Mahukah Anda Jadi Kaya & Popular?
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Rupa-rupanya lama sungguh saya tidak menulis di SaifulSham. Mungkin saya perlu letak azam seperti Shuth untuk update blog sekurang-kurangnya setiap 2 hari. Ohh, hati saya nak, tapi tindakan saya macam tak nak. (biasa tak kena penyakit ni?
)
Ada artikel yang menarik saya ingin share, selepas saya berkongsi dengan anda apa yang saya buat seminggu ini.
Apa yang saya telah buat?
1. Saya baru daftar Facebook selepas belajar cara menggunakan FB yang betul (free bukan iklannya), sedang saya implementasikan dan uji, dan jika berkesan saya akan kongsi dengan anda.
2. Saya juga di “refresh” kan dengan kepentingan mengenali pelanggan, jadi saya implementkan Google Analytics di hampir kesemua laman web jualan kami. Bagi laman web yang memang sudah saya installkan dengan Analytics, saya kemaskan lagi supaya saya boleh track tabiat pelanggan dan jika ada page yang pelanggan tak suka.
Dalam bab mengenali pelanggan juga, kini anda boleh memberi komen menggunakan “Audio” ataupun “Video” di SaifulSham. Jadi sekarang interaksi kita lebih personal dan lebih real. Kalau anda hendak jadi orang pertama, silakan. Klik saja link untuk memberi komen>>Add Video Comment. (Saya sedang pakai whitening cream. Lagi 14 hari bila kulit saya dah cerah macam Fasha Sandha saya akan rakamkan komen saya pula.)
Oh ya, saya juga sedang membuat survey sedikit supaya saya dapat membantu anda dengan lebih berkesan. Pandang ke bahagian kanan skrin anda, ada poll di situ. Jangan lupa mengundi.
3. Saya telah menyiapkan manuskrip buku kedua SaifulSham! Jeng, jeng, jeng…
Akan diterbitkan pada April ini sempena Pesta Buku. Saya sengaja tidak mengumumkan di blog ini lebih awal kerana kami sering tersasar bila ada deadline nak tulis buku ni. (bukan anda seorang… haha. Tetapi, penyakit ini boleh di atasi. Kami telah membuktikannya) Dan sementara momentum itu masih ada, saya umumkan cabaran untuk kami. Penerbit kami telah meminta kami menghantar manuskrip untuk buku ketiga! Jadi, setelah 2 tahun tidak menulis sebarang buku, kami akan cuba menghasilkan 2 buku serentak. Bolehkah? Doakan kami boleh!
Mahukah Anda Jadi Kaya & Popular
Dua minggu lepas, saya berbual dengan seorang rakan saya.
Kami sedang membincangkan mengenai kegawatan ekonomi dan juga gaya hidup seorang “fresh graduate” serta rancangan masa depannya. Seperti biasa, apabila bercerita mengenai perkara-perkara ini, persoalan kebebasan kewangan (Financial Freedom) atau bahasa orang kampungnya, “Kaya” juga timbul.
Beliau berkata,
“Aku tak nak lah kaya sangat… Aku nak jadi orang biasa dah. Nanti kalau popular susah pulak.”
Dalam hati saya, KAYA=POPULAR?
Alamak, rumus mana pulak nih!
Perkara pertama yang saya ingin kongsi, jika anda tidak mahu jadi kaya, TAK APA. Itu hak dan pilihan anda. Tidak ada orang boleh paksa anda untuk jadi kaya. Jika ada rakan anda yang cuba ajak anda sertai apa-apa skim cepat kaya atau mana-mana MLM dengan menjanjikan kekayaan dan meremeh-remehkan anda bila anda cakap anda nak jadi orang biasa, ketuk kepala dia.
Tak kaya, tak apa. Ada orang zaman dulu yang tak kaya, hidup bahagia dan senang sampai anak cucu juga.
Perkara kedua yang ingin saya kongsi, walau tak mahu kaya TETAPI anda WAJIB mencapai kebebasan kewangan. Tak kaya tak apa, tetapi anda mesti bebas kewangan! Ini bukan satu kehendak, tetapi satu tanggungjawab dan kewajiban kepada setiap orang dewasa.
