Hutang, hutang dan hutang
Saya mempunyai pengalaman yang sangat tidak enak untuk diceritakan mengenai hutang. Cerita ini sebenarnya ingin dipendamkan sahaja tetapi makin lama saya melihat, terlalu ramai orang mengambil kesempatan untuk tidak membayar hutang seolah-olah mereka adalah pemilik atau tuan duit/produk yang dipinjam!
Begini kisahnya, saya mempunyai beberapa orang yang berhutang dengan saya serta rakan kongsi saya, dan ada antara peminjam adalah orang yang agak popular (selalu keluar di akhbar)! Saya tidak mengharap orang-orang berhutang itu membaca artikel saya kali ini tetapi sebagai sedikit peringatan kepada pembaca semua agar berwaspada dengan hutang.
Kami mengaku kadangkala kami memilih meminjamkan sama ada wang atau produk dengan harapan usahawan bangsa sendiri akan turut sama maju dalam perniagaan.
Itulah risiko yang kami ambil semata-mata ingin melihat kejayaan perniagaan dikongsi bersama-sama. (Kita tahu, bank pun bagi pinjam dengan syarat yang ketat
)
Tetapi, sikap tolak ansur kami dibalas dengan cara yang tidak sewajarnya. Bayangkanlah, jika produk yang diambil secara kredit habis dijual tetapi duit tiada! Jadi, dimana wang jualan itu? Bukan seorang dua yang melakukan perkara ini, disebabkan bilangan orang sebegini yang boleh tahan jugalah menyebabkan saya menulisnya disini. Saya ingin menegur sikap sesetengah usahawan Melayu yang ambil sikap tidak endah dengan hutang. Memang kita ada istilah good debt dan juga bad debt, tetapi istilah good debt itu boleh bertukar kepada bad debt jika kita tidak berusaha menyelesaikan hutang tertunggak itu.
Tidakkah mereka ini berfikir, apakah dengan mengambil produk/wang sebegitu membuatkan mereka boleh kaya? Sudah tentu jauh sekali untuk kaya. Berhutang dan tidak menyelesaikannya akan membuatkan anda sukar mendapat kepercayaan orang yang memberi pinjam pada masa lain. Tambahan jika orang memberi pinjam adalah satu-satunya sumber yang paling reliable untuk anda.
Ada sesetengah daripada orang yang berhutang cukup hebat apabila bercakap soal agama. Berdegar-degar menasihati orang lain tetapi hakikatnya beliau hidup penuh dengan hutang dan hutang itu tidak sesen pun cuba dilangsaikan. Kadangkala, saya ketawa dalam hati betapa lucunya orang begini.
Apa yang menjadi kemarahan kebanyakan orang yang memberi hutang adalah selalunya orang yang berhutang masih boleh hidup dengan penuh foya-foya. Ini kisah benar, saya mempunyai orang yang berhutang menukar handset setiap bulan dengan harga melebihi RM1,000 untuk setiap handset. Ada pula yang boleh melancong ke luar negara. Ada juga yang memandu kereta mewah. Entahlah, kadangkala tidak faham, mereka ini mengaku tidak berkemampuan untuk membayar hutang tetapi gaya hidup mereka menceritakan mereka sebenarnya mempunyai wang.
Mereka mempunyai keinginan untuk hidup mewah tetapi cara mereka mendapatkan kehidupan sebegitu sebenarnya telah menganiaya orang lain (orang yang memberi pinjam). Apabila dihubungi sama ada melalui email atau telefon/sms, mereka acuh tidak acuh menjawab. Ada juga yang tidak menjawab dan membiarkan orang yang memberi pinjam tertanya-tanya apa sudah jadi dengan hak mereka.
Ada kalangan mereka tidak merasa bersalah dengan hutang yang dipegang seolah-olah bukan satu kewajipan untuk dilangsaikan.

Apabila saya berkawan dengan orang yang berjaya dalam perniagaan, hampir kesemua mereka menceritakan mereka mempunyai orang yang berhutang dengan mereka. Dan orang yang berhutang itu tidak kaya-kaya sehingga sekarang. Saya berharap tulisan ini mendapat perhatian sewajarnya kepada semua usahawan yang berhutang yang terlalu liat untuk membayar.
