Salam semua,

Akhirnya selepas hampir setahun saya bekerja keras memajukan aset perniagaan offline SaifulSham, usaha kami akhirnya tidak sia-sia kerana pada 1 December ini adalah tarikh pembukaan kedai tetap SaifulSham pertama di Malaysia atau lebih tepat lagi di Johor Bahru. Akan dibuka setiap hari, tiada cuti kecuali cuti hari Raya.

Johor Bahru dipilih salah satunya adalah kerana pasarannya dekat dengan Singapura disamping rakyat Singapura sendiri yang sentiasa turun ke JB.

Saya baru sahaja pulang dari Johor semalam membantu pengurus lantikan saya disana membuat persiapan pembukaan kedai pertama SaifulSham.

Gembiranya saya kerana saya mendapat team pengurusan yang hebat dan tidak kenal erti penat lelah dalam merealisasikan pembukaan kedai pertama SaifulSham.

Buat masa ini, nama kedai belum diputuskan (hanya akan diputuskan minggu ini, sedang cari nama yang cantik-cantik) dan kedai kami dalam proses akhir internal decoration.

Dalam masa yang sama, saya dengan beberapa rakan kongsi sedang berusaha untuk membuka sebuah lagi kedai di luar negara pada awal suku tahun hadapan. Oleh itu, tarikh 1 December ini juga adalah tarikh saya berlepas ke luar negara untuk proses kenal pasti tapak perniagaan yang dijangka dapat dibuka pada Februari 2010 jika tiada aral melintang.

Selepas ini, mungkin saya akan berulang-alik dari Malaysia ke luar negara setiap bulan.

Sebenarnya bermula tahun ini, saya sememangnya nekad untuk membangunkan aset baru perniagaan SaifulSham iaitu offline. Saya mahu membina nama kukuh di dunia online dengan membuka perniagaan dropshipping. Sekarang ini pun SaifulSham sudah membuat servis dropshipping kepada banyak agen kami sama ada dalam dan luar negara.

Dengan adanya kedai tetap nanti, lagi senang untuk kami menguruskan sistem dropshipping.

Pembukaan kedai ini sebenarnya melalui banyak peringkat dan bukannya dibuka sesuka hati. Kami bermula dengan pembukaan booth di pasaraya, dan daripada situ kami mula belajar selok belok menguruskan perniagaan yang memerlukan kedai, stok & tenaga kerja.

Selama 6 bulan, saya membuka booth di merata tempat dan juga membantu agen-agen saya sendiri membuka booth di tempat mereka.

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman yang ada selama 6 bulan itulah, saya melihat potensi yang cukup besar kerana pada masa sama kedai SaifulSham nanti akan menjadi pusat pengedaran kepada agen-agen selain jualan runcit.

Impian terpendam saya adalah bukan sahaja untuk menjual kepada end user semata-mata tetapi mempunyai rangkaian agen yang mana SaifulSham dapat membantu mereka menambahkan sumber pendapatan secara pasif, kalau tidak banyak pun, jika sedikit sudah menggembirakan pihak Team SaifulSham sendiri.

Sebenarnya membuka kedai tetap bukanlah semuanya mempunyai cerita gembira. Kami berdepan dengan banyak kesukaran sebelum impian membuka kedai ini tercapai.

Tetapi, saya percaya kata-kata Tony Fernandes, “jangan takut untuk memasang impian. Kerana dengan mempunyai impian lah, hidup kita akan berjaya”.

Sekian jumpa lagi,
Wan Syazwan & Min Zhi (SaifulSham bisnes partner aka buah ati, hehe)
wan