Man vs Wild: Jangan bermain api
Hello pembaca SaifulSham,
Pos kali ini saya tidak mahu menyentuh langsung akan perniagaan internet. Disebabkan dahulu saya pernah berjanji untuk menceritakan pekerjaan yang saya lakukan sebagai jurutera, jadi, hari ini, saya ingin menunaikan janji “pilihanraya” saya tempoh hari.
Sebelum itu, jom kita usha dahulu gambar dibawah ni; Jeng,jeng,jeng

cahaya menerangi labuan
Jangan terkejut k…..
Saya rasa anda sudah biasa melihat api-api sebegini terutama kepada mereka yang selalu melalui jalan-jalan di Kerteh, Terengganu.
Tetapi gambar yang diupload ini berlaku di Labuan pada bulan Disember lepas.
(Buat penduduk Labuan, ketahuilah malam yang awan diterangi oleh cahaya pada bulan lepas adalah disebabkan oleh kerja-kerja yang saya lakukan, uhuk
)
Sebenarnya, Labuan belum pernah didatangi cahaya sebegini terang pada waktu malam. Sehinggakan, apabila api begini menerangi awan Labuan, ada penduduk yang cemas lantas menghubungi pihak bomba. Haha.
Baiklah, berikut sedikit info akan gambar di atas.
Ketinggian
Ketinggian menara api itu adalah 45 meter. Dan ketinggian api yang menyala pada malam tersebut menjangkaui ketinggian menara api itu!
Suhu
Api yang menyala tersebut merekodkan suhu 200 darjah celcius. Anda boleh memanggang daging jika berada di bawah menara tersebut. Mungkin juga anda boleh bersauna dibawah menara itu. Haha.
Kenapa kuning?
Sedikit lagi info, api yang marak kuning sebenarnya adalah disebabkan pembakaran gas hidrokarbon. Sebab itu warnanya kuning.
Mengapa perlu membakar gas hidrokarbon?
Disebabkan itulah jalan paling selamat untuk melepaskannya ke alam sekitar. Adalah membahayakan alam sekitar jika melepaskan gas hidrokarbon sewenang-wenangnya.
Dimana datangnya gas tersebut?
Gas hidrokarbon yang dilepaskan daripada menara api tersebut datangnya daripada laut dalam Kikeh, Sabah. Kikeh adalah projek pertama penerokaan laut dalam di Malaysia.
Bahaya ke gas tersebut?
Tekanan gas dari laut dalam Kikeh ke terminal pendaratan adalah 250 barg. Tekanan 250 barg sebenarnya cukup besar. Anda boleh mengucap dua kalimah syahadah jika terdedah kepada tekanan 250 barg.
Bagaimana, ok ke info-info diatas. Jika anda mahukan pengetahuan ala-ala National Geography, sediakan soalan dibawah. Insyaalah, saya akan menjawab soalan-soalan dengan menulis pos yang berkaitan.
Sekian,
Wan Mohd Syazwan


January 29th, 2009 at 4:44 pm
cantik la gambar flare tu..apa nama terminal minyak ni? dah siap ke?
January 29th, 2009 at 5:16 pm
Nama dia Labuan Gas Terminal (LGasT)
Dh 90 percent siap dh.
January 29th, 2009 at 6:16 pm
Best juga ceritera ala-ala National Geographic ni.. memang jarang-jarang jumpa, terutama edisi Bahasa Melayu.. .. best.. best.. mmg best..
January 29th, 2009 at 6:57 pm
Dah berape lama syazwan kerja kat saner?
office hour?
Kerja kat tengah laut or dekat pelabuhan?
January 29th, 2009 at 10:46 pm
Huhu…sy igtkan nk tahu psl knowledge dalam Oil & Gas.
Btw, saya di Labuan sejak sebelum raya puasa.
Most of the time office hour je, but bila time peak project sy kene shift…& tk tentu masa.
Projek yg sy buat ni dkt atas darat dulu. Insyallah after this sy akan pergi tgh laut.
Very interesting juga sambil2 buat bisnes
January 30th, 2009 at 5:07 am
Wah syazwan cerita pasal kerja pulak ye
Bagus juga sesekali lari dari topik.Ringankan kepala..
January 30th, 2009 at 10:19 am
yg ni kat darat ek.. yg kat laut ada tak ?
January 30th, 2009 at 10:54 am
Macam kat kerteh je..
Hartanah kat KERTEH dah melambung naik…tetapi KERTEH Terenggnanu masih macam PEKAN KOBOI….
Selepas 2015 bila minyak dijangka habis agak-agaknya apa akan jadi dengan KERTEH EK???
Adakah Kerteh boleh jadi seperti Shah alam?
January 30th, 2009 at 2:33 pm
Code 7: Yg dkt laut saya belum pergi lagi. Nanti kalau projek selepas ni di laut, saya akan cuba ambil gambar cantik2.