Hutang bertimbun tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kita hanya menambah musuh sahaja. Adalah elok jika berusaha untuk membayarnya walaupun dengan jumlah sedikit demi sedikit. Selalunya orang memberi hutang akan berterima kasih walaupun kita bayar secara ansuran. Kita mungkin mempunyai masalah untuk menyelesaikan hutang secara mendadak tetapi fikirkan bahawa orang yang memberi pinjam juga mempunyai masalah mereka. Fikir-fikirkanlah.
(Siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya….yosshh)
Sekian,
Wan Syazwan
Orang yang teraniaya~


November 5th, 2009 at 4:38 am
Kerana hutang, kawan baik pun jadi tak baik..la ni kalau ada sesiapa nak pinjam saya terus terang je cakap, saya cakap husband tak bagi aje.dah serik dah part pinjam-pinjam ni .macam kita pulak berhutang dengan dia jadinya
November 5th, 2009 at 9:01 am
saya pun turut berada dalam dilema yang sama.. buat bisnes jual topup je padahal.. sebab kawan, bagi la hutang dulu.. sekali, ada lak yang tak reti2 nak bayar hutang.. adeh, tak tahu la macam mana nak cakap dengan diorang ni..
November 5th, 2009 at 1:38 pm
untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com
harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
November 5th, 2009 at 3:11 pm
Salam Team SS,
Bagus sungguh tulisan Syazwan ni.. saya pun ada pengalaman yang sama. Memang niat nak tolong majukan bangsa sendiri … risikokan diri dengan beri hutang… biasanya dalam bisnes kita beri mereka barang kerana mereka kata tak ada duit nak bayar..nanti lepas dah jual baru bayar…
Memang hampa.. kerana sebenarnya sikap mereka sendiri yang suka meminjam2… yg peliknya kalau dengan bangsa asing tak berani pulak nak pinjam?
Yang herannya lepas tu langsung takde komitment nak bayar… buat senyap ajer… ini lah sikap bangsa melayu kalau berniaga… semua nak harap orang tolong.. bila dah ditolong lupa daratan… apalah nak jadi?… suka menyusahkan orang lain …
November 6th, 2009 at 2:10 pm
Hmm…. baru semalam Kak Pah kedai jahit kat depan rumah bercerita perihal kawan2 dia. Buat pinjaman TEKUN kononnya nak buat modal bisnes, lepas dapat duit lesap entah kemana.
Bisnes tak jalan, nak bayar loan pun tak mampu walaupun tak sampai RM50 seminggu. Rupa-rupanya duit loan tu bukannya buat modal bisnes pun… tapi buat repair dapur lah, buat renew road tax lah, buat cat kereta lah….
Akak geleng kepala bila dengar. Tak tau nak cakap apa dah. Jenis macam ni bagilah bantuan macam mana pun tetap tak kemana gak. Menyusahkan orang adalah…
November 9th, 2009 at 7:39 am
Salam,
Bagus post ni. Ni mesti nak ‘taruk’ habis-habisan si peminjam modal dari SS.
Seperti komen-komen di atas, saya pun ada pengalaman macam tu. Kita bagi pinjam, kita yang jahat.
Habis dijaja satu kampung “Eleh, hutang berapa ringgit je, ingat aku tak mampu nak bayar ke”…….sedangkan berbulan malah ada yang bertahun tak bayar.
Bila jumpa, kita rasa seperti orang yang bersalah pula, walhal, si peminjam tu lah yang patut malu.
Sedikit masukan daripada saya;
Kepada para pemberi hutang, janganlah kome risau, bisnes (kononnya), takkan ke mane pun. Tak berkat hidup diorang.
Hidup mewah boleh, hutang tak mau bayar.
November 10th, 2009 at 2:35 pm
salam.
sokong apa RK cakap. kadang2 orang yang memberi pulak yang rasa segan nak mintak padahal orang yang mintak tu buat tak tau jer.
mungkin kena guna taktik along. kurung dalam tandas/
November 10th, 2009 at 5:09 pm
tu la pasal.
penat jer citer jangan meminjam.
tp kalo meminjam, tau2 la nak bayar balik kan?..
tak patuh pada code of ethics la nih. alaa.. COE tu nama gempak, nama islamnya : akhlak!