Di zaman ini, anda tidak boleh bergantung harap kepada syarikat tempat anda bekerja, pencen kerajaan ataupun KWSP sahaja. Syarikat anda mungkin tutup dan mengurangkan pekerja, kerajaan mungkin bagi anda pencen tetapi pencen tersebut mungkin tidak bernilai ketika itu (inflasi) dan KWSP pun ada masalah untuk memberi pulangan yang tinggi sekarang kerana dananya sudah agak besar.
Berita-berita ngeri seperti ini banyak terpampang di dada-dada akhbar kebelakangan ini. Anda boleh lihat sendiri.
Sedangkan, semua perkara hari ini memerlukan wang. Contoh paling mudah, rawatan hospital. Tahukah anda, ada perbezaan antara kecepatan rawatan/pembedahan di hospital kerajaan dan hospital swasta?
Pernahkah anda mendengar:
“Ini ok lagi ni, batu karang tersebut masih kecil. Puan datang balik bila rasa sakit sangat, biasanya waktu tu darah keluar sikit. Kita akan terus buat pembedahan lepas tu”
Saya tak tahulah cost cutting atau sebab kekurangan doktor untuk buat pembedahan tetapi sakit pun kena tunggu amat sakit baru boleh dapat rawatan. Konsep cegah sebelum parah macam tak relevan pula.
Begitu juga dengan rawatan denggi. Jika di hospital kerajaan mereka akan tunggu anda sah betul-betul kena denggi baru mereka beri rawatan sewajarnya. Dan denggi ini pula kadang-kadang memang susah di confirmkan. Kena ambil darah banyak kali. Anda bayangkan pula jika anda dimasukkan ketika musim cuti umum. Makmal lambat beri keputusan. Boleh sawan ataupun melayang nyawa anda.
Berbeza dengan hospital swasta. Dari pengalaman doktornya, beliau yakin ia denggi dari awal treatment yang sewajarnya diberikan. Menurut beliau, jika tunggu lama-lama mengancam nyawa.
Saya tidak tahu sama ini kerana perbezaan kepakaran doktor ataupun memang sebab perbezaan hospital. Tetapi perkara ini berlaku.
Saya tidak mahu mengulas panjang-panjang mengenai perbezaan standard ini sebab nanti jika kita sakit kita perlukan bantuan doktor juga. Kerajaankah, swastakah kita tak kisah asalkan kita sihat kembali. Saya menghormati doktor kerana kadang-kadang mereka telah berusaha sedaya upaya walaupun banyak kekangan.
Tetapi, benda-benda macam ini memang terjadi.
Ia pernah terjadi kepada keluarga saya, dan saya yakin paling kurang dari 10 orang pembaca blog ini, seorang pasti pernah merasa.
Dan sebagai pengguna, kita kena bersedia.
Jadi sebab itu penting kebebasan kewangan supaya sekurang-kurangnya andai kata kita terjatuh nanti, tidak ditimpa tangga pula. Sekurang-kurangnya kalau dalam buku bank ada banyak “kosong”, kalau ada ahli keluarga yang jatuh sakit kita boleh memberi yang terbaik untuk mereka.
Ajal dan maut di tangan tuhan. Tetapi kita tak nak lihat mereka menderita sementara menunggu ajal tu kan?
Dan hendak mencapai kebebasan kewangan tidak semestinya anda kena berhenti kerja atau jadi jutawan. Tetapi cukup dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan mempunyai IQ Kewangan yang tinggi.
Orang zaman dulu yang senang, ada sesetengahnya tidak kaya pun. Tetapi mereka telah mencapai “financial freedom” sebab mereka ada tanah. Tanah tersebut mereka usahakan untuk buat kebun/ternak lembu. Mereka ada aset.
Sebagai contoh, menukar handphone setiap 2 bulan, menukar kereta setiap 2 tahun, membayar bayaran minimum untuk hutang kad kredit, 30-40% gaji digunakan untuk pakaian, “make-up” mesti Maybelline, perkara-perkara ini melambatkan anda dari mencapai kebebasan kewangan. Lakukan sesuatu.
Alamak, terpanjang dan ter”feeling” pula post ini. Kesimpulannya, anda mesti lakukan sesuatu supaya anda mencapai financial freedom.
Perkara ketiga yang saya ingin kongsikan dengan anda, kaya tidak semestinya popular. Ramai saja orang yang saya kenali boleh dikatakan agak berada tetapi simple sahaja tingkah lakunya. Ke super market dengan pagoda dan seluar track. Jersi bola pun jersi gred AAA sahaja. DVD pun masih beli di pasar malam.
