Kehidupan di tengah laut
Salam semua,
Mungkin ramai pembaca SaifulSham hendak tahu apa yang saya buat dan macam mana saya uruskan bisnes ketika saya berada ditengah laut & kehidupan disana.
Sebenarnya kehidupan ditengah laut tu lebih kurang sama aja dengan jika anda pergi memancing, menangkap ikan atau belayar ditengah laut. Jadi, sesiapa ada pengalaman ikut nelayan ke, saya boleh katakan sama sahaja kalau diikutkan dengan keadaaan sekeliling.
Bezanya, saya bekerja statik di satu-satu tempat di platform minyak dan gas.
Semasa mula-mula saya ke tengah laut, saya teruja sebab seumur hidup saya belum pernah menjejakkan kaki di tengah-tengah laut. Kalau tepi pantai adalah. Kononnya nak rasalah pengalaman seperti orang yang belayar di tengah laut berbulan-bulan. Haha.
Di tengah laut, tiada apa pemandangan menarik kecuali 360 darjah pemandangan anda adalah laut dan langit sahaja! Mungkin menariknya apabila melihat begitu banyak ikan-ikan berenang di bawah.
Teman saya adalah ikan, bulan & bintang di waktu malam dan juga kadangkala melayan melihat kapal kargo yang lalu lalang disekitar tempat saya bekerja.
Kali pertama menjejakkan kaki ke tengah laut, perkara yang paling saya takut adalah kalau-kalaulah terjatuh ke dalam laut.
Saya mula-mula takut juga naik helikopter sebab pesawat yang ada kipas ni, kalau kipas tak jalan tengah-tengah journey, memang pucat la nanti muka saya. Kalau langgar awan je sikit pun hati dah gundah gulana.
Sudahlah kedalaman laut sekitar 60 meter. Mau kene makan dengan ikan jaws. haha.
Perkara lain yang ditakuti seterusnya jika cuaca buruk. Ombak ditengah laut bukanlah seperti di tepi pantai. Ombak di tengah laut senang-senang sahaja boleh mencapai 5-7 meter terutama dengan keadaan monsun sekarang ni. Tambahan kalau ada angin kencang.
Saya pernah muntah beberapa kali apabila ombak tinggi. Memang pada masa cuaca buruk, tiada apa yang boleh dilakukan kecuali standby dalam kapal. Kerja tidur dan makan je. Itupun susah hendak tidur sebab kapal bergoyang-goyang yang menambahkan lagi rasa hendak muntah. Kalau duduk dalam kapal yang kecil, memang tidak larat langsung untuk bangun dari katil!
Makanan best ke? Makan tak usah cakap sebab kebanyakan yang balik ke darat akan mendapati berat badan mereka bertambah! Haha. Di sini ada katering macam biasa, mereka menyediakan makanan dengan banyak dan kadangkala kita boleh order apa yang hendak di makan. Tak kiralah nk suruh buat western stail ke, oriental stail ke, BBQ ke (selalunya klien lah yang diberikan keistimewaan macam ni). Semuanya percuma.
Tapi tengok jugalah, kalau dapat katering yang tak sedap, memang berat boleh turun juga.
Bekalan makanan selalunya dibawa oleh kapal setiap minggu. Jadi, tiada masalah dari mendapatkan makanan yang segar.
Di tengah laut, saya tidur didalam kapal. Kalau dapat kapal besar & baru, memang best. Macam hotel punya bilik. Tapi kalau dapat kapal lama, bilik macam asrama sekolah. Haha.
Kemudahan internet memang ada. Sebab itu, anda lihat kadangkala saya update blog dari tengah-tengah lautan. Tetapi akses internet kadang-kadang tidak ok juga disebabkan signal satelit yang kurang jelas terutama jika cuaca buruk dan kapal asyik goyang-goyang.
Ditengah laut, tiada istilah cuti hujung minggu. Setiap hari adalah hari bekerja. Selalunya, saya akan ke sana setiap 2 minggu dalam sebulan.
Maknanya, saya akan berada 2 minggu di laut dan 2 minggu di darat. Yang bestnya, apabila didarat, saya mendapat cuti! Masa itulah saya pulun juga buat bisnes. Masa cuti itulah selalunya saya akan turun ke booth membantu dan menyelesaikan apa jua masalah berbangkit.
Selalunya di tengah laut, saya hanya boleh membuat arahan melalui email kepada staff dan agen-agen. Saya akan meminta mereka menghantar email sekerap mungkin kepada saya apa jua masalah serta kemas kini perniagaan supaya saya boleh membantu apa yang mampu.
Cuma ada beberapa masalah yang saya dapati seperti urusan transaksi duit. Kalaulah saya perlu membayar sama ada kepada klien Malaysia atau apa-apa penyedia servis di Malaysia, saya dapati saya terpaksa menunggu sehingga saya pulang ke darat kerana transaksi di M2U memerlukan TAC dimana handphone saya di laut memang tiada line langsung.
(Kecuali yang saya letakkan sebagai 3rd party favourite account)
Contoh lain lagi, apabila agen saya membuka booth atau staff saya membukanya di pasaraya, saya akan menyuruh mereka menghantar gambar booth ke email saya supaya saya boleh melihat dekorasi booth yang mampu menarik perhatian pelanggan. Saya akan memberikan nasihat dari sudut kaedah marketing di booth dan juga susunan produk.
Bisnes online seperti website tiada masalah kerana setiap tempahan akan saya forward kepada staf untuk proses membungkus dan menghantar.
