Keluarga Tidak Memahami Diri Anda Sebagai Usahawan?
Bila bercakap tentang bisnes dari rumah, tidak boleh tidak ia pasti akan melibatkan keluarga kita. Maklumlah bila anda berbisnes dari rumah sedikit sebanyak akan membabitkan ruang dan peralatan yang ada di rumah. Dan secara tidak langsung gaya hidup dan rutin harian keluarga pasti akan berubah.
Sebelum anda memulakan langkah pertama untuk berbisnes dari rumah atau dapur adalah amat penting untuk duduk berbincang dengan ahli keluarga yang ada di rumah – tak kisahlah suami, isteri, anak-anak, ibubapa atupun adik beradik sekalipun – dan berkomunikasi dengan jelas lagi terang akan perubahan-perubahan yang bakal berlaku di dalam rumahtangga anda.
Pada saya perkara sebegini adalah amat mustahak terutamanya jika anda adalah seorang surirumah seperti saya sebelum menceburi bidang perniagaan. Anda perlu beritahu suami dan anak-anak bahawa anda perlukan satu blok masa yang tetap untuk memguruskan bisnes. Sekiranya selama ini waktu lepas makan tengahari sehingga petang anda sering duduk bersantai menonton TV, membantu anak-anak membuat kerja sekolah, berbual di telefon ataupun apa-apa juga aktiviti yang tidak membawa keuntungan, kini anda perlukan masa itu untuk membangunkan bisnes anda.
Saya agak bernasib baik kerana suami dan anak-anak memahami malah sering memberi sokongan dan membantu saya di dalam usaha saya ini.
Namun saya mempunyai masalah dengan pihak keluarga saya yang lain. Ini kerana sebelum ini mereka, baik dari sebelah saya dan suami, sering datang bertandang dan bercuti di rumah saya. Kadang-kala ada yang datang melepak sehingga berminggu-minggu, tambah kalau kena musim cuti sekolah.
Bila tetamu datang kita terpaksa melayan makan-minum dan macam bertanggung jawab pula untuk membawa mereka berjalan-jalan. Dulu ketika saya sekeluarga punya masa lapang memanglah tidak menjadi masalah tetapi sejak memulakan bisnes memang masa terbatas.
Dilema Keluarga Usahawan
Bukan bermaksud saya tidak menyukai mereka datang tetapi kadang kala saya berasa kecewa dengan sikap mereka. Bukan mereka tidak tahu yang saya mempunyai bisnes tetapi agak mengecewakan bila mereka menganggap bisnes dari rumah ini bukan usaha yang serius yang dapat memberi pulangan seperti orang makan gaji.
Akhirnya dek kerana kesibukan melayan tetamu, sering kali urusan bisnes saya terganggu dan tertangguh.
Itu belum lagi saudara-mara yang terlebih masa santainya yang sanggup bergayut di telefon berjam-jam lamanya. Kadang-kadang puas bagi isyarat nak menghentikan perbualan yang sememangnya tidak berfaedah langsung.
Dan satu lagi pula, bila tahu kita berbisnes dari rumah, ada pula kaum keluarga yang ingin membantu (ya lah niat mereka baik). Ada yang ingin menjadi rakan kongsi dengan melabur duit dalam bisnes kita ataupun ada juga dengan selambanya melantik diri menjadi pekerja kita tanpa bertanya kepada kita terlebih dahulu.
Lebih dashyat lagi ada yang tak tahu malu terus mengambil-alih urusan operasi bisnes.
Adakah anda menghadapi masalah seperti ini? Saya pernah lalui semua pengalaman seperti di atas. Malah masih lagi melaluinya. Bak kata orang sekarang, ada diantara mereka yang tak reti-reti bahasa.
Memang agak memeningkan kepala sebab nak ditegur, kita jadi serba salah. Ya lah, kadang-kadang kalau kita cakap terus terang pun ada pula yang terasa hati. Ini kaum keluarga… hubungan kena dijaga. Malangnya, kita yang menjeruk rasa.
Penyelesaian Mengatasi Konflik Bisnes Keluarga
Jadi apakah penyelesaian kepada masalah sebegini tanpa kita dicop berlagak dan sombong?.
Di bawah ini saya perturunkan beberapa tip-tip untuk menangani masalah sebegini:
- Jadi seorang yang tegas. Belajar bercakap ‘ tidak’ dan ‘tidak boleh’jika ianya menggangu urusan bisnes.
- Beritahu mereka tentang jadual anda. Mereka terpaksa menerima hakikat yang anda adalah seorang usahawan yang sibuk dan tidak punya banyak masa seperti dahulu.