Saya tahu ramai yang tak nak popular. Saya pun sama. Yalah, sebab nanti kehilangan privasi. Pagi, petang, maghrib, malam tengah tidur pun telefon boleh berbunyi nanti tak best pula. Tetapi jangan samakan kekayaan=populariti.
Sebab nanti kita memberitahu minda kita secara tidak sedar, jadi kaya itu tidak bagus. Duit itu jahat. Jadi secara tidak langsung bila kita ada fikiran macam itu, kita tidak akan jadi kaya. Tak jadi kaya tak apa, tetapi biasanya bila minda kita ada fikiran macam tu, kita bukan setakat tak jadi kaya, tetapi kita juga tidak akan mencapai kebebasan kewangan. Haa, ini bahaya.
Jadi, apa komen dan pengalaman anda? Kongsikan di bahagian bawah. (Komen VIDEO pertama akan menerima hadiah sangat istimewa. –Bukan hadiah main-main, tapi hadiah betul-betul
)
Walaupun post kali ini sudah panjang, tetapi saya tetap ingin berkongsi sedikit lagi. Saya dapati ia agak lucu dan berkaitan dengan kebebasan kewangan juga.
Dalam post lepas kita telah bercakap mengenai azam dan konsep doa. Law of Attraction pun boleh masuk juga. Ustaz saya di sekolah dulu berpesan, jika berdoa mesti spesifik dan detail. Jika nak doa dapat 9A1, mesti sebut 9A1. Jangan sekadar cakap berjaya dalam SPM sahaja. Mesti spesifik.
Begitu juga dalam mencapai kebebasan kewangan. Jika anda hendak mencapai kebebasan kewangan, azam anda, doa anda mesti spesifik dan jelas.
Saya ada satu berita yang saya tak pasti baik atau buruk. Ini link ke CNN News, anda lihat dan nilai sendiri sama ada ia baik atau buruk (Klik untuk ke CNN News).
Berita baiknya, jika azam anda ingin menjadi jutawan/billionaire, ia sudah hampir tertunai. Ada RM 5000, saya rasa anda boleh jadi billionaire yang sah dah.
Berita tak baiknya,ia menunjukkan kepada kita bahawa apa sahaja boleh berlaku.
Jadi pastikan bila anda berdoa, jangan cakap sekadar mahu jadi jutawan. Mesti spesifik!
![]()
Yang Spesifik,
Sabri


January 11th, 2009 at 5:00 am
Salam bro…
Wah.. Siap ada record.. Camner nak add erk.. Saya dah rakam.. Xtau la keluaq ke tak..
Apa pun, tips nie menarik.. Akan dipraktik selalu selepas solat..
Dok ckp doa nak free financial freedom, tak spesifik pong payah gak..
January 11th, 2009 at 5:04 am
Play Audio Comment
January 11th, 2009 at 10:28 am
Wah, dapat Ijamidayu.
Mistik sungguh suara tu. Boleh jadi pengacara “Misteri Nusantara”.
Terima kasih kerana merasmikan fungsi komen audio ni. hehe..
Sekarang kita menunggu komen video pertama pula.
Sabri
January 11th, 2009 at 12:03 pm
Assalamualaikum Saifulsham
Saya ni bloeh dikatakan menjadi penunggu setia untuk blog ni,hari-hari saya buka nak tengok samada update/tak blog ni.uhuhu..hari ni happy sangat sebab dapat tips terbaik dari anda!
‘Financial free’ itulah yang saya cari selama ni.Tak kaya pun tak pe bak kata Sabri,tapi kebebasan kewangan yang mutlak yang nak kita cari tu lah yang perlukan banyak usaha dan ilmu untuk dicapai.(eh..betul ke ayat ni..ehe..)
Anyhow,apa-apa tips yang datang dari anda memang saya tunggu dan hargai..(baru nak jadi hardcore fan saifulsham.com)Teruskan memberi tips2 yang berguna untuk kami semua.
P/s:Selalu lah update blog sebab saya ni dah macam addicted to ur writting..
