Larangan pos ke alamat tentera! bang,bang,bang
Hai semua,
Sekali lagi Sabri memungkiri janji beliau untuk update blog ini. Huh, puas saya bagitahu dia, tapi Sabri nampaknya agak degil kali ini. Jadi, mahu tidak mahu, saya sekali lagi mewakilkan diri menulis sebuah tips pendek untuk anda.
Ceritanya begini, terdapat beberapa klien luar negara yang agak istimewa membeli produk kami. Istimewa yang dimaksudkan saya adalah alamat yang diberikan tidak seperti alamat rumah,pejabat dan sebagainya. Seperti biasa, saya selalunya tidak ambil pusing pun tentang maklumat klien itu, janji barang yang ditempah dibungkus dan dihantar secepat mungkin.
Apabila kali pertama saya alamatnya, saya agak pelik kerana alamatnya seolah-olah tergantung.
Sebagai contohnya, alamatnya tertera seperti berikut;
PSC 62 Box 6913
APO AE 09643
APO/FPO
Anda tahukah dimana negara ini? Kalau anda tidak tahu, saya pun tidak tahu. Haha.
Apabila saya bertanya, dijawabnya, itu adalah alamat penempatan tentera. Owh, maka saya pun faham. Jadi, saya pun hantarlah menggunakan pos daftar seperti biasa.
Setelah 3,4 minggu, bungkusan yang dihantar dipulangkan kembali kepada saya. Pada awalnya, saya hanya beranggapan mungkin bungkusan itu sahaja yang dipulangkan.
Tetapi, kes serupa berlaku selepas beberapa ketika. Pembeli lain yang membeli menggunakan alamat tentera tidak dapat menerima produk yang dihantar (tentera luar negara lah, tentera Malaysia saya rasa Ok kot).
Semuanya dipulangkan kembali kepada saya.
Maka, saya membuat perkiraan, alamat tentera tidak valid untuk dihantar. Untuk menyelesaikan masalah ini, selalunya saya menyuruh klien terbabit memberikan alamat alternatif seperti alamat rumah biasa atau alamat pejabat biasa.
Itulah tips kali ini. Cukup ringkas sahaja.
Wan Mohd Syazwan


May 24th, 2009 at 7:26 am
mesti dia saring semua surat dan bungkusan. Mana la tahu ada benda2 pelik dalam tu. Kot la.. hehe
May 24th, 2009 at 8:49 am
tips yg ringkas tp sgt berguna …
May 24th, 2009 at 4:01 pm
Kalau barang dropship pulak mcm mana?
May 24th, 2009 at 9:07 pm
ohho…
pergh rmi customer saifulsham ni.
alamat2 tntra pun dapat..~
thnks for the info!
May 24th, 2009 at 11:29 pm
Ha..alamat pun satu hal juga.Itu alamat luar negeri. kat Malaysia ni Sabah dan Sarawak , kalau guna PO Box boleh sampai pulak.Rupanya tak semua tempat Poslaju boleh cover, ada tempat memang mereka kena pergi collect sendiri.Ingatkan PO Box ni tak boleh pakai..kena tengok-tengok kawasan juga.
May 25th, 2009 at 12:38 pm
Mungkin atas alasan keselamatan yang membuatkan alamat tersebut tak boleh dihantar.
May 25th, 2009 at 3:49 pm
alamak baru seminggu lepas antar barang kat tentera usa aduuuiih rugi cam ni akuuu
May 26th, 2009 at 3:39 am
patutpun dulu masa pakcik sy yg tentera di oversea tu kalau nak kirim apa2 brg pakai alamat kawan dia yg keje sebagai duta malaysia di sana..hehehe..rupanya ada kisah di sebaliknya.
July 15th, 2009 at 9:15 pm
salam..
kene reject mcm tue je kan?
xpe, ini merupakan salah satu pengalaman berharga..
thanks bro bg tips ni..
December 11th, 2009 at 9:10 pm
maybe dia takut ada bom kot..
hehe..
tapi hebat lah bro sbb sampai org luar negara beli barang dgn bro..
cayalah..