ISLAM punye code of ethics tak nak ikut, jangan harap la code of ethics berniaga nak dipatuhi.. kan ?
p/S: saya perasan perkataan code of ethics ni masa pergi seminar IEM dulu! hehe
November 10th, 2009 at 6:17 pm
yup, geram juga dengan org yg berhutang tpi buat2 lupe or skdar melepaskan batuk di tangga…
dah la kita bantu dia, tapi kita plak yang rsa bersalah.. ~
kepada bro saifulsham, smga anda teruskan niat murni utk bantu rakan2 kita~ saya sokong 100%!
November 11th, 2009 at 12:38 am
Bercakap pasal hutang… pantang sungguh saya dengar. Kalau boleh elakkan saya akan elakkan… kecuali hutang duit kereta dan rumah. Kalau ade duit, memang nak beli kereta dan rumah cash sahaja. Senang, tak payah pening-pening kepala fikir pasal hutang. Tapi nak buat macam mana rezeki belum ada lagi.
Tapi hutang-hutang lain memang saya elakkan. Sebab itu saya penjimat orangnya. Malulah nak minta pinjam duit kat orang. Boleh tak lena tidur kalau hutang orang ini. Hutang boleh bawa sampai kemati jangan main-main la.
Satu lagi nak bagi hutang kat orang pun saya tak suka. Takut susah nak dapat balik. Sebelum ini memang banyak tak dapat balik pun. Kerana hutang sahabat pun boleh putus. Kadang-kadang tu kalau siapa nak pinjam saya bagi terus aje… sebab tahu dia susah nak bayar balik…
November 11th, 2009 at 12:42 am
masa nak pinjam minta elok2, bila nak bayar susah nak jumpa, kalau masa duit banyak boleh buat tak tahu je dulu…tapi kalau masa perlu duit, ya memang patut bayar sekarang juga, tapi kita bukan along kita cuma mahu tolong.
kepada yang berhutang tu sila bayar…kalau takde duit, mesti ada niat mahu bayar, pasti akan terbayar walau sikit2.
den pun jadi mangsa gak…sabor jelah
November 11th, 2009 at 12:01 pm
Play Video Comment
November 13th, 2009 at 7:48 pm
Di sebabkan utang,kita boleh pandang buruk kat kawan.Kalau kita xtlg kawan,sapa lagi nak tlg..tapi bila dah tlg,xreti nak bayar balik. So,bila tgk kawan xada duit,kita rasa simpati tetapi kawan xpenah nak simpati kat kita..So,kita sabar ja la..mungkin ada hikhmah,sabar tu separuh daripada iman.
December 4th, 2009 at 11:11 am
Syazwan, saya pun tak paham degan org yang boleh buat muka tembok takmo bayar hutang ni tau ..saya memang pantang sket bab-bab hutang ni … dengan bank yg tak nampak “muka” tuh pun saya dapat rasa malu kalau tak bayar duit keta ker, rumah ker credit card ker .. apatah lagi dengan org yg kita nampak muka nya selalu… pada saya, biar takder duit bayar hutang drpada berlagak kaya tapi hutang keliling pinggang ..bayar sikit2 seperti yg dijanjikan pada org yg kita pinjam tu pun ok, asalkan cukup sampai tarikhnya, kita bayar ..tak payah org sampai nak call ingatkan …macam mintak sedekah duit sendiri jer …mmg pantang sungguhlah …
mulut saya mmg jahat sket kalau sound org yg suka hutang ni..geram rasanya bila duit kita dia buat tak paham jer nak bayar ..pernah sekali saya sound ..”saya mintak duit saya balik, bukan mintak sedekah ..” iskk.. mmg tak leh tahan tgk org muka tembok tak malu cam ni .. bagus gak mulut jahat camni, memang semua org bayar balik hutang aku…wakakak…
taklah kan, kalau kita jenis yg amanah, org pun tak kesah nak pinjamkan lagi lain kali..tapi kalau 1st time dah buat taik, mati kebulur pun aku takmo tolong lagi pasni .. hahahaha…pda saya, hutang tu adalah MARUAH kita, takkan sanggup aku gadaikan MARUAH aku sewenang2nya ..jadi bahan cakap org sampai mati nak wat per kan??
December 5th, 2009 at 7:32 am
betul la bro.. bukan nak ngutuk bangsa sendiri.. tapi itu lah hakikatnya.. orang melayu ni paling liat nak banyak hutang..
aku pernah gak kena macam ni..bagi pinjam..masyaallah! liat betul nak bayar.. tapi gaya hidup mengalahkan millionaire..
bila mintak.. siap boleh marah kita lagi kenapa asik mintak hutang je..
la ni sape2 nak pinjam aku kenakan cagaran aje.. emas ke, handphone ke.. maksimum nak tebus balik 6 bulan (macam pajak gadai pulak)hoho..