January 11th, 2009 at 12:53 pm
Sememangnya impian setiap orang ingin menjadi kaya, tetapi bagi saya impian saya adalah ingin mnjadi kaya sahaja. Popular tidak begitu penting bagi saya, kerana kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa.
http://www.jutawansenyap12.blogspot.com
January 11th, 2009 at 1:26 pm
Tak Sabar rsnyee nk tunggu bulan April.. 2 buku serentak??
Buku tersebut adakah berkisar tentang perniagaan internet??
January 11th, 2009 at 1:26 pm
Play Video Comment
January 11th, 2009 at 1:27 pm
Saya pernah juga bertanyakan hal ini kepada abah. Abah nak kaya tak ?. Jawap Abah dengan selamba. Tak nak lah..Saya sangkakan Abah akan jawab ‘nak’.Ramalan saya ketika itu nampaknya tak betullah. Selepas itu abah menyambung. Kalau “KETENANGAN DAN KESENANGAN NAK LAH”.
http://www.newforexaccount.blogspot.com
January 11th, 2009 at 1:43 pm
Pergh..panjang sungguh post kali ni ek..
Terima kasih abg sabri kerana berkongsi.
Err saya plak kalau boleh nak dua2 skali,kaya+popular!
hehe..xde masalah sngt pun kalu popular nih..
boleh menambah kekayaan lg(kalu kaya la)..
popular = boleh bina jenama(macam saifulsham.com)
tambah kaya = bila dah popular dan ade jenama,jual sume benda mesti laku punye! (pun macam saifulsham.com)
Bakal Spesifik mcm Sabri,
Muslim
abg sabri jgn mara ea…nnti harta kena rampass!hehe..
January 11th, 2009 at 2:04 pm
Play Audio Comment
January 11th, 2009 at 2:08 pm
Ya….spedifik. Saya suka perkataan nie…kadang kala kita hanya mengharapkan kejayaanaan secara umumnya tetapi adalah lebih baik impian kita itu diperincikan lagi supaya misi unutk ke arah kejayaan dengan jelas untuk dilihat
January 11th, 2009 at 5:25 pm
Salam,
Bila sebut kaya ni semua orang nak tetapi kekadang tak tau nak kaya dari segi apa. Kekayaan ni banyak kategorinya contohnya kesihatan, kalu jaga kesihatan dan sihat 100% kira kaya juga.
Jadi, memang benarlah apa yang penting financial management kenalah yang terbaik baru dapat financial freedom. Bagi saya orang yang tiada hutang dan ada sifat menabung adalah orang yang paling kaya sekali. Walaupun hidup tak mewah tapi freedom..
January 11th, 2009 at 8:58 pm
Salam,tips yg sangat hebat,cayalah
Bagi saya,saya nak ada dua2 kaya dan popular cam Rosyam Nor,Mawi ke tapi kalau xpopular takpe asalkan saya mencapai financial freedom
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
January 11th, 2009 at 11:50 pm
Jgn biar diri anda diselubungi Misteri….
Apa pun thanks bro for a good stuff in your blog..
I had bought your #1 book.. Really good stuff..
p/s : Jam 5 pagi komen dgn x tidoq lagi..
January 12th, 2009 at 1:09 am
kaya tak semestinya popular….dan memang merupakan satu kewajipan utk capai financial freedom…baru la hidup ini tenang…ramai sekarang tak bahagia kerana memikirkan hal-hal kewangan,hutang,hutang,hutang jadi kalau capai financial freedom takdelah pening2 pasal hutang
January 12th, 2009 at 2:17 pm
Pada saya bergantung pada niat.
Jika kaya kerana mahu membantu
Jika kaya mahu mengubah dunia jadi baik
Jika kaya mahu memberi yang terbaik pada masyarakat
Jika kaya tidak menyusahkan orang lain
Mungkin pilihan kaya itu jadi pilihan ‘wajib’ bagi sebahagian orang.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
January 12th, 2009 at 3:37 pm
semua orang nak kaya dan financial freedom
tapi kenapa ada org dah capainya ada org masih belum…
mungkin ia bergantung pd niat dan ……Allah belum nak bagi hang kaya lagi kot…..
Kita merancang tapi perancangan Allah lagi Maha Hebat.
January 12th, 2009 at 4:14 pm
Yang best ada Video + Audio :
#1. Best sebab ada kepelbagaian video + audio. Boleh rasa lebih personal dengan commentator. Macam ijamidayu punye suara… Misterius tuuu..
