Idea Mat Jenin Di Olah Untuk Zaman Moden
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Wah, sudah lama saya tidak menulis di SaifulSham.com. Mungkin setahun? Ramai juga yang menghantar emel bertanyakan apa aktiviti terbaru kami. Tetapi itu saya ada post berasingan untuknya. Mungkin esok saya akan publishkannya.
Hari ini saya akan kongsikan satu pelajaran yang saya dapat sepanjang tempoh “sabbatical leave” saya selama ini. Ia bukanlah sesuatu yang “profound”, tetapi apa yang saya fahami apabila menoleh kebelakangan (retrospect) untuk mengkaji bagaimana kami berada di sini pada hari ini. Andaikata jika kami perlu bermula semula, apakah satu lesson learnt yang paling berharga?
Dan inilah lesson learnt tersebut.
Idea Mat Jenin
Kita mungkin pernah mendengar kisah mat jenin ini. Ada banyak versi. Tetapi versi yang paling mudah difahami adalah, Mat Jenin bermula dengan mengambil upah memetik kelapa. Dari upah tersebut beliau membela 2 ekor anak ayam, selepas ayam tersebut besar, ayam tersebut bertelur. Sebahagian telur dijual dan sebahagian lagi dibiarkan untuk menetas. Setelah beberapa ketika, ayam-ayam tersebut membesar. Kemudian ia dijual dan Mat Jenin membeli kambing pula. Proses yang sama berulang dengan kambing sehingga kambing tersebut membiak dan banyak, Mat Jenin trade in kambing-kambing tersebut dan beralih kepada lembu pula.
Setelah lembu-lembunya membiak dengan banyak, mat jenin pun menjadi kaya dan dapat berkahwin dengan puteri raja.
Mengenai sama ada Mat Jenin berjaya atau hanya cuma berangan-angan, itu cerita lain pula. Yang penting business plan beliau nampak macam okay.
Dan buat beberapa tahun awal penglibatan saya dalam dunia keusahawanan, saya mencontohi secara tidak sedar business plan Mat Jenin.
Iaitu, kumpulkan modal dengan menjual produk-produk kecil dan apabila modal telah mencukupi untuk upgrade ke produk seterusnya, upgrade ke produk yang lebih besar sedikit (yang membawa margin yang lebih besar juga) dan kitaran ini berterusan.
Dulu-dulu (sebelum menjumpai internet sebagai medium pemasaran), antara rancangan yang paling popular di minda saya adalah;
1) Gerai burger.
Dengan kiraan untuk 50 sen bersih untuk dari sebiji burger, saya kira dalam masa setahun saya boleh mempunyai lebih kurang 10 gerai burger. (berkembang secara organik)
2) Khidmat pembersihan rumah
Dengan kiraan RM 50 untung bersih sebuah rumah, selama setahun saya boleh ada 2 pencuci rumah full time dan seorang collector/driver.
Semuanya dengan assumption saya bermula tanpa modal (ataupun modal minimum) dan berkembang secara organik di samping menggunakan teknik-teknik promosi gerila dan menawarkan servis berkualiti.
Seperti idea mat jenin, idea-idea ini nampak solid terutama di bahagian hujung-hujungnya. Cuma ada satu kelemahan yang ketara. Buat waktu permulaan, ia amat sukar dan mengambil masa yang amat lama untuk mencapai “critical mass” atau titik di mana sedikit perubahan yang kita lakukan akan membawa perubahan besar secara automatik.
Contoh kiraan akademik
Sebagai contoh katakan untuk membuka sebuah gerai burger perlu mempunyai modal RM 500 (contoh). Dengan keuntungan 50 sen satu burger, saya perlu menjual 1000 unit burger. Katakan sehari saya dapat jual 20 unit burger, ia akan mengambil masa selama 50 hari jika saya menyimpan setiap sen keuntungan tersebut.
Katakan saya dapat lakukan seperti yang tersebut. Dan akhirnya saya mempunyai 5 gerai.
Katakan setiap gerai saya masih membuat jualan 20 unit burger sehari. Dengan jumlah 5 gerai, keuntungan bersih saya akan menjadi RM 50 dan saya hanya perlukan 20 hari untuk mengumpul modal secukupnya. Semakin banyak gerai saya, semakin cepat saya berkembang.
Akhirnya, saya akan menjadi tauke gerai burger yang berjaya.
Tetapi dalam pandangan kebelakangan, ada beberapa masalah dengan idea yang nampak macam cukup baik ini. Pertama, apabila anda sampai ke tahap 5 gerai ini masalah yang tidak berapa kelihatan sewaktu mempunyai sekadar satu atau 2 gerai akan mula kelihatan.
Ada gerai yang disiplin kehadiran pekerja anda tidak begitu memberangsakan. Ada gerai yang disuruh tutup oleh pihak berkuasa tempatan. Ada gerai yang tiba-tiba jualannya drop. Masalah untuk mendapatkan pekerja. Masalah untuk mendapatkan tapak yang sesuai. Dan anda dapati kos minyak untuk menghantar bahan mentah+kos usaha anda untuk menguruskan empayar gerai anda seperti tidak balik modal.
