Ke Mana Sabri Menghilang? Apa Cerita Baru?
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Pertamanya, biar saya beri jaminan kepada anda.
Saya tetap aktif dalam arena keusahawanan. Alive & kicking.
Saya telah terlibat dalam bidang ini sejak kecil dan ia sudah menjadi darah daging saya, tidak akan saya tinggalkan. Saya telah melihat “kuasa” bidang usahawan ini dan ia adalah minat dan passion saya, tidak pernah dan tidak akan terfikir untuk saya tidak berada di dalamnya.
Kedua, saya telah berkecimpung dalam bidang keusahawan online dan offline.
Dan walaupun kedua-duanya sama menyeronokkan, online memang lebih relax dan lebih kurang lelahnya. Dua-dua sama penat, tetapi offline lebih memenatkan secara fizikal. Jadi saya tetap akan tetap menjadi e-retailer walaupun tidak secara ekslusif (saya tetap akan menjalankan bisnes offline juga). Saya tetap akan mempunyai bisnes online, menjana pendapatan online selagi internet masih ada dan saya masih hidup.
Tidak terfikir pun untuk ditinggalkan. Gilalah saya jika saya tinggalkan setelah melihat dan mengalami sendiri kuasanya.
Saya rasa Syazwan turut mempunyai pendapat yang sama.
Sesudah berkata begitu, ini sebabnya kenapa saya sudah jarang menulis post di SaifulSham.
1) Tidak menulis post baru di SaifulSham.com tidak bermaksud aktiviti SaifulSham terhenti. Kami lebih sibuk sekarang berbanding setahun yang lepas.
2) Saya sudah hilang minat di dalam bidang yang “jenama SaifulSham” aktif.
Ini pengakuan saya secara terbuka buat kali pertama. Hatta Syazwan juga tidak tahu.
SaifulSham.com mulanya ditulis sebagai wadah untuk kami berkongsi pengalaman kami dalam bidang keusahawanan. Namun demografik pembaca hari ini adalah berbeza dengan demografik pembaca 3 tahun yang lepas.
Saya tidak dapat merasakan relationship yang sama dengan pembaca SaifulSham.com sebagaimana yang saya rasai ketika menulis 3 tahun dahulu. Dulu ketika saya menulis, saya membayangkan saya menulis terus kepada pembaca (Ali, Ahmad, Abu, Aminah ~ gantikan dengan nama pembaca sebenar yang saya kenal). Tetapi kini (at least untuk post2 terakhir sebelum saya bercuti), saya menulis lebih kerana terpaksa atas permintaan Syazwan ataupun sekadar untuk meletakkan coretan supaya pembaca tahu kami masih aktif.
Dulu apabila saya menulis apa-apa tips terbaru, saya excited dan ghairah untuk berkongsi. Saya tahu pembaca ketika itu juga turut ghairah menanti teknik-teknik terbaru dan lesson learnt yang kami perolehi.
Tetapi sekarang, apabila saya excited untuk berkongsi tips-tips terbaru, saya akan hilang enthusiasm setelah melihat post-post sebelum itu dianggap terlalu “teknikal” atau terlalu advanced.
Ini salah satu punca saya kurang motivasi untuk menulis.
Namun, minat saya untuk menulis dan berkongsi tetap tidak padam. Emel-emel dari mereka yang saya kenal atau tidak berapa kenal tetapi legitimate, tetap saya balas. Saya juga giat menulis dan berkongsi apa yang saya pelajari sekarang (terutama dalam aspek personal development) di arena lain.
Menulis masih minat saya, berkongsi masih menggembirakan saya tetapi saya rasa demografik SaifulSham.com sekarang sudah bukan seperti dulu.
Jangan salah sangka. Saya tahu masih ada pembaca lama yang masih setia membaca SaifulSham, dan pembaca baru SaifulSham.com juga tidak kurang hebatnya, cuma saya berasa semakin jauh dari connection dan feel itu dari MAJORITI pembaca (mungkin kerana bilangan pembaca juga semakin bertambah, jadi lebih sukar memenuhi selera semua golongan). Bukan salah sesiapa, cuma saya tidak berapa menjiwainya lagi.
Shift ini terjadi atas beberapa sebab:
1) Dinamik Internet Marketing di Malaysia sekarang mungkin sudah lain.
Saya tidak berminat untuk berdebat ataupun berbincang lebih jauh mengenai perkara ini sebab setiap orang mempunyai pendapat sendiri tetapi sesuatu yang hampir pasti, dinamik sekarang bukan sesuatu yang saya minat untuk sertai.
Dan mungkin juga di dalam industri ini aura negatifnya semakin banyak yang saya cuba jauhi supaya tidak ter-ikut sama.
2) Kesedaran pentingnya “Cara Berfikir” mindset dalam perniagaan
Setelah terlibat dalam bidang personal development dengan intensif saya semakin faham kenapa apa yang terjadi, terjadi. Kenapa orang yang gagal, gagal dan orang yang berjaya, berjaya. Saya rasa saya sudah berkongsi secukupnya di SaifulSham.com selama beberapa tahun ini untuk membantu sesiapa sahaja berjaya, cuma ada part yang terakhir itu yang tak kira berapa lama saya cuba pun saya tidak akan dapat mengubah seseorang yang gagal kepada berjaya.
Saya berminat untuk menulis lebih banyak mengenai “Mindset” ini, namun di SaifulSham demografiknya tidak begitu bersedia buat masa ini. Hence, saya menggunakan arena lain.
3) Kepentingan berfikir secara strategik dan bukan sekadar dari segi taktik
Jika saya terus menulis di SaifulSham, saya akan fokus kepada ini. Namun di situ ada clash dari segi apa yang dimahukan “Demand”, dan apa yang saya mahu tulis “Supply”.
Saya percaya apa yang saya buat, saya cuba dapatkan sebanyak mungkin impak daripadanya.
Memang tidak salah saya tulis sahaja apa yang saya mahu tulis dan tidak kisah orang mahu baca atau tidak. Tetapi saya tidak mahu begitu. Saya rasa SaifulSham.com hak orang ramai (pembacanya), jadi tidak wajar bersikap diktatorial walaupun saya pemiliknya.
Akhir kata, kesimpulannya:
1) Saya masih terlibat dalam perniagaan internet dan dunia usahawan sebagai usahawan, cuma anda mungkin lebih “kurang” melihat saya di SaifulSham.com
2) Sekali-sekala saya tetap akan melepaskan gian saya dengan berkongsi tips2 strategik pengurusan perniagaan di SaifulSham.com
3) Jika saya ada pesanan terakhir untuk anda, ia adalah post saya yang lepas “Idea Mat Jenin Zaman Moden”.
Selamat Berjaya!
Sabri


November 17th, 2009 at 9:47 pm
[...] perasaan kecewa mereka apabila zul smartusaha menulis teguran terbuka tentang perkara ini.Malah Sabri Saifulsham juga telah menyuarakan kekecewaannya terhadap situasi perniagaan internet Malaysia sekarang ini. Aura negatif mula melanda perniagaan [...]