#2. Komentar audio + video ni adalah dari mereka yang serius dan mengambil sedikit usaha untuk ‘merakam’.. So takkan la nak rakam memain ye tak ?
#3. Berani kerana benar. Berani tunjuk muka.. dan mengeluarkan suara macho macam ijamidayu.. Yeay!
Yang Macam Kureng Sikit :
#1. Dah terbiasa teknik skimming masa membaca.. Bila baca lebih laju..
#2. Bila dengar audio + video, kene tunggu habis baru boleh faham keseluruhan comment.. Macam komen kfadli mengambil masa 2 minit 46 saat! Itu tidak termasuk menunggu masa loading video …Sedangkan satu post blog boleh baca secara purata 30-45 saat sahaja atau lebih cepat.. tengok panjang mana tulisannya…
Komen biasanya orang akan tengok komen yang menarik sahaja utk dibaca secara fokus, dan yang komen2 yang biasa (tiada isi atau ulasan) orang biasanya skip je …
January 12th, 2009 at 4:53 pm
Kaya, kaya jugak bro. Sy hantar emel tak pernah berbalas.
Bukan satu kali tau, dah banyak kali. Harap team saudagar
balas balik emel yg ada ye. Bukan emel melalui komen ni tp emel lain.
January 12th, 2009 at 6:08 pm
Salam Usri,
Saya double check, nampak macam tiada emel dari Usri
so far. Boleh double check pada saya address mana
Usri guna?
Pastikan saudagar@saudagar.com.MY
(ada .my di belakang)
Saya search guna email ymail dan gmail Usri
yang ada dalam rekod komen di SaifulSham, dua-dua
tiada apa2 emel dalam rekod kami selain dari komen2
blog.
Jika Usri boleh emel dalam 2 jam ini, saya akan
personally check.
Jika lebih dari tu, saya akan KIV supaya Alias
dapat lihat apa masalahnya.
Terima kasih
Sabri
January 12th, 2009 at 7:12 pm
A’ha Usri,
Saya tak berpuas hati dah saya
teruskan mencari. Saya jumpa
alamat emel Usri dengan bmailnet tu.
Seterusnya saya jumpa soalan Usri.
Saya lihat soalan tersebut adalah
mengenai royalti buku untuk penulis.
Sebenarnya, kami bukanlah orang
terbaik untuk menjawab soalan
tersebut kerana kami bukan penerbit.
Saya rasa kerana itulah Alias tidak
menjawab emel tersebut. Dan emel2
seterusnya pun mengulangi soalan yang
sama. Jadi ia tidak dijawab juga.
Saya rasa Alias mengambil tindakan
yang betul di sini dengan tidak
menjawab soalan En.
Bahkan jika En Yuswari (Usri) lihat, setiap
emel lain berkenaan hosting, kaedah
pembayaran di Internet sebelum itu dari En
telah dijawab dengan baik oleh Alias.
Jadi saya rasa tiada masalah ini.
Mengenai soalan En Usri tersebut, saya
rasa Alias tidak dapat menjawabnya, jadi
biarlah saya menjawabnya di sini.
Setiap penerbit buku mempunyai polisi
royaltinya sendiri dan ia berbeza dari
satu penerbit ke satu penerbit yang lain.
Cara terbaik untuk mengetahuinya adalah
dengan menghubungi penerbit tersebut
sendiri.
http://www.pts.com.my
http://www.millionairesplanet.com/
Kepada pemberi komen lain yang membaca komen
ini, minta maaf kerana terkeluar topik. Tetapi
saya perlu kerana saya perlu set the record
straight atas permintaan staff saya. Workplace
motivation. Kalau saya tak buat mcm ini, staff
saya akan demotivated sbb haknya tidak dilindungi
walaupun beliau buat perkara yang betul.
Terima kasih
Sabri
p/s: Jika ada soalan lanjutan atau komen En Yuswari,
saya ada reply kepada emel2 berkenaan royalti En
Yuswari, sila gunakan kaedah tersebut untuk berhubung
terus dengan saya jika ada apa2 lagi perkara BERKENAAN
perniagaan internet yang dapat saya bantu. Tq
January 12th, 2009 at 8:44 pm
Sabri,
You are doing the right thing. No need to worry so much.. Alah bisa tegal biasa…
Cheers!
