Kajian kes: Perbezaan jualan online dan offline
Salam semua,
Wah, semenjak bulan puasa hinggalah sekarang, tidak ada satu pun tulisan sama ada dari saya sendiri atau Sabri. Sibuknya kami berdua sehingga saya suruh Sabri tulis dan Sabri suruh saya tulis, last-last dua-dua tak tulis!!
Itulah dia bila mengenang usia yang semakin lanjut ni, makin jauh kami dari dunia blogging. Sepatutnya, makin senior makin aktif lah menulis. Betul tak?
Sebenarnya, kesibukan kami bukanlah disebabkan kami ni dah berumah tangga. Ehem, ehem. (kitorang still single and avalaible! tulah memilih sangat!Kalau mcm Tom Cruise takpela jugak kan)
Oklah, cukuplah merapu. Marilah saya dedahkan perkara yang saya alami sendiri sepanjang membuka booth di Kelantan pada bulan puasa lalu dan juga pengalaman agen-agen kami yang membuka booth ditempat lain.
Jujur saya beritahu anda, memang, rakyat Malaysia masih baru sangat-sangat dalam dunia beli belah online. Walaupun kita ada Lelong.com.my, walaupun kita ada ebay.com.my, pengalaman saya bertemu pelanggan yang membeli, kebanyakan daripada mereka masih tidak yakin untuk membeli di internet.
Buktinya??
Inilah salah satu buktinya, pada masa bulan puasa lalu, jualan keseluruhan sales di KB Mall dan Tesco Kota Bharu kami adalah sekitar RM120,000!
Jualan agen-agen kami di seluruh negara menjangkau sehingga RM300,000 pada bulan puasa sahaja melalui jualaan booth!
Apabila melihat nilai jualan ini, saya merasakan, memang, masih terlalu banyak ruang untuk diperbaiki di online sales. Jualan online sale agen-agen memang sedikit naik berbanding pada bulan puasa tapi nilainya masih jauh tidak dapat mengatasi jualan di booth walaupun agen yang menjual di online adalah jauh lebih banyak dari yang membuka booth.
Daripada sedikit survey (yelah, masa saya tolong staff saya jual-jual tu, saya tanya gitu-gitu aje, kalau tanya lebih-lebih kan tak beli pulak customer. Nanti duk tanya, mamat ni nak jual ke nk buat survey,hehe) yang saya buat, memang kebanyakan dari mereka yang ditanya soalan kenapa tak beli di online, mereka memberikan antaranya beberapa alasan:
1) Tak selamat takut kene tipu penjual
2) Lambat sampai
3) Takde masa nak mencari
4) Tak merasa best tak tengok sendiri produk tu
Itulah alasan-alasan yang biasa kita dengar pun dari dulu sampai sekarang. Persoalannya, bilakah alasan ini akan tidak dapat didengar? Mungkin kita kena tunggu generasi macam saya ni menguasai kuasa beli pasaran.
Tapi walau apapun alasan pelanggan offline yang pernah saya dengar, kebanyakan dari mereka mengenali jenama SaifulSham!! Ehem,ehem…..
So, kesimpulan yang dapat saya berikan, ya mungkin kita belum mencapai tahap negara maju dalam pembelian online tetapi, membina jenama dari sekarang adalah jauh lebih penting.
Saya melihat banyak faedahnya. Memang ya, saya akui, untuk mencapai nilai jualan seperti diatas untuk website dalam masa sebulan, ia mungkin memerlukan website anda benar-benar dikenali ramai.
Apapun, nasihat saya lagi, jika anda telah mempunyai website jualan, melangkahlah lebih jauh lagi dengan membina entiti perniagaan offline. Produk mungkin sama dengan apa yang dijual di online.