December 11th, 2009 at 6:52 pm
saya ade kawan yang sgt suke berhutang..nak mintak segan..tapi kadang-kadang bengang gak rasa..huhu..idea dari kimi tue bernas gak..leh minta dye cagarkan barang…
December 11th, 2009 at 8:43 pm
Hutang??
hmm bila dgr je perkataan tu serik dah rasanya nak memberi pinjam ke orang..
nak beri salah tak nak beri pun salah..
kalu x beri kan igtkan tu kawan kita,bangsa sendiri tapi bila dah dapat pinjam mcm2 janji buat nak bayar sekian2 tarikh lah..
mcm2..tapi bila sampai tarikhnya buat senyaplah pulak..
hmm entahlah nak buat mcm mane..
kadang2 aq pun terfikir kawan aq ni masa aq senang ramai je tapi bila aq agak susah huh boleh nampak brape orang yg rapat dgn aq..
sedih2..
anyway x pe lah..
biarlah dia igt hutang dia..
tu tanggungjawab dia..
betul kata bro wan..
walaupun hidup mewah tak semestinya hidup tenang..
sabor je lah..
January 10th, 2010 at 12:45 am
aku pulak jenis yang liat nak bayar hutang. tau jugak rasanya bila org liat nak bayar kat kita balik, tapi ntah la. hutang ngan ptptn bukan je liat, langsung tak bayar..
March 30th, 2010 at 2:43 pm
Dalam hidup, sapa kata x berhutang. Orang kaya pun berhutang. Tapi kalau kita dah kaya, apelah salahnya nak tolong kawan yang susah. Memanglah ada di antara risiko ye, kawan kita 2 mungkin buat bodoh je iaitu tak nak bayar tapi ada x korang tanye masalah dia? Dengan orang yang macam ni, kita x boleh bersikap keras. Kita pakai reversed psikologi. Tanya dia secara baik dan jujur. Saya rasa kalau kita bersikap tolak ansur, insyaalah kawan kita tu pun mungkin rasa segan kalau x bayar hutang kita. Mana lah tau satu hari, tiba-tiba kita pulak dilanda kesusahan, dia pulak yang dapat membantu kita. Mungkin tidak segi kewangan tapi dari segi kudrat yang dia ada. Di saat inilah, kita dapat tahu siapa kawan dan siapa lawan kita.
May 4th, 2010 at 1:53 pm
memang geram dapat kawan jenis penipu ni.rasa nak lempang jer orang macam ni.saya pon dah terkena
.http://marzukipenipu.blogspot.com/
May 16th, 2010 at 4:59 pm
aku pun bengang jugak bila bagi kawan pinjam duit lepas tu tak nak bayar2. ada yang sampai setahun pun ada.
sekarang ni kalau kawan2 nak pinjam duit, aku still bagi lagi cuma sekarang dah ada term and condition la. partama sekali aku akan tanya apa barang yang dia boleh cagarkan (he he, macam yang bank biasa buat tu). kalau value dia lebih 50% dari nilai yang nak di pinjam tu baru aku release. lepas tu aku bagi term yang barang tu akan dijual kalau hutang tak bayar dalam masa tertentu.
bila aku buat macam ni, memang mudah hidup aku pasal yang berhutang tu memang tau membayar… yang tak reti membayar tu aku lagi suka pasal aku boleh jual barang ho ho ho..
kenkadang pikir macam ni nampak jahat, tapi apa boleh buat, kalau tak buat camni, tak bayar hutang pulak.