January 12th, 2009 at 9:46 pm
Sabri,
Akak memang nak kaya
Tak popular tak pe asalkan poket penuh.Kalau kaya macam-macam boleh buat, bukan setakat kumpul harta, boleh tolong orang lain sekali.At the end semua orang mati, sedekah tu yang boleh membantu kita nanti.
January 12th, 2009 at 11:15 pm
Tak popular tak apa…tapi sekiranya masih belum kaya dan bercita-cita untuk capai kebebasan kewangan, jangan lupa untuk berfikiran kaya sentiasa…
Salam kekayaan,
THINKERICH
http://www.pemikirkaya.com
January 13th, 2009 at 8:15 am
Sabri,
Kalau suruh memilih antara kaya dan popular, akak pilih kaya dulu. Nak popular tu,tunggu dulula nanti kena buat make-over pulak atau kurang-kurangnya kena turunkan berat badan…hi,hi.
Sabri,
Kepuasan menjadi kaya tu dengan cara bagaimana yang lebih penting. Kalau kaya dengan berusaha bersungguh-sungguh dan ingat Allah adalah lebih baik dari kaya menipu duit orang dan ambik hak orang+ banyak kelentong.
Apa-apa pun akak nak jadi kaya untuk kesenangan keluarga. InsyaAllah.
January 13th, 2009 at 1:50 pm
sebelum kaya
biar kaya asal xpopular
bila dah kaya
cari artis sure popular
January 14th, 2009 at 4:16 am
Bila baca-baca semula entri ini baru saya ternampak satu ‘pattern’
Dalam sesetengah kerjaya popular itu adalah modalnya. Jadi tak boleh lari. Macam artis, jika tidak popular manakan dapat kerjanya.
Sesetengah kerjaya yang popular memberi inspirasi pada orang lain. Macam pendorong atau motivator, mereka dianggap ikon.
Sesetengah kerjaya yang popular menjadi ketakutan kepada orang lain.
Macam penjenayah, wajah dipopularkan dalam media. Kita semua bimbang.
Ada kerjaya yang popular menjadi magnet menarik musuh.
Macam politikus, ada ramai musuhnya hahaha.
Populariti, hmmm kalau digandingkan dengan kaya maknanya populariti itu tools mengurus kejayaan individu terbabit.
ZAMRI MOHAMAD
hwww.zamrimohamad.com
January 16th, 2009 at 10:40 pm
kaya? taknak kaya laaa… taknak laaa. memang taknak kayaaa…
January 18th, 2009 at 10:51 pm
Popular atau tidak itu soal ke sepuluh. Yang penting kaya dengan cara yang halal dulu
January 27th, 2009 at 5:33 pm
setiap orang mencari duit atas sebab2 tertentu,termasuk la saya untuk membahagiakan ibu saya…harap saya dapat berjaya seperti en.saiful…
January 28th, 2009 at 10:15 am
Hi saifulsham,
Tak tau samada comment ni releven ke tak, just nak tanya pasal statement dlm posting tu ;
“Ada RM 5000, saya rasa anda boleh jadi billionaire yang sah dah.”
Kenapa?
January 28th, 2009 at 5:42 pm
En Amir,
Sebab jika En Amir klik pada link CNN
tu, ia berita mengenai Zimbabwe yang telah
mengeluarkan duit kertas billion dollar.
Ini disebabkan inflasi yang terlampau tinggi
di negara tersebut.
RM 5000>US$ (ribu2)>Zimbabwe dollar (billion2)
Sabri
January 30th, 2009 at 10:03 pm
Bukan setakat kaya dan popular tetapi bahagia terpenting dan di redhai Allah amin
January 30th, 2009 at 11:16 pm
salam,
setujulah kalau kaya sbb nk dptkan financial freedom….klu kaya sbb nk poya2 atau jd bapak ayam ke xberkat la plak kan..huhu…sy pun bru 2 bulan berkecimpung dlm earning online ni…dlu fikir sbb nk kaya je..tp skang dah jadi darah daging dah…xbloggin shari rasa mcm hilang somethin lak…k nway thank for this article…gud luck for all
January 31st, 2009 at 7:48 pm
kaya tetapi harus ingat membantu orang susah..
