd ramai especially pasaraya & mall besar.
Lembah Klang, kami sedang finalize term n condition sebelum saya buat penguguman.
June 22nd, 2009 at 2:06 pm
saya tak sabar nak tunggu 9 julai ni…saya asal kelantan..dekat je KB MALLL dengan rumah saya ni..saya berminat sangat nak masuk seminar tapi tarikh dah lepas..
June 22nd, 2009 at 6:55 pm
Booth ni sbnrnya satu penanda aras yg saya letakkan utk kembangkan bisnes SaifulSham.
So far, jualan melalui agen amat meletup. So, tiba masa pula saya buka booth instead of harapkan agen semata-mata.
TQ
June 23rd, 2009 at 1:14 am
Bagus2 saifulsham dah ada booth offline sendiri.Entah bile saya plak.hehe
June 23rd, 2009 at 10:04 am
bleh la nanti jenguk2 kat kb mall tu nanti….
June 23rd, 2009 at 10:27 am
tahniah buat anda berdua…tapi nak tahu juga booth apa tu..nak jual produk apa..?
June 23rd, 2009 at 12:59 pm
Sy hanya akan beritahu bila booth telah dibuka. Atau kalau nak tahu, datang sendiri ke KB Mall.
Yang pasti, ground floor, depan Mc Donald.
June 23rd, 2009 at 4:48 pm
Waahh..
jualan melalui agen amatlah meletop eh?
kalu sy berminat nak jadi agen Saifulsham cmne eks..
hehehe…
terengganu mari…
June 24th, 2009 at 12:04 am
wah tahniah utk saifulsham. melangkah lagik ni. produk apa lah agaknya yang tak ada kat asia tenggara ni, susah jugak nak dipikirkan! huuu biar btul!
June 24th, 2009 at 11:45 am
Owah… En. SaifulSham, bagus2x
Promosi nanti biar meletup punya..
All the best!
June 26th, 2009 at 5:33 pm
tahniah2…erm..depan mcd ya…nnt sy ushar2 tgk
..hehehe..
June 27th, 2009 at 11:37 am
Assalamualaikum. Tahniah daripada saya. saya adalah pembaca senyap(tak tinggal komen) ruangan ini sejak setahun yang lalu.Saya akui banyak maklumat bernilai yang saya dapati dengan berkunjung ke sini.
Dalam diam2 saya menyimpan impian untuk memiliki blog & audience sendiri. Inilah langkah pertama. Moga beberapa tahun akan datang saya boleh pula memotivasikan orang lain sebagaimana yang anda saifulsham lakukan hari ini.
Salam perkenalan untuk semua.
July 2nd, 2009 at 3:56 pm
tahniah!!!
nampaknyer team saifulsham bakal bergiat dalam offline lak yer
July 9th, 2009 at 4:10 pm
dah pegi KB mall tapi tak jumpa pun booth tu Wan..??
July 9th, 2009 at 4:15 pm
wan , camana nak mula business ni internet ?? saya berminat tapi tak tau caman nak mula . Boleh awak tolong tunjukan pada saya.
July 10th, 2009 at 10:48 am
En Kamarudin,
Mustahil En tak nampak. Syazwan baru send pada saya pic 1st day kami. hehe..
Yang pasti jika En ke KFC En akan nampak. Booth ni betul2 depan Mc D.
Kalau En tak nampak maksud En tak pergi ni… hehe… :p
Mungkin nanti Syazwan akan upload gambar2 pula.
Sabri
July 11th, 2009 at 12:40 am
saya pun pergi jugak malam td. xde pun, apa nama booth tu? adakah ianya beroperasi pada masa2 tertentu je?
July 11th, 2009 at 2:36 pm
Dah pergi pun pada 9Hb… tapi hari ini saya ke kb mall lagi utk jumpa dengan team saifulsham.com
July 12th, 2009 at 3:37 pm
semalam pergi cari lagi di KB MAll… depan Mc donald tapi tak der pun tanya information counter..katanya tak de lak counter nama tu… Booth tu samapai bila kat Kb Mall.?
July 12th, 2009 at 8:59 pm
Pembetulan, Sabri salah sebut. Sepatutnya depan KFC, bkn McD.
Oh ye, sesiapa datang KB Mall sila masuk pintu belakang KB Mall, jumpa terus booth SaifulSham.
Ades, saya bukan tenant tetap di KB Mall. Buka Booth selama 10 hari je. mmg la pergi information counter tkde info, n then saya tak pakai nama syarikat SaifulSham utk sewa booth tu.
Nama lain. Haha
July 12th, 2009 at 9:00 pm
Tambahan info:
Booth tu mmg tiada nama.
December 11th, 2009 at 9:06 pm
Tahnih u all..