Jika anda ada soalan hendak ditanya berkenaan cara hidup offshore atau apa jua soalan, bolehlah beri komen. Saya tulis post ini pun sekadar sekali imbas, ada banyak perkara yang saya tidak tulis tentang kehidupan di offshore. So, andalah yang beri soalan, saya jawab.
Sekian,
Wan Syazwan


November 11th, 2009 at 5:52 pm
Salam. Wan, saya teruja juga nak cari kerja tengah laut..apa kelayakannya? dengar kata kerja tengah laut ni gaji besar…haha. Lagi satu, kalau nak jadi offline agent tu camne? Berapa modalnya da
n apa barang nya? Terima kasih..
November 11th, 2009 at 8:08 pm
salam bro,
ko kejer di FPSO ker, Fixed Platform ker, atau yg dok atas barge? kat blok mana ko main? laut china selatan?
November 12th, 2009 at 4:56 am
Yang saya harus puji ialah Syazwan boleh mengimbangi kedua-duanya iaitu kerja dan juga perniagaan. Sudah lama saya perhatikan sukses Team SaifulSham. Saya syorkan pihak tuan menulis satu buku menceritakan cerita / pengalaman perniagaan team SaifulSham untuk manfaat bakal2 usahawan, esp. usahawan internet.
November 12th, 2009 at 8:18 am
Ibni: Kelayakan bergantung pada bidang kerja. Ada banyak proses di offshore ni, kita ada proses gerudi, proses installation, proses hook up, proses well sevices dan etc.
Semua proses ni memerlukan ramai pekerja. Kadang2 dlm satu blok tu, saya pernah kira ada dalam 1000 org bekerja di area tu. Nak jadi welder boleh, crane operator, fitter, engineer dan mcm2 lagilah.
Berkenaan menjadi agen offline tu saya akan email anda dalam masa terdekat.
AbdHakim: Sy buat proses hook up, so saya duduk atas barge selalunya. Blok 17, Malaysia-Thailand Joint Development Area. Sy attach untuk CPOC. Dlm blok tu ada juga CTOC atau kini dikenali sbg CHess.
Omecool: Part tulis buku tu saya kena fikir byk kali. Sebab dlu pun sy ada tulis tp selalunya sangkut tgh jalan sbb kesibukan kerja. Bila dh lama tinggal, mood jadi hilang nk menulis. Huhuhu. Sy sendiri taktau bila next book SaifulSham akan keluar lagi. Tp, kalau tidak tulis buku pun, janji saya boleh tulis di blog ini untuk dishare pun ok la jgk kan.
November 12th, 2009 at 9:37 am
Best jugak baca pengalaman orang keje tengah laut ni.By the way sampai skrg sy masih tak tau biz apa yang bro buat yg pakai booth ngan agen offline tu.Sy pun minat nak tau syarat2 nak jadi agen offline tu…Base sy kat Taiping…TQ
November 12th, 2009 at 8:10 pm
sungguh mengujakan…part yang makan tu sebelum ni nak percaya masa tgk kat tv.
Ingatkan diorang saja tak nak kasi budak-budak U cuak, untuk kerja offshore, rupa-rupanya memang mewah ye.
Best-best
November 12th, 2009 at 10:08 pm
Best juga tu… 2 minggu di laut… 2 minggu di darat…. tak la rasa boring hidup ini
November 13th, 2009 at 1:45 pm
Keje kat laut…dalam laut pun ada..tpi risiko walau gaji besor.
November 13th, 2009 at 6:08 pm
saya penah jumpe hantu di dunia ini
November 14th, 2009 at 2:21 am
salam…sy tgl kat kelantan…tlg email kat sy ttg nk jdi ejeb dan apa produknya?
November 15th, 2009 at 4:53 pm
Salam,
Saya tak dapat bayangkan kalau kerja kat laut. Pernah naik kapal untuk ke Pulau Tioman. Perjalanan 1 jam tu pun dah rasa lain macam, isteri muntah terus, hehe..
Harap2 syazwan boleh kongsikan lagi cerita2 di lautan tu. Kalau boleh attachekan sekali gambar key..
TQ
November 17th, 2009 at 10:12 am
hebat orang kerja laut ni, ombak besar duit pun besar serta risiko besar. semoga anda selamat
November 20th, 2009 at 2:06 pm
salam bos..
saya nk tnya..kenapa masih nk kerja makan gaji sedangkan dah ada bisnes online yang rilex..bukan kah itu yg kita mahu, dari makan gaji menjadi bos sendiri..?
December 11th, 2009 at 6:54 pm
saya dulu pernah dapat tawaran belajar kat ALAM melaka tetapi tiada rezeki nak sambung situ..best tgk kawan² pergi belayar..bile peluang tu nak dapat kat saya lagi..
December 11th, 2009 at 8:48 pm
salam bro..
firstly saya mmg respect lah kat bro sbb boleh buat 2 kerja dalam satu masa..
bro kerja off shore ni under syarikat mane?
Petronas?Shell?
anyway best lah baca nukilan bro ni..
leh x saya tahu, xctually bro buat biz ape?
offline?
saya x brape faham lagi..
kalu leh email ek..
thanx..
February 4th, 2010 at 3:25 pm
assalamualaikum…
ada job utk crane opr platform x?
dah puas dah cri msih blum ad peluang r.
haha
February 8th, 2010 at 9:17 am
saya dan kawan saya ingin meyelam di dalam laut