- Sediakan ruang kerja khas di rumah anda. Tak kiralah kecil atau besar asalkan ianya dapat memberi gambaran yang anda serius dalam usaha bisnes anda. Pastikan ruang ini adalah ‘off-limit’ kepada siapa juapun. Ingat anda perlu tegas di sini.
- Sediakan papan kenyataan di rumah dan tulis atau lekatkan pelbagai informasi dan aktiviti bisnes anda. Tulis sebanyak mungkin.
- Sekiranya anda menerima panggilan telefon dari keluarga yang suka bergayut, anda tidak perlu menjawapnya. Namun pastikan anda menghantar sms semula untuk bertanyakan sebab dia menelefon.
- Minimumkan sebanyak mungkin penglibatan keluarga dalam operasi bisnes.
- Elakkan penglibatan keluarga sebagai rakan kongsi terutamanya jika mereka hanya menyumbangkan wang ringgit. Selalunya mereka mengharapkan keuntungan tanpa mengetahui masalah yang dihadapi. Apabila kita menghadapi kesukaran, pasti akan timbul perbalahan.
- Elakkan meminjam duit dari kaum keluarga untuk memulakan bisnes.
- Jika semua di atas tidak berjaya, pindah jauh dari mereka .
Realitinya mungkin ini bukanlah masalah besar bagi sesetengah orang tetapi jika tidak diberi perhatian, perkara remeh seperti di atas akan memberi impak besar kepada bisnes dan juga minda kita. Jikalau kita terpaksa menghadapi karenah sebegini saban waktu, pasti akan menggangu usaha kita dalam mencapai kecemerlangan.
Mengenai Penulis Tamu: Pn Azian Hassan, surirumah adalah seorang alumni Seminar RBDDI SaifulSham & suaminya, En Mior merupakan editorial Majalah Malaysian Business. Anda boleh mengunjungi laman web mereka untuk maklumat lanjut, Dunia Dapur.com (Klik Di Sini)


February 25th, 2009 at 12:28 am
Saya tengok orang cina berniaga, mereka amat tegas terutama dengan keluarga sendiri dan mereka bersikap ‘keras hati’. Tapi sukar sikit nak tengok orang Melayu tegas, sebaliknya lebih suka bersikap ‘tak apa’ dan ambil hati. Ya lah, ‘aku rela berkorban apa saja’.
Kat sini saya bukan nak banding2kan bangsa, tapi tak salah kita cuba perhati dan ambil mana yang baik. Itulah hikmah Allah jadikan banyak bangsa agar kita dapat belajar/berkongsi satu sama lain.
ps. Saya pun terus belajar untuk jadi seorang yang tegas. Nak jadi tegas ni cakapnya mudah, tapi secara praktikalnya tidak. So take time dan biasakan diri.
February 25th, 2009 at 10:20 am
Assalammualaikum dan salam ceria team saifulsham,
Sememangnya firadila pun mengalami masalah yang sama seperti puan Azian itu tadi..firadila cuma menjalankan bisnes menjahit dari rumah..siang firadila bekerja dan malam firadila menjahit..bila mendapat tempahan yang banyak hanya hari sabtu dan ahad sahaja yang ada tetapi akibat keluarga tidak memahami, setiap hari sabtu dan ahad firadila kena balik kampung..bayangkan setiap minggu kena balik kampung..
Jadi, nak atau tidak firadila terpaksa korbankan waktu tidur firadila…menjahit dari 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam, 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi tidur dan dari 3.00 pagi hingga 6.00 pagi sambung menjahit. 6.00 pagi hingga 8.00 malam firadila bekerja..bayangkan jadual firadila..tapi nak buat macam mana..kena tempuh juga tambah lagi firadila adalah isteri yang berkerjaya…cuma firadila harap Allah sihatkan firadila je…prinsip firadila ’susah dahulu takpe, yang penting MESTI berjaya kemudian”..
Senyum dan ceria selalu..
February 25th, 2009 at 11:17 am
Salam,
Sememangnya betuuul… memang terkena dah kat diri saya ni
Terima kasih atas tips yang boleh saya praktikkan.