June 24th, 2009 at 9:38 am
asalamualaikum,
masa muda dan sihat memang nak kaya,lebih lebih lagi aku ni pernah jadi invisible masa campur ngan anak anak orang kaya pegi parti rumah orang orang kaya….sedih.tapi aku dapat juga berkat usaha aku setengah mati level ngan mereka walau masih blum capai financial freedom…
tapi bila dah menuju senja dan ada mcm2 penyakit, ni aku rasa baik pilih sihat,biar miskin tapi sihat,ada bahagia..itu yang bagus,banyak2 harta pun bukan bleh bawak mati dan klu kita sihat walafiat sampai tua,cukup makan pun ok.
duit klu nak cari satu treler pun tak cukup…ingat…MATI
August 22nd, 2009 at 5:49 pm
assalamualaikum..
sebenarnya banyak cara untuk memulihkan sistem kewangan(khas utk diri kita sendiri).
berdasarkan kata-kata pakar dalam pengurusan kewangan.
dah 4 cabang yg kita boleh ceburi untuk memantapkan pengurusan kewangan kita.
klu nak kongsi semua tu nnt. jadi ebook plak dalam page nih. hahaha. rasanya buat pertama kalinya cukup kita berkongsi 2 tip di sini.
1st: Takaful/insurent
ramai org berpandangan negatif ttg Takaful @ insurent. tp sebenarnya ramai org telah mendapat faedah dgn perlindungan insurent @ takaful. ramai masyarakat melayu khususnya berpandangan negatif ttg insurent @ takaful kerana kes-kes terpencil yg disebabkan kelemahan diri kita sendiri dan kelemahan agent itu sendiri. Sebenarnya apa yg berlaku dalam kes yg dikatakan “penipuan” bukan salah sistem @ syarikat berkenaan tp salah agen (Takaful @ insurent) kerana tidak menerangkan dgn terperinci ttg takaful yg dilanggani oleh perserta berkenaan. kadang kala berlaku juga kes penipuan disebabkan agen itu sendiri yg tamak n berniat tidak iklas untuk membantu kewangan peserta. adakah anda tahu, setiap ringgit yg anda carumkan dlm takaful tidak akan kurang nilainya setelah tamat perjanjian @ tempoh matang caruman berkenaan?
cthnya: anda mencarum rm100 setiap bulan. setelah 10 tahun.
jumlah caruman anda tidak akan kurang dari rm12 000. malah wang yg akan ada perolehi akan ditambah faedah dan sebagainya. sama seperti akaun simpanan tetap. cuma peratus faedah yg berbeza. namun jika berlaku sebarang kemalangan, keilatan kekal, sakit kritikel & kematian, anda mungkin mendapat pampasan sehingga rm80 000(bergantung kepada umur peserta). jika berlaku “penyakit strok” seperti yg dikatakan oleh pengarang. anda mungkin akan mendapat pampasan sehingga Rm80 000. dengan jumlah ini ianya dapat anda membayar hutang, kos perubatan, dan menampung keluarga anda sebagainya.
Ingat: “semua dosa orang mati syahid diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutangnya.”(maksud hadis riwayat Muslim)
adakah anda masih berfikir yg takaful @ insurent masih tidak releven?
ke-2: Unit Trus.
skim pelaburan ini juga dikenali oleh sebilangan masyarakat malaysia sebagai skim pelaburan “low risk, but hight return”. dalam plan simpanan ini anda semua bukan sahaja dapat melakukan pelaburan dengan lebih selamat berbanding “amanah saham”. skim pelaburan ini lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang. terdapat syarikat yg menawarkan sehingga 15% faedah yg akan diperolehi dalam masa setahun. jika anda mempunyai duit lebih apa salahnya anda melabur kedalam unit trus, btol x?
jika ingin mendapat maklumat ttg sistem perancangan kewangan.
anda boleh email saya
wajdi86@gmail.com
atau
anda boleh hubungi saya di talian:
013-4040783.
mungkin dengan ini kita boleh berkongsi lebih banyak maklumat.
saya bercadang untuk membina sebuah laman web yang berteraskan perancangan kewangan.
apakah pendapat anda?
dalam laman web ini kita boleh berbincang ttg unit amanah, pasaran kewangan, hartanah, emas dan sebagainya yg berkaitan dengan pengurusan wang.
diharap dapat sedikit maklum balas dari semua pembaca.
segala pendapat yang membina diharap dapat disalurkan ke email saya:
wajdi86@gmail.com
December 11th, 2009 at 9:25 pm
nice info..