Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hari ini saya ingin berkongsi satu teknik NLP (Neuro Linguistic Programming) mengenai satu kaedah untuk berjaya dengan lebih pantas. Saya percaya ramai di antara anda mungkin telah mempraktikkannya tetapi hasilnya agak so-so. Saya pun begitu dan saya akan kongsikan sebabnya di bawah.

Sebelum itu, saya nak minta maaf pada Fai. Saya berjanji dengan beliau untuk menulis mengenai leverage dalam post seterusnya, tetapi “mood” untuk leverage masih belum datang la Fai. Saya akan emel kepada Fai sahajalah ok. :)

Satu konsep dalam NLP adalah di panggil “modelling” (bukan menjadi model, tetapi mencontohi). Sebagai contoh, jika kita ingin berjaya seperti Nabi Muhammad s.a.w., apabila berhadapan dengan sesuatu situasi, kita akan fikir, “Apa yang Nabi akan buat dalam situasi ini?”

Jika model anda adalah Donald Trump, anda akan cuba untuk meniru (for lack of better word) apa yang Donald Trump akan lakukan. Jika Donald Trump cakap tiap-tiap pagi sebelum ke pejabat beliau akan minum kopi pahit, kita pun akan turut minum kopi pahit.

Konsep modelling ini adalah baik dan sampai satu tahap, ia boleh menjadi motivasi penggerak untuk kita menjadi lebih baik. Kita akan teruja untuk keluar dari zon selesa dan sekaligus mematikan alasan basi, “Aku suka jadi macam diri aku sekarang. Aku tak nak hipokrit”

Dan saya tahu, ramai orang berjaya mempraktikkan teknik ini. Anda boleh bercakap siapa sahaja orang yang berjaya, dan tanya mereka siapa idola mereka dan apa yang mereka suka dengan idola mereka. Anda akan lihat karakter yang mereka suka dalam idola mereka itu, turut ada dalam diri individu tadi.

TonyFernandes300-fae6d

Baru-baru ini, setelah berfikir mengenai perkara ini, saya mendapat jawapan. Kenapa kadang-kadang ada orang tidak seberjaya orang lain walaupun mereka menggunakan kaedah dan method yang sama.

Jawapannya adalah, seringkali kita mencontohi apa yang kita nampak, tetapi kita tak ikut contoh yang kita tak nampak.

Contoh paling mudah, bila kita lihat Tony Fernandes berjaya dengan Air Asia, kita mungkin menyimpan cita-cita untuk mengikut jejak langkah beliau dalam bidang keusahawanan. Kita melihat betapa beliau peramah, mudah didekati dan seronok untuk didampingi di samping berwawasan.

Tetapi yang kita tak nampak, beliau bekerja keras setiap hari (lebih dari 10 jam solid working hours), passionate mengenai impian dan cita-citanya serta ada visi dan misi yang jelas untuk perniagaannya.

Dengan Air Asia, beliau mahu semua orang boleh terbang. Make it affordable to the mass.

Dalam cabang perniagaan lainnya, kita nampak visinya iaitu untuk membolehkan lebih ramai orang (rakyat terbanyak) menikmati perkhidmatannya (di samping membuat untung). Kita dapat lihat aspek ini dalam Tune Hotels dan lain-lain pelaburannya.

Sesebuah perniagaan matlamatnya adalah keuntungan. Ini tidak dinafikan.

Namun sesebuah perniagaan juga perlu ada visi dan misi yang menjadi tunjang kekuatannya. Yang menjadi motivasi dan makanan “dalaman” mereka yang terlibat dalam perniagaan tersebut.

Ramai orang menyangkal, alah visi dan misi ni teori je. Kat universiti adalah belajar. Aku tengok orang berjaya tak ada pun benda2 gini.

Kalau anda mendengar orang bercakap begitu, ketahuilah yang orang itu sebenarnya jauh dari individu yang berjaya tersebut. Orang tersebut hanya nampak luaran sahaja, tetapi tidak nampak dalaman dan tidak mendengar luahan hati individu yang beliau katakan berjaya tadi.

Tanpa visi dan misi selain dari keuntungan, sesebuah perniagaan tidak kiralah internet atau konvensional akan jadi sebuah perniagaan yang lesu, letih, tidak dapat berinovasi dan lama kelamaan lemas dalam persaingan.

Kesimpulan Hari Ini

Statement ini juga apply kepada anda. Apa visi dan misi anda dalam perniagaan internet selain untuk kebebasan kewangan dan menjana pendapatan diri anda sendiri?

Adakah anda sanggup mencontohi model-model anda, bukan sahaja perkara-perkara yang best, tetapi usaha keras dan pengalaman kegagalannya?

Ini dua soalan yang perlu kita sama-sama jawab. :)

Renung-renungkan.

 

Sabri
Jauh Berfikir