Hmmm… rasanya nak je tulis besar2 kat notice board kat rumah “10 sebab kenapa saya tak suka bertandang lama2 ke rumah adik beradik & ipar duai saya ”
February 25th, 2009 at 9:55 pm
Betul kata2 Pn. tu. So far, syukur isteri saya faham dan terima. Yang lain tu, saya belum beritahu sbb saya masih buat bisnes ni part time
. Nanti bila full-time, nanti saya akan khabarkan.
kata2 smartzul tu ada benarnya, kawan2 Cina yang kenal memang praktikkan sikap begini … business + personal are two different things …
mungkin satu cara ialah kita mengadakan jadual lawatan sanak saudara / keluarga .. senang sikit …
February 26th, 2009 at 10:42 am
Terima Kasih Sabri sebab publishkan artikel ini dan terima kasih kepada yang memberi komen.
Bagi saya ini salah satu dari cabaran bagi yang hendak berniaga dari rumah terutamanya surirumah. Satu lagi penyakit ialah surirumah yang fobia tentang kebersihan dan kekemasan rumah seperti Monica di dalam sitkom ‘Friends’. Selagi rumah tak kemas, tak boleh buat kerja…akhirnya menghadap kerja-kerja rumah siang -malam tak habis-habis.
Betul tak!
February 27th, 2009 at 12:58 pm
He..he… BETULL…!!!
Atau ada pasangan anda yang letak expectation lebih tinggi. Sebab wife dia dah full time kerja dirumah, rumah mesti ‘berkilat’ dan kemas.
February 27th, 2009 at 3:07 pm
Wa…rugi xgrab peluang yang dah ada depan mata…..
Xramai ek atau mmg xde lagi jantan yang bagi komen. Hoho…
February 28th, 2009 at 12:08 am
dulu kita mcm tu jugak
tp skrg bila dah lama ni, famili dah faham. yg pentingnya ruang keje kita x da org ganggu.
February 28th, 2009 at 11:51 am
Berniaga di rumah ni dah jadi famos sekarang.
Ramai usahawan kecil bermula dari rumah, mcm buat
kueh, dan lebih bijak lagi ada yang fokus lebih
kepada ’sistem’ berbanding produk.
Maka lahirlah perniagaan francais brand2 lokal
yang kita boleh lihat di sekeliling kita sekarang.
Surirumah yang menggunakan internet sebagai medium
pandai leverage perniagaan mereka. Sekarang ada forum
wanita, marketplace lokal and luar, byk medium skrng
untuk promote business ‘dari dapur’ kita.
February 28th, 2009 at 11:05 pm
thanks for sharing the tips..kekadang keluarga yg x memahami membantutkan usaha seseorg utk menjadi seorg usahawan yg berjaya..
March 1st, 2009 at 2:35 am
mmg susah hati kalo kuaga tak merestui..
saya turut mengalami masalah ini..
tapi alhamdulillah, setelah diberi penerangan dan ditunjukkan bukti, barulah keluarga menyokong..
March 1st, 2009 at 10:44 pm
Topik yang sangat menarik ! Sejak serius dengan bisnes online ni , memang saya tak ada masa untuk membuang masa.Time is money.
Kalau keluar berjalan pun,saya lebih suka tengok benda-benda yang boleh bagi saya kaya.Tak kisah walau saya di panggil mata duitan
Yang penting adjust time supaya keluarga tak terasa di abaikan. Tidur 4 jam sehari tu dah jadi perkara biasa.Tapi sejak saya ubah bangun pukul 4 am, banyak kerja siap di samping dapat luangkan masa untuk family dan diri sendiri.
March 1st, 2009 at 11:17 pm
Saya rasa untuk mengatasi masalah sebegini kena ada perancangan yang rapi. Selain dari tegas kita juga kena pastikan kemampuan kita supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dam mengikut jadual yang telah dirangka.
March 2nd, 2009 at 1:08 pm
Mujurlah keluarga saya memahami akhirnya
March 3rd, 2009 at 12:26 am
http://glowglokal.com
http://glowglokal.com/blog
March 4th, 2009 at 2:02 am
Salam. Memang susah untuk keluarga memahami pada peringkat awal bergelar usahawan, malah itulah cabaran paling utama yang harus ditempuhi oleh usahawan. Jika cabaran ini kita boleh tembusi kejayaan akan datang menghampiri dan keluarga mula memahami setelah kejayaan dalam gengaman!
http://www.jutawansenyap12.blogspot.com
March 10th, 2009 at 5:07 pm
Salam..
Wah.. Nie merupakan kesukaran bagi surirumah dan mereka yg baru memulakan perniagaan internet..
Apa pun, jika kita menerangkan perkara sebenar kepada mereka.. Saya YAKIN dan PASTI memang mereka akan paham..
Yang PASTI akan ada la (sekor dua) yg memang xnak paham..
Mulakan dengan kos yg kita sedia ada..