May 29th, 2010 at 6:53 pm
Kalau ikutkan, bila kita bagi orang pinjam duit atau hutang ni, kita talkin kan sekali duit tu, maksudnya: tak bleh nak letak harapan yang tinggi untuk dapat semula duit tu…Pada aku, masa dapat duit memang sedap tapi nak bayar memang liat, biarlah adik beradik atau sedara mara sendiri. So kalau nak bagi tu bagi lah dalam range yg kita rasa kita boleh halalkan je… dan bagi pun pada orang yang rasanya memang memerlukan, sebab orang ni kalau kita dah tolong sekali for sure esok akan datang lagi. “Teach them to catch a fish not give them a fish”. Because when u gave them fish, it can only feed them once but if u teach them to catch fish, it can feed them everyday”. So……
August 2nd, 2010 at 1:23 pm
terlebih dahulu saya ingin mengatakan kepada semua pemberi2 hutang..PADAN MUKA KAU ORANG…. saya kata begitu kpd pemberi hutang kerana itu cara yang paling baik untuk melegakan hati yang dah sememangnya sakit hati.. termasuk saya lah jugak. sy dah beberapa kali kena dgn hal ini. hampir muflis sy dibuatnya.. so istilah PADAN MUKA KAU ORANG… amat sesuai utk digunakan. sy ada dengar ustaz kata 700 kali pahala orang yg tak bayar hutang akan diberi kepada orang PADAN MUKA KAU ORANG…
March 23rd, 2011 at 5:04 pm
cuba check.biasanya orang yang suka berhutang dan tak bayar ialah orang yang tak sembahyang 5 waktu.Dgn tuhan pun dia tak takut,inikan pula manusia.Ini berdasarkan pengalaman peribadi saya.
December 10th, 2012 at 2:51 am
Sesungguhnya, semua ini telah kuperhatikan, semua ini telah kuperiksa, yakni bahwa orang-orang yang benar dan orang-orang yang berhikmat dan perbuatan-perbuatan mereka, baik kasih maupun kebencian, ada di tangan Allah; manusia tidak mengetahui apapun yang dihadapinya.
Segala sesuatu sama bagi sekalian; nasib orang sama: baik orang yang benar maupun orang yang fasik, orang yang baik maupun orang yang jahat, orang yang tahir maupun orang yang najis, orang yang mempersembahkan korban maupun yang tidak mempersembahkan korban. Sebagaimana orang yang baik, begitu pula orang yang berdosa; sebagaimana orang yang bersumpah, begitu pula orang yang takut untuk bersumpah.
Inilah yang celaka dalam segala sesuatu yang terjadi di bawah matahari; nasib semua orang sama. Hati anak-anak manusiapun penuh dengan kejahatan, dan kebebalan ada dalam hati mereka seumur hidup, dan kemudian mereka menuju alam orang mati.
Tetapi siapa yang termasuk orang hidup mempunyai harapan, karena anjing yang hidup lebih baik dari pada singa yang mati.
Karena orang-orang yang hidup tahu bahwa mereka akan mati, tetapi orang yang mati tak tahu apa-apa, tak ada upah lagi bagi mereka, bahkan kenangan kepada mereka sudah lenyap.
Baik kasih mereka, maupun kebencian dan kecemburuan mereka sudah lama hilang, dan untuk selama-lamanya tak ada lagi bahagian mereka dalam segala sesuatu yang terjadi di bawah matahari.
Mari, makanlah rotimu dengan sukaria, dan minumlah anggurmu dengan hati yang senang, karena Allah sudah lama berkenan akan perbuatanmu.
Biarlah selalu putih pakaianmu dan jangan tidak ada minyak di atas kepalamu.
Nikmatilah hidup dengan isteri yang kaukasihi seumur hidupmu yang sia-sia, yang dikaruniakan TUHAN kepadamu di bawah matahari, karena itulah bahagianmu dalam hidup dan dalam usaha yang engkau lakukan dengan jerih payah di bawah matahari.
Segala sesuatu yang dijumpai tanganmu untuk dikerjakan, kerjakanlah itu sekuat tenaga, karena tak ada pekerjaan, pertimbangan, pengetahuan dan hikmat dalam dunia orang mati, ke mana engkau akan pergi.
Lagi aku melihat di bawah matahari bahwa kemenangan perlombaan bukan untuk yang cepat, dan keunggulan perjuangan bukan untuk yang kuat, juga roti bukan untuk yang berhikmat, kekayaan bukan untuk yang cerdas, dan karunia bukan untuk yang cerdik cendekia, karena waktu dan nasib dialami mereka semua.
Karena manusia tidak mengetahui waktunya. Seperti ikan yang tertangkap dalam jala yang mencelakakan, dan seperti burung yang tertangkap dalam jerat, begitulah anak-anak manusia terjerat pada waktu yang malang, kalau hal itu menimpa mereka secara tiba-tiba.