Man vs Wild 2: Merentasi laut
Hello pembaca SaifulSham,
Sudah lebih seminggu saya berada di laut. Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit gambar mengenai projek yang sedang dilakukan saya ketika ini.
Terletak di perairan Malaysia-Thailand, dikenali sebagai JDA (Joint Development Area) iaitu usaha sama antara 2 negara dengan pegangan saham 50:50.
Dibangunkan secara bersama antara Carigali-PTTEPI atau lebih dikenali sebagai CPOC (Carigali PTTEPI Operating Company), lapangan gas ini dikenali sebagai Block 17.
Lapangan gas ini terletak lebih kurang 150km dari Kota Bharu, Kelantan atau 240km dari Songhkla, Thailand.
Sehingga seminggu ini, saya belum mendapat mabuk laut, keadaan laut belum bergelora. Haha. Mengenai perniagaan internet dan offline, saya hanya memberi arahan daripada email sahaja ketika ini.
Minggu depan pulang ke darat. Oh rindunya Old Town White Coffe~
Salam,
Wan M Syazwan
ditulis dari kapal Posh Bali
1) Salah satu platform gas. unmanned (tiada penghuni).

2) Gambar diambil dari crew boat

3) Tempat tidur,makan.Haha

4) Pekerja platform akan diangkut menggunakan crew boat untuk ke platform.



June 25th, 2009 at 10:45 am
perairan negara mana ni? Thailand ke Malaysia?
June 25th, 2009 at 11:45 am
Perairan dua-dua. Malaysia n Thai. Ni border antara 2 negara.
Dua-dua negara tak boleh claim dia punya. Sbb tu dinamakan Joint Development Area.
June 25th, 2009 at 5:09 pm
Ini kawasan carigali yang diorang dok kecoh2
psai daratkan minyak dekat thailand bukannya kelantan
kat sini ek wan?
June 25th, 2009 at 6:48 pm
Haha. Itu hal2 politik, sy no comment~
June 26th, 2009 at 2:19 am
Tak kena serang lanun ke kat situ?.. He.. he.. he..
June 29th, 2009 at 12:34 am
Entah tercapai tak cita-cita aku nak keje kat platform.hehe
July 1st, 2009 at 12:44 pm
yang ada kat darat
mesti gayat nak smpai sn
tapi kat offsore nak balik darat plak
July 1st, 2009 at 8:45 pm
lanun…haha sini tkde lanun. Ikan2 je yg teman kitorang.
Duduk offshore sekejap tkpe tapi kalau lama mcm more than 2 weeks, especially yg ada family, tahap pressure anda akan meningkat.haha
July 2nd, 2009 at 2:13 pm
waah duk offshore seronok ke?takpe duk sana elaun pun byk gak kan hehe
July 4th, 2009 at 1:57 am
Ramai org tnya, kenapa perlu stay as engineer kalau bisnes dh maju.
Jawapan saya; saya ada sebab mengapa saya stay as engineer. Sebabnya juga ada kaitan dgn bisnes. Hehe
July 5th, 2009 at 10:17 pm
Hai Syazwan,
Lama dah Kak G tak jengok blog ni.
Oh rupa-rupanya awak pun dah jadi orang minyak macam suami saya juga. Dia dulu pun selalu pergi offshore, tetapi selalu di platform Dulang & Duyung di Terengganu, platform Baronia, Tukau di Sarawak dan Kinarut di Sabah. Also atas kapal kat Vietnam.
Ye, bak kata orang, don’t put your eggs in one basket. Dan kepada sesiapa yang either suami atau isteri buat bisnes di internet, kena ada sorang at least ada kerja biasa. Bukan apa, sebab bila nak beli rumah dan kereta, memerlukan slip gaji dan borang EA.
Also sebab takut kejadian cable internet terjejas mcm 2-3 tahun yang lalu, masa gempa bumi kat Taiwan dulu. Byk sales saya hilang time tu. So semenjak tu, mmg berwaspada juga sebab internet ni volatile juga. Kalau talian internet Malaysia terganggu, mmg susah jugalah.
Nauzubillah.
Apa-apa pun, good luck in your work Syazwan. Oh, awak selalu ke pergi ke Carigali KLCC tu?
Kak G.
July 20th, 2009 at 4:42 pm
ooo.. ni la kawasan minyak di perairan kelantan tu ek
hmm…
July 28th, 2009 at 11:23 pm
mesti naik helikopter la kan…kwn cerita seblum ke oil rig, perlu training selamatkan diri dari helikopter terhempas dalam air(dummy)…
September 4th, 2009 at 2:53 pm
salam saudara syazwan..
bole saya tahu adakah posh bali ni berkeupayaan dynamic positioning..
klau betul,company mane ye?
September 4th, 2009 at 3:10 pm
sy lihat balik.posh bali jenis 4 point mooring.selain bali..ade ke kapal2 posh yg utilize dp mode?
December 11th, 2009 at 9:05 pm
bestnya dapat duduk di laut?