SaifulSham pun tidak lama lagi akan menambah jenis perniagaan ke dunia pertanian!! Insyaalah akhir tahun ni projek ini akan bermula. Jeng, jeng,jeng………


October 18th, 2009 at 10:38 pm
Interesting. Kalau tengok balik list tu, kita boleh pecahkan sebab-sebab ini kepada beberapa kategori
1) Tak selamat takut kene tipu penjual >> kurang kredibiliti
2) Lambat sampai >> kurang kredibiliti (tak percaya)
3) Takde masa nak mencari >> kurang pendedahan
4) Tak merasa best tak tengok sendiri produk tu >> kurang profesionalisme
Jadi ada 3 kategori besar masalah nak beli kat Internet. Tak masuk lagi yang tak cakap/malu cakap, “tak reti bayar guna Internet” dan sebagainya.
Agaknya setiap marketer perlu:
#1 Buktikan kepada pembaca/pelawat bahawa laman webnya adalah selamat DAN jujur.
#2 Beri jaminan barang akan sampai dalam masa yang ditentukan. Maybe bagi rebet RM10 kalau lambat or something.
#3 Pastikan gambar yang ditangkap tu cantik (boleh rujuk QVC.com kalau nak cakap pasal professionalisme).
Harap-harap ada orang baca dan apply nasihat tak seberapa nih
October 19th, 2009 at 12:10 am
semakin maju saifulsham. Memang betul pun, jualan online masih kurang diyakini lagi di Malaysia, tapi ia semakin berkembang. Mungkin apabila generasi baru menguasai kuasa beli nanti, perubahan akan berlaku?
October 19th, 2009 at 6:45 pm
Sebab itulah kita perlu masuk kedua-dua pasaran online dan juga offline. Ada pembeli Ok dengan Online, ada yang tidak Ok. Yang ok, kita buka website. Yang tidak Ok, kita buka kedai atau booth atau terus jumpa.
Then tengok juga pada barangan yang dijual. Kalau barang tu sebelum dibeli perlu dilihat dan disentuh dahulu, sudah pasti jualan secara offline lebih menguntungkan. Lagi-lagilah kalau buka booth di shopping kompleks yang ‘banyak trafik’. Hehe..
October 19th, 2009 at 7:46 pm
kalau offline, kalau kene barang dan promosi, memang leh sold out tanpa disangka-sangka. Member aku jual ayam percik, semua ayam terjual setiap hari..
Booth. Em..kalau kene caranya. Memang best.
October 22nd, 2009 at 8:12 pm
hello bro…
patut pun lama sangat tak update blog nih, rupanya sibuk buat duit secara offline.
emm, memang penerimaan rakyat malaysia terhadap pembelian secara online nih belum mengujahkan lagi.
Bayangkan, bila saya cerita tentang beli online kat rakan2, diorang tanya saya balik, Boleh percaya ke? emm, tak tipu ke?
Tapi saya percaya persepsi itu akan berubah di masa akan datang.
p/s – saya harap team saifulsham mengupdate blog sekurang-kurangnya seminggu sekali.
October 27th, 2009 at 1:36 pm
jual apa sampai untung 120k?????
October 29th, 2009 at 4:02 pm
Diam-diam saifulsham
berisi jugak
tahniah
November 3rd, 2009 at 10:41 pm
Salam bros,
Rasanya ramai yang takut nak beli online sebab takut kena tipu lagi-lagi bila keluar paper banyak sangat benda scam kat internet. Kena didik pengguna dulu la rasanya.
November 4th, 2009 at 11:52 am
saya selalu juga trading online. tapi for the first time ever, saya kena tipu RM3k juga la dengan si badigol soot nih.. oho.. akhirnya..
December 11th, 2009 at 6:48 pm
saya biasa menggunakan pemasaran offline..online ni cam susah sket nak yakin kan orang..huhu..banyak lagi yang perlu saya belajar..
December 11th, 2009 at 8:58 pm
beli online?
haha benci lah pulak rasanya..
aq kalu boleh nak elak dah beli on9..
banyak kali dah aq kena tipu..
kalu sekal dua x pe..
ni dkt2 sepuluh kali..
naik fed up jugak aq..