Akhirnya di pertengahan jalan untuk mencapai target 10 gerai setahun ini, anda terpaksa meluangkan banyak masa memadamkan api (fire fighting) dengan masalah-masalah yang timbul. Dan jika anda berjaya sekalipun, anda akan “stretch” kan diri anda pada tahun kedua untuk membuka 100 atau 50 gerai lagi sekurang-kurangnya.
Jadi jika saya perlu bermula semula dari 0 (zero), ini yang akan saya buat;
1) Saya akan liquidate aset yang saya ada. Barangan 2nd hand seperti alat elektronik yang tidak digunakan, buku-buku teks zaman belajar yang tidak digunakan lagi saya akan jualkan. Jika anda mempunyai produk-produk yang berkualiti anda boleh menjualnya di Mudah, Lelong, Ebay & Low Yat dan mendapat harga yang respectable.
2) Saya akan cari satu produk dengan margin yang tinggi (RM 50 bersih seunit) dan mempunyai demand yang tinggi.
3) Replicate seperti modus operandi Mat Jenin tadi. Kenapa amat penting untuk mencapai critical mass dengan cepat? Sebab apabila kita semakin berkembang, kita akan berkenalan dengan vendor-vendor. Apabila vendor ini melihat kebolehan anda, mereka akan membenarkan anda mengambil produk mereka secara kredit (eg: 50% on delivery, 50% dalam 30 hari). Dengan cara ini anda akan mendapat leverage dan dapat berkembang dengan lebih cepat. (Tetapi jangan lupa bayar hutang!) Lesson Learnt 2 Saya tidak akan juga bermula dengan terlalu besar. Ia berisiko terutamanya jika kita tidak benar-benar faham sesuatu bisnes itu. Jika anda tidak terlalu muda, dan mempunyai banyak simpanan jangan gunakannya untuk "membeli" short cut. Anda tidak akan mampu membayar harga "short cut" sebenar. Wang dapat mempermudahkan urusan, tetapi nitty gritty dan gruntwork untuk usaha-usaha awal anda perlu pelajari dan alami sendiri. Saya pernah terbaca: Anda boleh membayar untuk keahlian gim. Nantikan post saya esok atau lusa mengenai kenapa saya mengambil "sabbatical leave" yang lama dan apa aktiviti saya selama ini. Sabri
Lesson Learnt 1
Tetapi apa yang saya tidak akan lakukan adalah menjual produk dengan margin rendah
Tetapi anda tidak boleh membayar untuk orang lain bersenam bagi pihak anda. (you cannot pay other people to build your muscle)
p/s: Baru saya sedar. Banyak betul benda broken di sini. Permalink entah macam mana berubah dan post ini pun jenuh saya nak bagi kemas sikit. Saya rasa semuanya macam sama. Saya give up lah. Maaf jika ada yang formatting yang lari ya.


November 15th, 2009 at 11:30 pm
lama dah tunggu sabri,
rupanya kesenyapan beliau tidak kosong,
recall2 balik..
n banyak belajar dengan saifulsham,
sampai masa memang nak join korang punye offline bisness
November 16th, 2009 at 5:18 pm
Saya setuju bab margin tinggi.
Ramai newbie khasnya untuk produk fizikal tidak
memikirkan impak margin keuntungan sesuatu produk
dengan teliti.
Asal untung sikit, “ah produk best ni, boleh jual”
Mereka tidak ambil kira ‘hidden cost’ yang bakal
muncul dalam perjalanan.
Kos ini akan memakan sedikit demi sedikit margin
keuntungan mula-mula tadi macam anai-anai. In the
end, satu sen pun tak dapat. Malah akan menanggung
kerugian.
Konsep ‘critical mass’ pula secara mudahnya adalah
“Ramai tak orang yang nak beli benda aku jual ni?”
Banyak lagi ilmu retail ni sebenarnya dan saya harap
Sabri akan teruskan menulis berkongsi ilmu dan strategi
berkesan dan ‘tested’ untuk kami semua.
Hazwan
http://www.SeniSelamatkanCinta.com
Pencinta Kecewa/Rebel Marketer
November 22nd, 2009 at 3:21 am
Assalamualaikum, Sabri.
Sebagai seorang yg baru berkecimpung dalam perniagaan produk fizikal, nasihat Sabri di atas amat berguna sekali. Setelah setahun berEbay, baru saya faham akhir2 ini, kelebihan menjual produk fizikal di ebay, walaupun model dropshipping juga boleh buat.
Teruskan perkongsian anda.
December 11th, 2009 at 6:47 pm
salam…saya pun masih baru berjinak jinak dengan ebay..alhamdulillah saya berjay dapat 1usd pertama dengan dropshipping..
December 11th, 2009 at 8:54 pm
Salam bro..
thanx atas perkongsian nasihat ni..
excellent..