Tp utk info, mmg ada menara api sebegini di pelantar minyak di laut.
Jangkaan 2015 tapi saya rasa ada lagi penemuan telaga minyak baru dan juga proses penambah baikan telaga minyak lama (untuk menyedut lebih banyak minyak).
Kalaulah minyak kehabisan di Kerteh, Kerteh mungkin tidak akan menjadi seperti Shah Alam dalam masa singkat (sebab pertumbuhan Shah Alam di dokong oleh pembesaran Kuala Lumpur).
January 30th, 2009 at 3:12 pm
Canggihla u brother….
keje apa sebenaqnya ni??
January 30th, 2009 at 4:38 pm
Engineer Oil & Gas. Tugas saya adalah commission facilities untuk terminal gas.
Commission dlm bahasa Melayu adalah pentauliahan/pemasangan.
January 30th, 2009 at 11:11 pm
salam,
1st time singgah blog sedara ni…menarik je…best betul…kerje online sukses…kerje offline pun gempak..nway gudluck…
January 31st, 2009 at 11:41 am
Secara purata berapa tahun minyak dapat disedut oleh sesuatu pelantar sampai minyak tu habis?
January 31st, 2009 at 7:45 pm
yup..ada je kat labuan nie..hehe..saya belajar kat UMS labuan
January 31st, 2009 at 8:54 pm
Jangka hayat sesebuah pelantar minyak selalunya 15-20 tahun.
Selalunya apabila pengeluaran pelantar minyak sudah mula menunjukkan pengurangan, maka kerja-kerja recovery akan dilakukan.
Kerja recovery ini adalah untuk mengoptimumkan pengeluaran minyak.
January 31st, 2009 at 11:23 pm
bila lagi datang labuan..bagi tau..nanti boleh lepak-lepak bincang pasal bisnes internet sambil tengok-tengok cahaya api yang saudara nyalakan lagi..he..he..he
January 31st, 2009 at 11:24 pm
Salam,
Wah.. perkongsian yang menarik. Ilmu dalam bidang oil and gas bukan ramai yang tahu.
January 31st, 2009 at 11:34 pm
Nantilah saya kongsikan lagi banyak perkara-perkara best dalam Oil & Gas.
Insyaalah, bila saya ke pelantar minyak nanti saya akan ceritakan lagi akan pelantar minyak.
Thikerich: Insyaalah, ada masa saya akan roger saudara.
February 1st, 2009 at 11:14 pm
Apa akan jadi kat pelantar bila minyak dah habis?
Pindah tempat baru ke?
February 1st, 2009 at 11:20 pm
Setakat ni belum ada lagi pelantar minyak di Malaysia yg sudah habis menyedut minyak.
Yg tertua di perairan Terengganu pun masih mengeluarkan minyak. Cumanya usia mereka sudah di penghujung jalan. Haha
Mengikut akta di Malaysia, pelantar minyak tidak boleh dibiarkan begitu sahaja apabila usianya tamat. Ini kerana ia akan menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar terutama kawasan sekeliling pelantar tersebut.
Caranya adalah mencabut balik pelantar tersebut. Tetapi, untuk mencabut balik memerlukan kos yang tidak kecil juga, berjuta-juta ringgit.
Syarikat minyak masih berkira-kira untuk mencabut balik kerana ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan. Tetapi mereka perlu mematuhi akta yg ditetapkan.
Shell pernah membuat bekas pelantar sebagai kawasan tukun untuk pembiakan ikan2.
Idea begini mungkin lebih baik daripada mencabut dan membuangnya sebagai besi buruk.
February 3rd, 2009 at 11:41 am
tekanan 250bar tu..kalo nk diikutkan tekan 10bar pun dh boleh menyebabkan kematian..inikan pulak 250bar..tp ade satu plant dkt kerteh (petlin), tekanan paling tinggi kt situ 2000bar..(“,)
apepun good iinfo
August 31st, 2009 at 1:18 pm
askum syazwan boleh saya dapatkan email awak.
August 31st, 2009 at 1:21 pm
saya memang bercita cita nak menceburi dalam bidang oil and gas tapi tak berkesampaian boleh tak syazwan terangkan apa qualification utk apply kerja dalam bidang ni.
November 14th, 2009 at 12:43 am
i’ve been here…just part of the team..hehe
November 14th, 2009 at 11:55 am
Salam Syazwan..sy org sabah yg kerja di kL..berminat sgt dgn oil & gas industri, tp xde chance lg nk kerja dlm industri tu.. sabah byk gak minyak tp anak2 jati sabah masih lg susah nk kerja dlm industri tu..org semenanjung gak yg dapat..mungkin kurangnya info pasal oil & gas di sabah.. hmm…nk keja nk ada experience klu tak pun kna ada org dalam.. aduh..siapa nk jadi org dalam aku..?? tlg rekemen keje…huhuhuhu..
December 11th, 2009 at 9:23 pm
nice photo n information..